10

52 9 0
                                    

Sudah tiba masa untuk tidur. Aktiviti makan malam itu sudah berakhir. Mereka dikehendaki tidur awal kerana keesokan harinya aktiviti secara berkumpulan.

Masing-masing sudah masuk ke dalam khemah. Cengkerik sudah mula kedengaran. Qayyum, Adrian dan Danish juga sudah berehat. Namun berbeza dengan keadaan khemah Vera, Adellia dan Mya.

Adellia meraba-raba poket begnya. Dia menjadi panik apabila benda dicarinya tiada. Vera dan Mya yang sedang bersiap-siap untuk tidur itu dipandang.

"Wei korang ada nampak barang aku tak?"

Mya yang sudah berbaring memandang Adellia dengan hairan. Vera pula sibuk membetulkan masker mukanya sambil memandang cermin.

"Barang apa? Manalah aku tahu" jawab Mya. Sudahlah angin dia kurang bagus sejak bergaduh dengan Vera petang tadi.

"Korang ada buka beg aku ke tadi?" Tuduh Adellia sudah kusut fikiran mencari gelang pemberian ibunya itu.

"Macamlah kiteorang kemaruk sangat dengan barang you!" Jawab Vera geram. Nak cari gaduh lagi ke?

Adellia menggeleng tidak percaya. Terakhir kali dia menyimpan gelang ialah di dalam beg. Beg pula di dalam khemah dari tadi. Pasti suspeknya Mya dan Vera.

"Mengaku je lah! Korang curi kan?!" Tuduh Adellia lagi. Vera memandang Adellia dengan geram.

"You ni tak faham bahasa ke? Sukahati je menuduh"

Mya pula stress melihat Vera dan Adellia bertikam lidah.

"DIAMLAHHH!" Jerit Mya mendiamkan pertengkaran Vera dan Adellia. Mya bangun lalu mencapai bantal menuju keluar dari khemah. Lebih baik dia tidur dengan Cikgu Nora!

"Salah kau lah ni!" Kata Adellia lagi. Dia turut mencapai semua barangannya lalu berjalan keluar dari khemah. Baik dia tak tidur daripada kehilangan barang!

Vera geram ditinggalkan seorang. Dia membaringkan diri lalu menarik selimut dengan kasar. Lebih baik dia pura-pura tidur!

******

Keesokan harinya, selepas para pelajar sudah mandi dan bersarapan, mereka disuruh berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Cikgu Azrul dan Cikgu Tini memandang pelajar-pelajar. Aktiviti mereka pagi itu ialah Flying Fox. Tujuannya untuk menguji keberanian pelajar.

"Berkumpul pun lama ke? Cepat! Sekejap lagi dah nak mula!" Jerit Cikgu Azrul. Berpusu-pusu pelajar berkumpul.

Vera, Adellia dan Mya yang sekumpulan berdiri jauh-jauh. Ada yang menjeling, ada yang menjelirkan lidah. Qayyum, Adrian dan Danish yang merupakan rakan sekumpulan mereka malas bertanya apa yang berlaku.

"Cikgu saya nak tukar kumpulan boleh?" Adellia mengangkat tangan bertanya. Dari jauh Erin tersenyum keriangan ke arah Adellia.

"Cikgu letak Adellia sekumpulan dengan saya" sampuk Erin seperti ada agenda. Adellia mengangguk, ketika semalam dia berseorangan, Erin datang menemaninya. Dia mempercayai Erin.

"Tak boleh! Cikgu dah tetapkan!" Balas Cikgu Nora dengan muka garang.

"Lebih bagus dia pindah kumpulan" sengaja Vera berkata begitu. Dia tahu Adellia mendengar kata-katanya. Mya pula menjeling. Malas melayan pergaduhan mereka.

"Diorang ni dah kenapa?" Soal Qayyum pelik dengan sikap Vera dan Adellia harini.

"Tanyalah diorang sendiri!" Balas Mya berjalan ke hadapan mengikut langkah kumpulan lain yang sudah bergerak. Mereka di belakang.

"Kena marah pulak" ujar Adrian memandang Qayyum dan Danish. Memang susah untuk memahami perempuan.

Vera yang baru mula melangkah terlanggar Adellia yang turut melangkah. Mereka berdua berjelingan tajam mengalahkan pedang.

"HUH!"

******

Adellia menelan air liur. Dia memandang ke bawah. Sangat tinggi. Dia berdoa agar perjalanan di udara itu tidak lama.

"Go Adellia! Go! Go!" Erin bersorak di belakang Adellia. Adellia tersenyum walaupun sudah pucat.

"Kalau penakut tu, penakut je lah" sindir Vera yang menunggu gilirannya flying fox. Sengaja ingin menyakitkan hati Adellia.

"Bukan takut lah, aku gay....." Belum sempat Adellia menjawab, dia berasa dirinya ditolak dari belakang. Dia belum bersedia. Dirinya sudah terawang di udara.

Adellia mahu menjerit namun suaranya seperti tersekat.

Sebaik tiba di bawah, Adellia terus membuka alat pelengkapannya. Dia terus menunduk muntah.

Mya yang kebetulan disitu, menghampiri adellia.

"Kau okay tak ni?" Soal mya menggosok belakang Adellia. Pelajar di sekeliling mula memerhati mereka.

"Kamu okay tak ni?" Ujar Cikgu Tini risau melihat anak muridnya itu.

"Ada orang tolak saya tadi cikgu, saya belum ready" adu Adellia apabila sudah okay. Dia menunjuk ke arah Vera yang kebetulan baru tiba di bawah.

"Hah?" Vera blur apabila mereka memandangnya seperti dia melakukan kesalahan. Hello, dia main flying fox je pun.

Cikgu Tini memandang Vera dan Adellia bersilih ganti.

"Betulke kamu Vera tolak Adelia atas tadi?"

"Mana ada! Takkanlah saya nak tolak anak orang!" Sangkal Bera. Apeni main tuduh!

"Jangan nak menipu! Macamlah aku tak tahu kau dengki dengan aku!" Ujar Adellia geram. Sudah pasti Vera menolaknya kerana hanya tinggal giliran Vera.

"Kau ada bukti ke? Ada tengok ke aku tolak kau?" Pinta Vera tidak mahu dituduh sembarangan.

"Maafkan kami cikgu, saya rasa ada kesilapan. Biar kami uruskan sendiri" kata Mya segan apabila pelajar lain mendengar mereka bergaduh. Cikgu Tini mengangguk lalu kembali menyambung urusannya mengatur permainan seterusnya.

Kini tinggal Vera, Adellia dan Mya disitu berpandangan sesama sendiri. Tiba-tiba muncul Erin dengan mulut becok.

"Adellia, you okay ke? Apa yang jadi?" Soal Erin prihatin merapati Adellia. Mya meluat melihat.

"Takde apelah, jom kita pergi. Menyemak tengok muka perasan lawa" sindir Adellia. Vera yang mendengar ingin mendekati Adellia kerana geram namun tangannya ditarik.

"Vera! Dahlah tu!" Tegur Qayyum menarik Vera ke belakang. Vera memandang Adellia yang menjelirkan lidah ke arahnya dengan geram.

Mya berpeluk tubuh memandang. Vera beredar meninggalkan Mya bersama Qayyum, Adrian dan Danish. Mya mendengus melihat perlakuan mereka. Dia meneruskan langkah dengan yang lain.

*****

"Betulke apa yang kita buat ni?" Tanya Adellia memandang Erin di sebelah. Mereka memandang sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa mengetahui rancangan mereka.

"Mestilah! You tak nak balas ke atas apa yang Vera buat tadi?" Sengaja Erin menambah perasa. Akhirnya Adellia mengangguk.

Selepas selesai, mereka berdua segera meninggalkan kawasan air terjun sebelum menyorok di salah sebuah pokok.

Sedang mereka menyorok, Vera tiba di tapak perkhemahan. Dia menuju ke khemah untuk mengambil sesuatu. Namun seekor makhluk berwarna hijau di atas beg pakaiannya.

"KATAK!!!!" Vera menjerit lalu berlari keluar. Dia membawa langkah ke air terjun namun tiba-tiba kakinya tergelincir sehingga terjatuh ke dalam sungai. Dia terkapai-kapai kelemasan.

Mata Adellia terbuntang melihat vera kelemasan. Tidak menyangka rancangan Erin menjadi. Erin pula sudah tersenyum jahat.

"Erin, Vera lemas tu. Jom kita selamatkan dia" ajak Adellia mahu beredar namun dihalang Erin.

"Hello, bukannya you ke tadi yang benci dia sangat?" Tanya Erin. Adellia terdiam. Dia serba salah.

"Tolong! Tolong!" Jerit Vera masih lemas. Mungkin nyawanya akan berakhir di sini.

Erin menarik lengan Adellia untuk beredar. Dengan muka serba salah dia melangkah. Tiba-tiba Adellia menyentap tangan nya dari dipegang oleh Erin dengan kasar dan berlari terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Vera.

Dia masih berfikiran waras dan dia tak akan membiarkan Vera kelemasan.

3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now