21

42 7 0
                                    

Seperti dijanjikan, Vera, Adellia dan Mya keluar secara senyap-senyap dari bilik. Cikgu Nora sudah berehat di bilik manakala Qayyum, Adrian dan Danish melepak di dalam bilik.

Kesempatan itu diambil mereka bertiga untuk keluar pergi ke banglo lama. Kelihatan Shikin dan Mira sudah menunggu di hadapan banglo lama itu.

"so are you ready?" tanya Mira memandang mereka bertiga. Mya sudah teruja dengan membawa kamera.

Vera dan Adellia pula berdiri rapat kerana suasana yang gelap dan sunyi.

"betul ke apa kita buat ni?" tanya Adellia tidak mahu menyesal di kemudian hari.

"haah, korang dah fikir masak-masak ke?" soal Vera pula berharap mereka menukar fikiran.

"Vera, Adellia kita datang cuma nak cari hantu. Setakat terserempak tu, biasalah" ujar Shikin mahu menenangkan Vera dan Adellia. Dia dan Mira sudah biasa terserempak dengan lembaga yang bernama hantu.

Vera dan Adellia berasa seram mendengar kata-kata Shikin. Entah-entah si Shikin dan Mira ni hantu? Mengarutlah!

"jangan risau, we are together" kata Mya memimpin tangan Vera dan Adellia. Mereka bertiga mengikuti langkah Shikin dan Mira dari belakang.

Krekk!

Kedengaran pintu banglo lama itu ditolak oleh Mira. Mereka mendahului masuk. Vera dan Adellia berasa seram.

Ruangan banglo lama itu tidaklah seperti disangka. Cuma diisi dengan sebuah sofa lama. Namun ruangnya agak besar yang berhubung ke dapur.

"baik aku tidur je dekat rumah!" rungut Adellia apabila banglo itu kosong tiada apa-apa.

"takde hantu lah banglo ni, menipu je" ujar Vera pula. Mya fokus merakam sekeliling ruangan itu.

Sedang mereka mencari, kedengaran langkah kaki dari tingkat atas. Mya segera menghampiri tangga untuk mencari punca bunyi itu.

"wei kau nak pergi mana?" soal Vera menghalang Mya dari naik ke atas.

"aku dengar bunyi dari atas, jom kita naik"

Segera Adellia menarik tangan Mya.

"kau jangan macam-macam! Mana Shikin dan Mira ni?" tanya Adellia memandang sekeliling. Cuma mereka bertiga di ruangan itu.

Mya bekeras mahu naik. Vera dan Adellia terpaksa mengalah lalu mengikut Mya rapat menaiki tangga.

"takde apa-apa lah kat sini! Jomlah kita balik!" kata Vera geram dengan sikap Mya. Entah-entah Cik Ponti ke!

"kalau korang nak balik, pergi balik. Aku nak check jugak!" ujar Mya membuatkan Adellia mahu berkungfu.

Mya mendahului mereka lalu berlalu ke ruangan tingkat kedua itu. Sekeliling cuma dipenuhi pintu bilik.

Mahu tidak mahu, Vera dan Adellia mengikut dibelakang.

Setelah sejam menunggu, tiada apa-apa yang berlaku. Mereka bertiga sudah mengantuk.

"tu lah kau degil sangat! Takde hantu lah!" kata Adellia. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah tanpa Shikin dan Mira. Mereka menyangka Shikin dan Mira sudah pulang ke rumah terlebih dahulu.

*****

Keesokan harinya, mereka pergi ke sekolah bagaikan tiada apa-apa yang berlaku malam tadi. Namun Mya masih tidak berpuas hati.

Di dalam kelas, Mya bertanya kepada pelajar lelaki tentang banglo dikatakan berhantu itu.

"korang tahu ke pasal banglo berhantu tu?"

Danish yang sedang menyiapkan nota terhenti lalu memandang Mya.

"asal? Kau nak pergi situ ke?" soal Danish.

"taknak kiteorang!" sampuk Vera tidak mahu Mya menceritakan pengalaman mereka semalam.

"aku dengar banyak kes terserempak hantu dekat depan banglo tu kan?" tanya Qayyum kali ini.

Adellia yang terdengar perkataan hantu segera menegakkan kepala.

"kejadian ke penipuan?" tanya Adellia. Adrian pelik dengan reaksi Adellia seakan-akan takut.

"kau nampak takut sangat ni kenapa? pernah pergi ke?" soal Danish.

Laju Vera, Adellia dan Mya menggeleng.

Pelajar lelaki cuma mengangguk sebelum loceng waktu rehat berbunyi menandakan waktu rehat.


3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now