3

79 9 0
                                    

Perjalanan selama 30 minit dengan menaiki van itu akhirnya berhenti di sebuah rumah kayu dikawasan perumahan berhampiran pantai.

Vera, Adellia dan Mya serta yang lain melangkah keluar dari van tersebut. Cikgu Nora yang merupakan cikgu bimbingan mereka tersenyum berdiri di hadapan rumah tersebut.

"Disinilah kita semua akan menginap selama 3 bulan" kata Cikgu Nora sambil tersengih. Van tadi sudah beredar meninggalkan mereka terpinga-pinga.

"Rumah ni?!" Jerit Vera dan Mya tidak dapat menerima hakikat. Adellia cuma mendiamkan diri.

"Ha yelah rumah ni, kamu semua ada tempat lain ke nak menginap?" Sengaja Cikgu Nora meminta jawapan mereka.

Vera dan Mya tidak menjawab. Adellia berjalan mendekati cikgu nora.

"Cikgu ada apa-apa lagi nak cakap ke? Saya nak tidur ni" kata Adellia dengan muka letih dan selamba.

"Haa sekarang ni semua boleh berehat dululah ye"ujar Cikgu Nora lalu membuka pintu utama rumah tersebut.

Selepas semua masuk Cikgu Nora mula membuka pintu bilik yang berdekatan dengan nya.

"Bilik ni cikgu pilih dulu korang semua pandai-pandailah pilih bilik untuk jantina korang. Dalam rumah ni ada tiga bilik dan bilik ni cikgu dah cop dulu jadi tinggal dua bilik sahaja lagi. Perempuan-perempuan laki laki kay.."ucap Cikgu Nora panjang lebar sambil memberi peringat kearah anak murid jagaannya dan Cikgu Nora mula mebawa beg berisi pakaiannya.

Mereka berenam mula berjalan sambil menjinjing beg sendiri. Vera dengan muka keletihan sambil membawa beg berisi pakaiannya yang beratnya hampir sekilo!

*****

Mereka merehatkan diri selepas merebut bilik dengan orang lain tadi.

Vera,Adellia dan Mya mendiami bilik yang berdekatan dengan Cikgu Nora, dan sebelah bilik mereka adalah bilik Qayyum,Adrian dan Danish.

Setiap bilik mempunyai tiga katil single bed kecuali bilik Cikgu Nora yang mempunyai satu sahaja single bed.

Pada malam itu selepas mebersihkan diri, mereka keluar dari bilik masing-masing kecuali Cikgu Nora yang belum keluar.

"laparlah" rungut Vera berjalan menuju ke dapur mencari makanan.

Adellia membaca buku sambil duduk di sofa sambil mendengar lagu dengan menggunakan airpod. Adrian yang leka bermain game didalam telefonnya mula berjalan tanpa memandang kedepan dan duduk di sebelah Adellia.

Qayyum yang baru keluar dari bilik air selepas melepaskan hajat mula mendekati Adrian yang leka main game dibelakang.

"PEEK A BOO!"sergah Qayyum. Secara automatiknya telefon Adrian selamat  mendarat kearah kepala Adellia.

Adellia dengan perasan geram menggosok kepalanya yang sakit. Dia menoleh ke arah Adrian yang serba salah.

"dah takde tempat lain ke kau nak landingkan phone kau tu?" marah adellia. Qayyum menahan ketawa.

"bukannya aku sengaja pun! Tu pun nak marah-marah" jawab adrian kembali. Baru terkena sikit lalu nak marah!

"pergilah main game tempat lain!" adellia ingin menolak adrian agar jauh-jauh darinya. Namun adrian mengeraskan badan.

"sukahati aku lah nak duduk mana pun" jawab adrian menjelirkan lidah ke arah adellia.

"pergilah!" halau adellia. Namun badan adrian masih keras.

"aku nak duduk sini jugak!" adrian berdegil. Qayyum sudah terkekeh ketawa. Geli hati melihat adellia dan adrian bergaduh.

Vera muncul dari dapur apabila terdengar suara orang bergaduh. Nak cari makanan pun tak senang.

"stop it guys! Yang korang nak gaduh macam budak-budak ni dah kenapa?" ujar vera memberhentikan pergaduhan itu. Adellia menundukkan kepala, adrian menjeling.

"haahlah macam budak-budak la korang ni" sokong qayyum pura-pura. Vera menjeling.

"you pun sama jugak asyik ketawa macam budak-budak!" ujar vera meluat. Qayyum menutup mulutnya.

"apa yang bising-bising ni?" muncul cikgu nora dengan muka baru bangun. Dia memandang keempat-empat anak murid bimbingannya.

Mereka berempat tidak menjawab sebaliknya memandang sesama sendiri.

"mana yang lain?" tanya cikgu nora sambil menenyeh matanya.

"danish sedang tidur cikgu" jawab qayyum. Kelihatan danish keluar dari bilik sambil menguap.

"apa cita ni geng?"

Semua menahan tawa melihat muka basi danish. Cikgu nora mencebik lalu mencari mya.

"hi cikgu! Baru bangun ke?!" sergah mya baru tiba di pintu rumah. Dia selepas pulang bersiar-siar di pantai mengambil angin.

"ha eloklah semua dah ada, kamu semua lapar tak?" soal cikgu nora memandang mereka berenam. Mereka semua mengangguk.

"lapar konon, tunggu lah cikgu masak. Kamu yang perempuan ni cepat tolong cikgu masak" ujar cikgu nora apabila vera, adellia dan mya kelihatan ingin melarikan diri.

Qayyum, adrian dan danish ketawa mengejek. Vera, adellia dan mya menjeling tajam.

"ha kamu yang lelaki jangan nak suka sangat, kemas ruang tamu ni. Bersepah!" arah cikgu nora memandang sofa yang diduduki mereka tadi semasa adellia dan adrian bergaduh.

"baik cikgu"


3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now