Mya segera berlari mendapatkan kawan-kawannya yang terbaring di tepi jalan.
Kelihatan dahi Adellia berdarah akibat terhantuk batu tepi jalan. Vera yang disebelah menyapu batu-batu kecil yang melekat di tangan menyebabkan luka kecil.
"Adellia! Bangun!" jerit Mya melihat kawannya itu tidak sedarkan diri. Vera segera memandang Erin yang tidak berganjak dari tadi.
Vera mendekati Erin lalu mencemgkam lengan Erin dengan kuat. Erin menjerit kesakitan.
"aku nampak apa kau buat tadi, kau ingat kau akan terlepas?" ugut Vera sebelum melepaskan lengan Erin yng sudah membiru. Erin jelas ketakutan lalu beredar.
"Vera! Kita bawa dia pergi hospital" ujar Mya. Vera segera mengangguk lalu menolong Mya memapah Adellia.
*****
"macam mana boleh jadi macam ni?" soal Cikgu Nora semasa mereka semua menunggu di Klinik Kampung Petai. Wajah Vera dan Mya dipandang memandangkan mereka berdua membawa Adellia ke klinik selepas kemalangan.
"ada kemalangan kecil cikgu," balas Mya tidak mahu Cikgu Nora tahu bahawa Erin juga terlibat.
Qayyum, Adrian dan Danish turut dihujahi soalan namun belum sempat bertanya.
Kemudian muncul seorang doktor perempuan yang merawat luka dahi Adellia.
"maafkan saya, siapa penjaga pelajar?"
"saya doktor, macam mana pelajar saya? Dia okay ke?" soal Cikgu Nora bertalu-talu.
"jangan risau cikgu, dia cuma mengalami luka di dahi. Cikgu boleh jenguk dia" ujar doktor itu. Cikgu Nora segera masuk ke dalam menjenguk keadaan Adellia seorang diri.
Kesempatan itu diambil Qayyum, Adrian dan Danish untuk mengorek bagaimana kemalangan itu berlaku.
"macam mana Adellia accident?" soal Adrian. Mya lalu menceritakan semua yang terjadi termasuk Erin.
"so Erin tolak Adellia?" soal Danish mahu kepastian. Mya dan Vera mengangguk.
"jahatnya dia, kenapa dia tolak Adellia?" tanya Qayyum pula.
"before Adellia melintas, diorang macam ada gaduh something. Maybe Erin tak puas hati" jelas Mya. Vera disebelah cuma mengangguk mendiamkan diri.
"aku rasa Adellia dah tahu pasal tu" kata Vera membuatkan mereka terdiam. Erin ialah pesalah yang meletakkan gelang milik Adellia di dalam beg Vera.
"korang, Adellia nak jumpa kamu semua" suara Cikgu Nora memecahkan perbualan mereka berlima.
*****
Adellia memandang kawan-kawannya yang duduk mengelilingi katilnya di dalam bilik sakit itu. Dia berdehem sebelum memulakan perbualan.
"first of all, aku nak minta maaf and mengaku yang aku ni degil tak dengar cakap korang sampai jadi macam ni"
Mya cuma mengangguk. Qayyum, Adrian dan Danish cuma memandang sambil mendengar. Vera pula mendiamkan diri.
"and pasal gelang tu, aku nak minta maaf dekat Vera sebab tuduh dia. Aku baru tahu yang Erin jahat selama ni"
Mya terkejut mendengar kata-kata Adellia.
"macam mana kau tahu yang Erin buat semua ni?"
"Syakif bagitau" jawab Adellia. Terima kasih kepada Syakif kerana menyedarkannya.
"so kau ni dah okay ke apa?" soal Danish waswas dengan sikap Adellia yang tidak menentu. Adellia mengangguk.
"akhirnya kau sedar juga, dah seminggu kiteorang plan nak sedarkan kau dan Vera" kata Adrian teringat rancangan mereka.
Adellia memandang Vera yang berdiri di hujung bilik sakit itu. Dia berasa bersalah kerana menuduh Vera.
"vera...sorry?" ucap Adellia lagi. Vera tidak memberi reaksi.
"vera...." panggil Qayyum meleret. Vera mengeluh lalu menjawab.
"ye, we are good now"
Adellia tersenyum mendengar kata-kata Vera. Qayyum, Adrian dan Danish bersyukur apabila pelajar perempuan sudah berdamai.
"tapi kan aku rasa, ada lagi satu kita belum buat" kata Mya tersengih seperti mahukan sesuatu. Dia memandang Vera dan Adellia bersilih ganti.
Nampaknya ada rancangan baru menanti!
YOU ARE READING
3 in 1 (COMPLETED)
Teen FictionApakah yang akan terjadi sekiranya tiga buah sekolah yang berbeza, berlainan perangai bergabung dalam Program Pertukaran Pelajar ke Terengganu selama tiga bulan? Vera, seorang yang pentingkan diri sendiri dan kurang ajar berjumpa dengan Adellia, seo...