Lagi berbaki tiga hari sebelum Program Pertukaran Pelajar berakhir. Memandangkan penerbangan mereka pada hari Ahad, majlis selamat tinggal diadakan pada malam Jumaat.
Majlis malam itu meriah dihadiri penduduk kampung di dewan balai raya. Vera, Adellia dan Mya serta Qayyum, Adrian dan Danish beramah mesra dengan penduduk kampung. Tidak lupa juga dengan makcik timah.
"wei cepat lah jalan!" marah Adellia apabila mereka bertiga terpaksa pulang ke rumah mengambil barang Cikgu Nora yang tertinggal.
"menyusahkan betullah Cikgu Nora ni" bebel Vera menghentak kaki di jalan raya. Cuma mereka bertiga melimpasi kawasan kampung untuk tiba di dewan balai raya.
Mya yang sedang merakam video melalui kameranya terhenti melangkah. Dia baru tersedar bahawa mereka bertiga melimpasi banglo lama.
"Mya! Cepatlah jalan!" kata Adellia menarik tangan Mya. Boleh-boleh Mya berhenti memerhati banglo seram itu.
Tiba-tiba...
AAAAAAAAAARHHH!!!
Jeritan muncul dari tingkat atas banglo lama itu. Mereka bertiga menoleh secara serentak. Macam-macam sudah terbayang di dalam kepala.
"wei bunyi apa tu?" tanya Vera panik. Dia memandang jendela yang gelap itu.
"aku rasa ada orang lah dalam banglo ni. Jom check!" kata Mya berlari masuk ke dalam banglo. Vera dan Adellia tidak sempat menghalang lalu berlari mengikut Mya.
Sebaik mereka masuk, tiada apa-apa di ruang tamu.
"takde apa-apalah. Kau jangan macam-macam Mya" kata Adellia kenal benar dengan sikap Mya.
"korang tak kesian ke kalau ada orang jahat tengah nak bunuh orang? Kita kena tolong!" kata Mya mengharap kawan-kawannya faham.
"kau tak risau dengan diri kau sendiri ke?" soal Vera tercabar dengan sikap Mya terlalu baik.
"atleast kita berusaha selamatkan orang lain sebelum selamatkan diri sendiri" balas Mya. Adellia sudah buntu.
"fine! Biar aku inform yang lain" ujar Vera mengeluarkan telefon bimbit untuk mendail nombor Qayyum.
Mya dan Adellia mengangguk lalu berjalan ke atas meninggalkan Vera seorang di bawah.
Mereka berdua melangkah secara perlahan sehingga tiba dihadapan sebuah bilik.
"kalau kita teruskan kerja ni bos, kaya kita bos!" ujar satu suara. Mereka tidak dapat mengecam kerana bilik tersebut agak gelap.
"memanglah kaya! Tapi penduduk kampung ni masih takutkan hantu ke?" jawab lagi satu suara yang agak garau. Adellia dan Mya sudah mula curiga.
"mestilah takut bos. Kalau tak saya bomohkan diorang!" jawab suara tadi lalu bergelak tawa.
Adellia dan Mya berpandangan sesama sendiri. Pasti ada yang tidak kena.
"orang jahat" bisik Adellia. Mya mengangguk sambil fokus mengambil rakaman.
"woi budak! Buat ape ni?"
Suara seseorang menyergah dibelakang membuatkan Adellia dan Mya menoleh. Kelihatan lembaga bernama pocong memandang mereka dengan pandangan tajam.
"pocong!!" jerit Adellia mahu melarikan diri. Namun akibat terkejut, dia pengsan di sebelah Mya.
"Adellia jangan pengsan!" kata Mya namun terlambat. Dia mengawal takut lalu memandang entiti dihadapannya ini.
"kau ni hantu ke?!" tanya Mya tidak percaya dia kini berkomunikasi dengan hantu.
"berani kau masuk rumah ni? Nak aku cekik kau? Kawan kau dekat bawah dah pengsan! Ha ha ha!" pocong tersebut ketawa jahat.
Mya teringat Vera di bawah. Belum sempat diwwa melawan, bahunya dipukul kayu dari belakang. Dia pengsan di sebelah Adellia.
*****
"Vera?! Vera?!"
Adrian menghampiri Qayyum yang kelihatan risau menelefon seseorang.
"kau okay tak ni?" tanya Adrian pelik melihat rakannya seperti tidak kena.
"asal ni bising-bising?" celah Danish membawa pinggan plastik yang berisi buah-buahan. Dia yang sedang memilih makanan tadi terganggu apabila suara Qayyum yang lantang di dalam dewan balai raya.
"Vera baru call aku and bagitau diorang dekat banglo tu. Belum sempat dia inform, call terputus. Aku dengar dia teriak tadi" kata Qayyum panik dengan keselamatan kawan-kawannya.
Adrian dan Danish terkejut dengan perkhabaran itu.
"kita nak buat apa ni?" soal Danish memandang mereka berdua.
"jom kita pergi cari diorang" ajak Qayyum namun dihalang oleh Adrian.
"macam mana kita nak pergi kalau majlis ni masih berlangsung?"
Mereka bertiga terdiam berfikir. Tiba-tiba suara seseorang menghampiri mereka.
"biar aku handle, korang pergi banglo tu dulu" ujar Syakif menepuk bahu mereka bertiga.
"betul ni?" Qayyum meminta kepastian. Syakif mengangguk. Tanpa membuang masa, Qayyum, Adrian dan Danish berjalan kaki ke banglo lama.
YOU ARE READING
3 in 1 (COMPLETED)
Teen FictionApakah yang akan terjadi sekiranya tiga buah sekolah yang berbeza, berlainan perangai bergabung dalam Program Pertukaran Pelajar ke Terengganu selama tiga bulan? Vera, seorang yang pentingkan diri sendiri dan kurang ajar berjumpa dengan Adellia, seo...