13

47 7 0
                                    

Sudah seminggu Vera dan Adellia bermasam muka,dan dalam seminggu itu jugalah Mya cuba untuk memberi tahu sesuatu yang penting.

Kini Qayyum, Adrian dan Danish berada di padang sekolah. Mereka sedang bermain bola sepak tetapi terhenti apabila melihat Danish tiba-tiba berhenti dan termenung melihat kearah Mya.

"Oi kau tengok apa tu? Menung jauh nampak,jumpa bidadari ke?" Tanya Adrian berbaur usikan.

"Bidadari jatuh dari syurga"sakat Qayyum pula.

"Bukanlah aku tengok Mya-.." Kata-kata Danish disampuk oleh Adrian.

"Myalah bidadari tu"kata Adrian lalu ketawa bersama Qayyum disebelah.

Danish menunjal kepala mereka berdua dan menjawab.

"Bukanlah! cuba kau tengok muka dia tu masam je sama jugak dengan Vera dan Adellia" Danish menunjukkan kearah Mya yang berjalan di tepi padang.

"Betul tu betul"sokong Adrian.

"Kita tolong nak?" Cadang Qayyum.

Adrian dan Danish diam.

"Alah atleast kita dapat pahala kalau kita tolong" kata Qayyum lagi.

"Hurmm betul jugak"kata Danish lalu bersetuju.

"Mya!" Panggil Qayyum lalu mereka berjalan menghampiri Mya yang sedang duduk di salah sebuah bangku kayu yang memang disediakan.

"Nak apa?" Tanya Mya kasar. Mukanya seperti mempunyai masalah negara.

"Alah kau ni janganlah kasar sangat"kata Danish lalu duduk di sebelah kanan Mya. Mereka bertiga duduk mengelilingi Mya.

"Nak apa?!" Tanya Mya sekali lagi.

"Asal dengan korang ni? Kejap bergaduh lepastu berbaik lagi lepastu bergaduh lagi apa kes?" Tanya Danish.

"Ah malas ah nak cerita fasal diaorang"kata Mya rimas kalau bercakap fasal Vera dan Adellia.

Qayyum, Adrian dan Danish berpandangan sesama sendiri. Mereka tahu pasti ada yang tidak kena.

"Kau ada masalah ke dengan Vera and Adellia?"

Mya mengeluh mendengar soalan tersebut. Dia mengangkat kepala memandang tiga jejaka itu bersilih ganti.

"Betul korang nak tau?" Mya meminta kepastian. Mereka bertiga mengangguk. Akhirnya Mya menceritakan perkara sebenar yang mengusutkan fikirannya.

Kelihatan Qayyum, Adrian dan Danish mengangguk seperti burung belatuk mendengar cerita dari mulut Mya. Sesekali mulut mereka ternganga akibat terkejut dengan cerita disampaikan.

*****

Petang itu, Qayyum, Adrian dan Danish serta Mya segera menjalankan rancangan mereka. Qayyum dan Mya berpusing satu sekolah mencari Vera.

Vera yang kebetulan berjalan keluar dari kantin terkejut apabila disapa Qayyum dan Mya.

"Korang nak apa?"

"Vera, jom ikut kiteorang. Kita kena jumpa Adellia and bagitahu dia perkara sebenar" ajak Qayyum bersungguh-sungguh. Mya turut mengangguk bersetuju.

"Betul tu! Jomlah!"

Vera terdiam memandang mereka berdua. Boleh percaya ke?

"Tak payahlah. Susahkan korang je nak pujuk perempuan keras kepala tu" jawab Vera selamba. Buang masa je.

"Ala jomlah!" Ajak Mya lagi menarik lengan Vera.

"Taknak!"

"Jomlah Vera" ajak Qayyum lagi. Vera menggeleng tidak mahu. Dia segera berjalan meninggalkan Qayyum dan Mya.

"Hish! Sebab ni lah aku susah sangat nak rapatkan diorang semula" rungut Mya berpeluk tubuh. Mukanya sudah dimasamkan.

Qayyum pula mengeluh. Dia memandang ke arah kelibat Vera sehingga hilang. Memang tidak mudah seperti disangkakan mereka.

*****

Bacaan Adellia terhenti sebaik Adrian meletakkan sebotol air dihadapannya. Mujur pelajar di dalam perpustakaan tidak ramai ketika itu.

"Kau nak apa?" Tanya Adellia malas melayan kehadiran Adrian yang seakan-akan mempunyai agenda sendiri.

Adrian mempamerkan senyuman manisnya. Sudah pasti dia ada agenda!

"Aku belikan untuk kau, minum ah" suruh Adrian menunjuk minuman yang dibelinya tadi. Dia menarik kerusi bertentangan dengan Adellia.

Adellia memandang wajah Adrian dalam-dalam untuk mencari tujuan Adrian membelikannya minuman. Namun dia gagal lalu mencapai minuman itu sebelum meneguk.

"Mmmm.... kau masih marahkan Vera ke?" Tanya Adrian sedikit hati-hati.

Adellia yang sedang meneguk air mula secara tidak sengaja tersembur air tersebut kearah muka Adrian.

"Kau belanja air ni sebab nak tanya tu ke?" Tanya Adellia mendatar.

"Eh tak! air ni takde kena mengena dalam hal ni pun" nafi Adrian sambil mengelap mukanya dengan menggunakan tisu.

Tanpa berkata apa-apa, Adellia berlalu pergi keluar dari perpustakaan meninggalkan Adrian keseorangan di situ.

Adrian mengeluh perlahan dan menekupkan mukanya di atas meja apabila memikirkan bahawa rancangannya telah gagal.

Danish yang kebetulan tiba di perpustakaan terserempak dengan wajah masam Adellia di pintu. Dia segera menghampiri Adrian di meja.

"gagal ke?"

Adrian mengangguk lemah. Dia tertanya-tanya dengan misi Danish pula.

"kau? ada jumpa tak si erin tu?"

"takda, aku rasa dia balik awal kot" jawab Danish yang diarahkan untuk mengheret Erin ke perpustakaan. Nampaknya rancangan mereka semua gagal.

3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now