"Vera! Adellia!" Jerit mya baru tiba di tapak perkhemahan diikuti Qayyum, Adrian dan danish. Mereka terkejut apabila melihat Adellia sedang menyelamatkan Vera di sungai.
Terbatuk-batuk Vera apabila Adellia memapahnya ke tepi. Mya segera menolong Adellia.
"Adellia, apa yang jadi ni?" Soal Adrian agak terkejut melihat kejadian itu.
"Vera lemas" jawab Adellia. Dia menampar pipi Vera. Bibirnya kelihatan biru akibat kesejukan.
"Vera bangun" ujar Mya menekan dada Vera. Akhirnya Vera terbangun. Dia membuang air yang memasuki tekaknya.
Cikgu Nora terkocoh-kocoh menghampiri mereka berenam di pinggir sungai.
"Apa yang jadi ni?"
"Vera lemas cikgu, nasib baik Adellia selamatkan" terang Danish.
"Adellia selamatkan?" Tanya Cikgu Nora mahu kepastian. Qayyum, Adrian, Danish dan Mya mengangguk serentak. Adellia tidak memberi respon.
"Thanks Adellia" ucap Vera tanpa memandang. Cikgu Nora memapah Vera ke khemah dibantu oleh Mya.
Adellia meraup mukanya kasar. Bukan dia merancang membunuh Vera, tapi Erin! Tunggu kau Erin!
*****
Selepas kejadian petang tadi, Vera dikecualikan dalam aktiviti terakhir malam itu iaitu Night Walk. Semua pelajar diarahkan untuk mengikut anak panah yang dilekatkan di pokok untuk sampai ke penamat.
Malam itu, Qayyum, Adrian, Danish, Adellia dan Mya sudah bersedia dengan lampu suluh masing-masing. Menunggu giliran kumpulan mereka masuk ke dalam hutan.
"Kumpulan terakhir boleh masuk, saya ucapkan goodluck! Jangan tertinggal ahli kumpulan!" Pesan Cikgu Azrul sebelum mereka memulakan permainan.
Maka bermulalah perjalanan mereka berlima. Sesekali Adellia menampar lengannya yang dihinggapi nyamuk. Mya pula asyik merapatkan diri kerana takut suasana gelap.
"Jalan yang mana satu?" Tanya Adrian apabila mereka berlima tiba di satu simpang. Anak panah yang tertera ke laluan kiri.
"Kiri kot" jawab Mya mengikut anak panah yang tertera. Kemudian mereka masuk ke laluan kiri tanpa tahu apa yang menanti.
*****
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Namun kelibat kumpulan terakhir belum kelihatan. Cikgu Nora sudah mundar-mandir di hadapan Cikgu Azrul dan Cikgu Tini.
"Macam mana ni cikgu?! Kumpulan saya hilang!" Tanya Cikgu Nora panik. Ketika semua kumpulan berjaya ke penamat, kumpulan anak muridnya tidak kelihatan. Para pelajar sudah dibenarkan tidur memandangkan esok mereka pulang.
"Sabar cikgu, kita dah hantar Cikgu lain untuk cari diorang" ujar Cikgu Tini.
"Takkanlah diorang tersesat pulak?" Soal Cikgu Azrul pelik bin hairan apabila anak panah sudah disediakan.
"Habistu macam mana?! Saya nak kita cari diorang malam ni jugak!" Desak Cikgu Nora lagi.
"Sabar cikgu, kita kena tunggu" ujar Cikgu Tini lagi. Cikgu Nora duduk sambil mencari idea.
Vera yang kebetulan mahu keluar, mendengar kata-kata Cikgu Nora berasa terkejut. Maksudnya ahli kumpulannya hilang?
Vera segera menyelinap keluar melintasi khemah guru. Namun langkahnya terhenti apabila seseorang mendekatinya.
*****
Terasa mahu menangis Adellia dan Mya apabila sudah lima kali mereka mencari jalan keluar namun masih ditempat yang sama.
Qayyum, Adrian dan Danish juga sudah hampir berputus asa. Entah dimana salah mereka, tersesat.
"Kita guna jalan mana tadi eh?" Tanya danish memandang sekeliling sambil menggaru kepala.
"Bila kita nak sampai ni?!" Jerit Mya sudah hilang sabar. Disekeliling cuma hutan dan hutan!
"Kalau kau menjerit pun, bukannya orang nak datang tolong pun" kata Adrian.
"Kalaulah aku tak ikut tadi" kata Adellia sudah berputus asa. Qayyum mencari jalan untuk keluar dari hutan itu.
"Aku nak balik khemah!" Kata Mya lagi. Dia berjalan seorang diri meninggalkan yang lain di belakang.
"Wei kau nak ke mana? Nanti sesat lagi" marah Adellia mengikut langkah.
"Mana-mana je lah asalkan aku keluar dari hutan ni!" Balas Mya.
Qayyum, Adrian dan Danish sudah pening kepala melihat Adellia dan Mya bergaduh. Dasar perempuan!
"Janganlah gaduh! Kita ikut jalan ni lah" ajak Danish menunjuk ke satu jalan. Namun perempuan-perempuan membantah.
"Asyik ikut korang je, nanti sesat lagi" bantah Adellia dan Mya. Adrian pula meluat mendengar.
"Kalau taknak sudah! Qayyum, Adrian jom kita guna jalan ni. Takpayah ikut diorang! Kita tengok siapa keluar dulu" Danish menarik lengan Qayyum dan Adrian pergi. Tinggallah Adellia dan Mya.
"Asal kau tak ikut diorang sekali?" Soal Mya dalam mood tidak baik.
"Sukahati aku lah nak pergi mana" jawab Adellia. Mereka berdua melangkah tanpa hala tuju.
"Kalaulah Vera ikut sekali, dapatlah kita tiga lawan tiga lelaki tadi" kata Mya teringat vera. Eleh nanti gaduh.
"Bukannya korang selalu gaduh ke?" Kata Adellia pelik dengan sikap Mya.
"Memanglah gaduh, tapi taklah sampai aku plan letak katak dalam khemah" sindir Mya yang mengetahui segalanya.
Mata Adellia terbuntang mendengar sindiran Mya. Mya tersenyum sinis. Adellia memegang bahu Mya.
"Kau tahu ke?"
Mya tergelak sinis mendengar soalan Adellia.
"Kalau aku tahu pun, kau nak buat apa? Nak letak ular dalam beg aku?" Tanya Mya. Adellia terdiam. Bukan rancangan dia tetapi Erin.
"Bukannya aku rancang nak...."
"Malaslah aku dengar penjelasan kau. Buang masa. Kau plan nak kenakan dia lepastu dia lemas, kau selamatkan pulak. Kau ni gila ke?" Soal Mya mencabar kesabaran Adellia.
Adellia terdiam. Tidak tahu harus menjawab bagaimana. Mya melangkah kembali.
Tiba-tiba mereka seperti ternampak kelibat hitam. Mereka berdua terdiam lalu memandang sekeliling.
"Siapa tu?" Soal Adellia harus berani. Adakah hantu yang ingin menggigit mereka?
Mya sudah menggigil takut. Dia merapati Adellia.
"Ni semua salah kau! Menyesal aku ikut kau tadi" ujar Mya ke arah Adellia. Adellia geram apabila dituduh.
"Aku pulak? Asal kau tak ikut diorang bertiga tadi?" Jawab Adellia sedikit kuat.
"Memang salah kau!" Balas Mya. Adellia menahan sabar. Kemudian keluar satu lembaga berpakaian putih serta berambut panjang kusut masai di hadapan mereka.
"HIHIHIHIHIHIHI"
Bertempiaran Adellia dan Mya berlari apabila makhluk tersebut mengilai. Mereka berdua yang tadinya bergaduh kini berpegangan tangan berlari meninggalkan makhluk tersebut.
"Adellia tunggu aku!" Jerit Mya tidak mahu melepaskan tangan Adellia. Adellia membawa Mya lari dengan laju.
Belum sempat mereka menyorok, sebuah batang pokok telah menyebabkan Adellia dan Mya terjatuh akibat sibuk berlari. Mereka berdua tertiarap di atas rumput.
"Aduh!" Rintih Adellia dan Mya kesakitan akibat terjatuh.
"HIHIHIHIHIHI"
Suara makhluk itu kedengaran semakin mendekat. Adellia dan Mya tidak mampu melarikan diri lagi.
YOU ARE READING
3 in 1 (COMPLETED)
Teen FictionApakah yang akan terjadi sekiranya tiga buah sekolah yang berbeza, berlainan perangai bergabung dalam Program Pertukaran Pelajar ke Terengganu selama tiga bulan? Vera, seorang yang pentingkan diri sendiri dan kurang ajar berjumpa dengan Adellia, seo...