"aku rasakan banglo tu macam ada something la" kata Qayyum semasa mereka bertiga rehat di padang.
Adrian yang menggigit roti, mengerutkan dahi.
"jangan cakap kau nak pergi banglo tu lagi" tebak Danish.
"memang! Kita mesti pergi banglo tu malam ni!" kata Qayyum curiga tentang van tempoh hari.
"kau jangan nak cari bala" kata Adrian malas mahu terlibat.
"tapi kan aku pun tak puas hatilah dengan van yang hampir langgar kita haritu. Jom ah kita pergi banglo tu" Danish turut bersetuju dengan rancangan Qayyum.
Kini Qayyum dan Danish memandang Adrian meminta persetujuan.
"yelah kita pergi malam ni! Kalau korang kena kejar hantu jangan salahkan aku!" kata Adrian keras. Qayyum dan Danish mengangguk no problem.
"korang nak cari hantu ke?"
Suara Syakif yang baru muncul mengejutkan mereka bertiga.
"eh Syakif , kau dengar ke apa kiteorang bincang tadi?" tanya Qayyum.
"aku ni ada power tau, aku tahu korang nak pergi banglo lama tu malam ni kan?" teka Syakif dengan senyuman senget.
Adrian mengangguk. Syakif melabuhkan punggung diatas bangku.
"aku nak ikut"
"kau nak cari hantu ke?" soal Danish tidak percaya Syakif berminat.
Syakif cuma mengangguk.
"kau tak takut hantu?" soal Adrian pula.
"aku takut? Malam ni kita tengok siapa yang takut" balas Syakif.
Akhirnya mereka bersetuju untuk tiba di banglo lama selepas Isyak. Masing-masing sudah tidak sabar.
*****
"rumah macam ni ada hantu?"
Syakif memandang sekeliling banglo yang dikatakan berhantu itu. Qayyum, Adrian dan Danish berjalan sekeliling untuk mencari apa yang tidak kena. Mereka segera masuk ke dalam banglo sebaik tiba.
"sebenarnya haritu kiteorang ada nampak van hitam datang banglo ni. Muka macam tak boleh dipercaya, tu lah sebab kiteorang nak masuk banglo ni" kata Qayyum mengatakan niat mereka ke banglo itu.
"van hitam?" soal Syakif seperti mengecam sesuatu.
"haah, kau tahu ke?" tanya Danish laju. Dasar pemandu van tak guna!
"aku ada lah juga tengok van hitam lalu-lalang kat kampung kita ni" jelas Syakif.
"tapi dia buat apa kat sini eh?" tanya Adrian pula. Mereka berempat terdiam.
Tiba-tiba mereka terlihat pintu banglo seperti dibuka. Mereka berempat segera masuk ke dalam sebuah bilik untuk menyorok.
"siapa tu?" tanya Danish berbisik. Mereka berempat mengintai di sebalik celahan pintu.
Kelihatan satu lembaga berbungkus masuk ke dalam banglo itu. Kelihatan benda itu melompat-lompat masuk dengan payah.
"pppocong??!" menggeletar badan Adrian melihat entiti itu. Buat pertama kali dia melihat di mata kasar.
"shh!" Syakif menutup mulut Adrian agar tidak membuat bising.
Qayyum fokus memandang lembaga itu. Dia tidak berasa takut malah berasa ada sesuatu yang tidak kena.
Pocong itu kelihatan melompat-lompat ke arah tangga.
"korang tak rasa pelik ke pocong tu naik tangga?" tanya Syakif ke arah Qayyum, Adrian dan Danish.
"kan! Aku rasa ada benda tak kena" ujar Qayyum membuat spekulasi.
Adrian yang terhidu bau debu menggosok hidungnya yang gatal.
HACHUU!!
Mata Syakif, Qayyum dan Danish terbuntang memandang Adrian yang bersin dengan kuat. Kelihatan pocong yang ditangga tadi memandang ke arah mereka.
"LARI!" jerit Qayyum menolak daun pintu. Mereka berempat berlari sekuat hati meninggalkan banglo berhantu itu.
HIHIHIHI!
Sedang mereka berlari, mereka terserempak dengan pontianak yang sedang menyisir rambut di luar banglo. Semakin laju larian mereka pulang ke rumah.
Sebaik tiba di rumah, mereka berempat segera masuk mengunci pintu.
"asal korang lari?" tanya Syakif mengatur pernafasan.
"dah aku nampak korang lari, aku ikut ah" jawab Adrian.
"Adrian tu yang bersin! Kan dah kantoi!" marah Danish menjeling geram.
Qayyum menenangkan mereka walaupun hatinya curiga dengan entiti pocong dijumpai mereka sebentar tadi.
TOK! TOK! TOK!
Pintu dihadapan mereka diketuk dengan kuat. Mereka berempat terdiam lalu berpandangan sesama sendiri. Jam sudah menunjukkan 11 malam. Siapakah yang datang?
TOK! TOK! TOK!
Pintu diketuk lagi. Masing-masing sudah cuak dan teragak-agak membuka pintu.
Mahu tidak mahu, Qayyum membuka pintu dengan perlahan-lahan. Syakif, Adrian dan Danish berharap tiada benda menakutkan di luar.
Sebaik pintu dibuka, tiada sesiapa di situ. Qayyum mengeluh lega.
"takde apa-apalah!"
Namun belum sempat mereka bernafas lega, sesuatu mengejutkan mereka.
CAK!!
Muncul pocong tadi dihadapan mereka sambil membuat gaya pis yo.
Mereka berempat terkejut lalu menjerit. Mereka berpelukan sesama sendiri.
YOU ARE READING
3 in 1 (COMPLETED)
Teen FictionApakah yang akan terjadi sekiranya tiga buah sekolah yang berbeza, berlainan perangai bergabung dalam Program Pertukaran Pelajar ke Terengganu selama tiga bulan? Vera, seorang yang pentingkan diri sendiri dan kurang ajar berjumpa dengan Adellia, seo...