9

55 8 0
                                    

"Assalamualaikum" ucap Vera,Adellia dan Mya serentak sambil bergelak ketawa. Mereka baru balik dari shopping mall tadi.

"Waalaikumussalam hah! Pergi mana korang ni?" Tanya Cikgu Nora dengan marah. Sudah menjelang malam baru ternampak batang hidung mereka bertiga. Sudahlah taklimat tidak join.

"Korang ni dahlah escape taklimat camping, nanti kalau apa-apa jadi masa camping macam mana? Hah kitaorang jugak yang susah" ujar Qayyum dengan muka sekejap risau sekejap marah. Cepat naw berubah personality.

"Korang ni bukan menjejaskan nama baik sekolah Kampung Petai je tau tapi nama sekolah korang jugak!" Sambung Danish pula.

"Aaa kitaorang tadi..." Adellia tak tahu nak jawab apa.

"Ala kitaorang pergi beli barang untuk camping je,i ni dahlah takde bawak barang untuk camping tu nanti"ujar Vera dengan membuat muka acah kesian.

"Eleh beli barang konon aku takde?"tanya Adrian. Mula-mula nak marah tapi last-last nak jugak konon.

"Belilah sendiri huh"jawab Mya mengejek.

"Eleh"kata Adrian mencebik. Vera, Adellia dan Mya menjelirkan lidah.

"Kamu semua dah kemas baju untuk camping esok?" Tanya Cikgu Nora. Qayyum, Adrian dan Danish laju mengangguk.

Seakan-akan tahu bahawa Cikgu Nora akan berleter, Vera, Adellia dan Mya segera berlalu ke bilik.

"Jangan marah cikgu!"

Hidung cikgu nora kembang-kempis menahan marah. Qayyum, Adrian dan Danish segera berlari masuk ke dalam bilik sehingga bergegar rumah kayu itu. Ish ish ish.

*****

Keesokan harinya, para pelajar yang menyertai perkhemahan sudah bersedia di kawasan sekolah. Kelihatan dua buah bas menunggu para pelajar memenuhnya.

"Baik semua, berkumpul ikut kelas! Siapa lambat, kena tinggal!" Tegas suara guru iringan memberi arahan. Cikgu Azrul dan Cikgu Tini menyusun pelajar-pelajar.

Vera, Adellia dan Mya sudah sedia dengan beg masing-masing. Sesekali mereka mengibas muka akibat kepanasan. Qayyum, Adrian dan Danish berdiri beratur di belakang mereka. Cikgu Nora turut menyertai perkhemahan itu.

"Ingat, jangan buat perangai bila masuk hutan nanti" pesan Cikgu Tini yang berwajah manis. Rata-rata pelajar mengangguk faham.

Dalam bas, pelajar diarahkan duduk berpasangan. Adellia duduk bersama Mya. Vera duduk berseorangan di belakang. Tiba-tiba Erin ramah menerpa.

"Hi! Aku duduk sini eh?" Belum sempat Vera menjawab, Erin melabuhkan punggung. Vera mencebik lalu melentokkan kepala di tingkap bas.

Erin gembira kerana di belakang mereka Adrian dan Danish duduk. Siapa je tak happy dekat dengan jejaka hensem.

"Kau ambil tempat aku" ujar Qayyum memandang Erin. Erin terkedu apabila ditegur.

"Eh you duduk sini ke Qayyum?" Tanya Erin tersengih gatal. Peluang.

"Vera, kau boleh duduk tempat la..."

"Aku nak duduk dengan Vera, bukan kau" potong Qayyum. Erin terkedu. Dia segera beredar.

Vera yang menyaksikan semua itu minta penjeleasan.

"Kita semua kan sama" ujar Qayyum. Vera cuma diam. Adrian dan Danish dibelakang sudah melelapkan mata. Bas belum jalan dah tidur. Adellia dan Mya pula mendengar lagu. Bas pun berjalan.

*****

Sebaik tiba di tapak perkhemahan, para pelajar diarahkan untuk berkumpul dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menginap dalam sebuah khemah. Cikgu Nora turut seronok mengikuti perkhemahan itu.

Dalam satu khemah hanya tiga orang sahaja dan Cikgu Nora awal-awal lagi sudah memilih Vera,Adellia dan Mya untuk berada dalam khemah yang sama begitu juga dengan Qayyum,Adrian dan Danish.

"Okay kamu semua boleh berehat, malam nanti kita makan malam bersama" pesan Cikgu Azrul dipersetujui pelajar. Ada yang berlari ke sungai untuk mandi,ada yang masuk ke khemah untuk tidur seperti Vera, Adellia dan Mya dan macam-macam lagilah.

Erin yang melihat dari jauh tersenyum sinis. Dia berharap agar rancangannya berjaya malam nanti.

*****

Pada malam itu selepas selesai membersihkan diri mereka berehat di khemah masing-masing.

Mya yang asyik dengan kameranya mula mendatangkan rimas pada Adellia. Dia berasa tidak senang dengan Mya yang asyik mengambil gambar di sana dan di sini dan merecord sana sini.

"Kau kalau nak ambik gambar atau record video boleh ambik dekat luar. Sebab dekat sini orang nak berehat"ujar Adellia.

"Alah suka hati akulah yang kau sebok kenapa?" Bentak Mya geram. Camera dia, sukahati dia lah.

"Ish dahlah apalah nak gaduh-gaduh bagai macam budak kecik!"kata Vera selamba.

"Eleh tak sedar diri dia pun sama"balas Mya tidak mahu mengalah.

"Atleast aku tak macam korang okay" balas Vera diva.

Adellia yang merasa suasananya semakin rimas dengan mereka bergaduh mula memberhentikan aktiviti membaca buku. Dia membuka gelang yang dihadiahkan oleh ibunya pada hari lahirnya tahun lalu dan dia akan memakainya sekali sekala.

Dia menyimpan gelang silver tersebut ke dalam begpacknya dan meletakkannya di poket beg yang kecil. Selesai menyimpan gelang itu dia mengambil bukunya dan melangkah keluar.

Suara Vera dan Mya yang sedang bertikam lidah masih kedengaran.

"Ni mesti kemera bundlekan"kutuk Vera menyakitkan hati Mya.

"Eleh bukan calang-calang tau aku beli ni.. bukan macam kau baju pun entah apa-apa"ujar Mya memulang paku buah keras.

Cikgu Nora yang berada di berdekatan dengan mereka mula menerpa ke arah anak muridnya yang sedang bertengkar.

"Eh eh apa korang ni nak bergaduh macam budak tadika konon,sedarlah diri tu dah besar kot takkan nak bergaduh lagi"ujar Cikgu Nora sebaik sahaja sampai ke arah Vera dan Mya.

"Ala cikgu dia yang mulakan dulu"rengek Mya,kalah budak tadika minta aiskrim.

"Ahh tak de sekarang ni kamu berdua didenda. Dendanya adalah kamu berdua kena tolong memasak SEKARANG" kata Cikgu Nora nekad.

"HAH!MEMASAK?!" Jerit Vera dan Mya serentak. Mahu gugur daun di pokok sebab dengar mereka jerit.

"Sekarang ye"ulang Cikgu Nora lagi.

"Hurmm yelah"

Mereka keluar mengikuti Cikgu Nora untuk ke tempat bermasak. Sepatutnya mereka sedang berehat sekarang ni bukannya memasak!

Seseorang mula masuk menyelinap kedalam khemah Vera,Adellia dan Mya. Dia menyelongkar sesuatu dalam beg seseorang dan...

3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now