23

43 7 0
                                    

"apa dah jadi ni?"

Cikgu Nora keluar dari dalam bilik memandang keempat-empat pelajar lelaki yang membuat bising malam-malam.

Vera, Adellia dan Mya yang baru terlelap terbangun apabila mendengar bising-bising di luar.

Mereka menahan gelak apabila...

melihat Qayyum berpelukan dengan Syakif,

melihat Adrian berpelukan dengan Danish.

Mereka berempat segera melepaskan pelukan sebelum berdiri membetulkan pakaian.

"korang ni kenapa macam kena kejar hantu?" soal Cikgu Nora lagi.

"syakif! Kau buat apa kat sini?" tanya Adellia hairan dengan kehadiran Syakif malam-malam.

"errr" Syakif tidak tahu harus menjawab apa. Qayyum segera memberi penjelasan.

"maafkan kami cikgu, kiteorang berlatih kuatkan stamina tadi. Tu yang bising sikit" cover Qayyum tersengih.

Laju Syakif, Adrian dan Danish mengangguk.

"habistu menjerit tadi kenapa?" tanya Cikgu Nora lagi.

"ohh kami berlatih vokal tadi" jawab Danish menutup rahsia sebenar. Mereka berempat ketawa namun kedengaran hambar.

"betul ke ni?" soal Cikgu Nora kurang percaya.

"betul cikgu!"

Vera, Adellia dan Mya memandang empat jejaka itu dengan pandangan susah percaya.

"maafkan kami cikgu sebab kacau waktu rehat cikgu" ucap Syakif meminta maaf.

"iyelah, awak taknak balik ke ni?" tanya Cikgu Nora hairan apabila Syakif tidak berganjak untuk pulang.

"err saya balik dulu cikgu" Syakif segera pamit pulang dengan langkah yang laju.

Qayyum, Adrian dan Danish yang mengetahui cerita sebenar tidak berani berbicara lebih. Mereka diarahkan Cikgu Nora kembali ke bilik.

Vera, Adellia dan Mya merasakan ada yang tidak kena dengan gelagat kawan-kawan mereka. Mereka mengambil keputusan untuk menyiasat mereka bertiga pada esok hari.

*****

Semasa bersarapan sebelum ke sekolah, wajah kurang bermaya Adrian mendapat perhatian pelajar perempuan. Qayyum menyiku Adrian agar menyorokkan wajahnya yang pucat.

"kau okay ke Adrian?" tanya Mya hairan melihat gelagat Qayyum, Adrian dan Danish seperti tidak kena.

"aku okay" jawab Adrian. Sebenarnya dia tidak cukup tidur kerana kejadian semalam. Qayyum dan Danish dapat pula tidur terbongkang.

"aku rasa dia rindu mummy dia kot" kata Danish lalu merangkul bahu Adrian sambil menampal senyuman plastik.

Qayyum turut bersetuju untuk menutup topik itu.

"korang ada sorokkan apa-apa ke?" tebak Vera memandang tiga lelaki itu dengan curiga.

"takde apelah" jawab Adrian laju.

"kalau takde apa-apa asal korang malam tadi macam takut? Syakif yang kuat menyakat pun tiba-tiba panik malam tadi" Adellia mengungkit hal semalam. Siap mengangkatkan keningnya.

"better korang mengaku sekarang" ujar Mya membuatkan tiga lelaki itu terperangkap untuk menipu.

"kiteorang semalam pergi banglo berhantu tu"

Kata-kata mereka membuatkan mulut Vera, Adellia dan Mya ternganga tidak percaya.

"korang buat apa pergi sana?" laju Mya menyoal kerana mereka juga pernah menjejakkan kaki ke situ.

"err.." Qayyum teragak-agak mahu menceritakan hal sebenar.

"kiteorang saja je masuk banglo tu. Asal?" jawab Danish rimas dengan sikap tiga perempuan yang asyik bertanya.

"korang nampak benda ke malam tadi?" tanya Adellia pula. Dia pasti mereka berempat pulang semalam kerana ternampak benda dari banglo itu.

"kiteorang nampak pocong dan pontianak" jawab Adrian membuatkan Vera, Adellia dan Mya terkejut. Mereka bersyukur tempoh hari mereka tidak terserempak dengan mana-mana entiti.

"apa yang jadi sebenarnya?" tanya Vera. Akhirnya, Qayyum menceritakan hal sebenar. Bermula dari pocong sehingga ke ketukan pocong pis yo.

Terlopong mulut mereka mendengar cerita Qayyum.

"sebenarnya kiteorang pun pernah pergi banglo tu jugak" Mya mengaku sambil memandang wajah tiga lelaki itu.

Kali ini Qayyum, Adrian dan Danish pula terkejut. Tidak menyangka bahawa tiga perempuan itu sudah menjejakkan kaki ke banglo itu terlebih dahulu.

"tapi kiteorang tak terserempak dengan mana-mana hantu" sampuk Adellia bersyukur.

Mereka berenam terdiam buat seketika.

"tapi aku rasa banglo tu ada yang tak kena" ujar Danish sependapat dengan Qayyum.

"maksud?" tanya Mya.

"tak payahlah kita menyibuk pasal banglo tu" kata Vera tidak mahu mereka ditimpa masalah.

"cuba tengok ni" Mya menyerahkan kamera kepada kawan-kawannya. Ianya rakaman yang diambil ketika mereka ke banglo itu.

Rakaman tersebut menunjukkan seseorang berdiri di pintu bilik sebelum pintu itu tertutup.

"asal kita tak perasan ada orang dalam banglo tu?" tanya Adellia tidak percaya dengan rakaman itu.

"mana kau tahu yang benda tu orang dan bukan hantu?" tanya Adrian was was.

"aku yakin benda ni manusia sebab belakang dia ada bayang" jawab Mya menunjukkan bayang orang tersebut.

"apa yang kamu semua borak ni? Dah! Kita dah lambat nak ke sekolah" suara Cikgu Nora menghentikan perbincangan mereka. Masing-masing segera memasang kasut sebelum berjalan kaki ke sekolah.

3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now