14

44 7 0
                                    

Hujung minggu itu, pagi-pagi lagi Qayyum, Adrian dan Danish sengaja membawa Cikgu Nora demi menjayakan rancangan mereka merapatkan Vera dan Adellia. Mya sudah bersedia dengan rancangannya.

Mya yang berbaring di ruang tamu mengintai Vera yang berada di dapur dan Adellia yang sedang berehat di dalam bilik. Dia berharap rancangannya menjadi kali ini.

"AAAAAAAAHHHH!"

Jeritan yang datang dari halaman rumah mengejutkan Vera dan Adellia. Secara serentak mereka berlari turun dari rumah kayu itu.

"MYA!" jerit Vera dan Adellia terbuntang melihat Mya terbaring di halaman rumah dengan mata terpejam.

"kita nak buat apa ni?" soal Vera panik memandang Adellia.

"manalah aku tahu, kau tanya aku asal?" jawab Adellia memandang Mya yang terbaring.

Vera terdiam lalu berfikir. Walaupun dia tidak menyenangi Adellia, dia terpaksa bekerjasama dalam hal ini demi Mya.

"jom lah kita angkat dia masuk"

Mereka berdua memapah Mya yang pengsan ke dalam rumah. Dengan susah payah mereka meletakkan Mya di atas tilam.

"now kita nak buat apa?" soal Adellia mencari idea.

"call cikgu nora!" jawab Vera lalu mencapai telefonnya. Nombor Qayyum di dail namun tidak dijawab. Begitu juga dengan Adrian dan Danish.

Adellia bercekak pinggang menunggu Vera. Tiada jawapan.

"kau ada nombor cikgu nora?" soal Vera menggaru kepalanya.

Mata Adellia terbuntang mendengar soalan Vera.

"kau takde nombor dia ke? Macam mana kita nak call cikgu ni?" marah Adellia.

Vera naik angin apabila Adellia tiba-tiba memarahinya tidak tentu pasal.

"kau ada ke nombor cikgu nora?" soal Vera pula. Kini Adellia terdiam.

Vera mendengus kasar mendengar jawapan Adellia. Nak marah orang tapi diri sendiri pun terlibat.

"habistu macam mana?" soal Adellia lagi. Takkan nak dibiarkan Mya pengsan tanpa mengetahui sebab.

"do something! Janganlah marah orang je tau!" balas Vera geram dengan sikap Adellia.

Adellia berasa tercabar dengan kata-kata Vera. Dia bergerak keluar dari bilik lalu melangkah kasar ke halaman rumah.

"Adellia! Kau nak pergi mana?" jerit Vera mengikuti langkah Adellia sehingga di pintu.

"well, you told me to do something! Watch this!" balas Adellia menyarungkan selipar lalu mencapai basikal di bawah rumah. Dia mula mengayuh meninggalkan rumah.

"nanti kau sesat, padan muka!" jerit Vera lagi. Bengang dengan sikap Adellia yang keras kepala. Susah nak kerjasama.

*****

Panas hati Adellia memandang basikal yang dinaikinya tadi. Tiba-tiba tayar basikal tersebut bocor. Terpaksa dia berhenti lalu duduk di pangkalan kayu bawah pokok rambutan.

Sudah sejam dia duduk dibawah pancaran matahari. Hatinya semakin terbakar mengenangkan sikap Vera tadi. Ditambah pula dengan gelangnya dijumpai di dalam beg Vera. Memang Vera seorang yang jahat.

"hok aloh, menong ape tu"

Kepala Adellia terangkat mendengar suara itu. Dia mendapati Syakif datang sambil mempamerkan muka poyo.

Melihatkan Adellia yang diam, Syakif mengambil tempat di sebelah Adellia.

"jarang orang kaya macam kau duduk bawah matahari macam ni" sindir Syakif untuk melihat respon Adellia.

"kau ingat aku loser macam tu ke? Lainlah Vera kau tu" jawab Adellia dengan nada meluat. Terangkat kening Syakif mendengar jawapan Adellia.

"gaduh ke? jarang korang gaduh" ujar Syakif mahu tahu.

Adellia mengeluh.

"perangai dia tu lagi teruk daripada pembuli dekat sekolah aku tau, macam lah perfect sangat" kutuk Adellia teringat pembuli bersiri di St Elizabeth.

"tapi aku tak rasa dia macam tu, dia mungkin perangai teruk tapi dalaman dia baik" nasihat Syakif. Adellia hairan dengan perubahan sikap Syakif seperti seorang yang matang.

"kau ni Syakif ke menyamar? Lain semacam"

"ni Syakiflah!"

Adellia mendiamkan diri.

"atleast dia tak macam Erin, tikam belakang kau dulu" ujar Syakif lagi. Oh yea, Adellia teringat tentang Erin yang mengaku bahawa dia meletakkan katak di dalam khemah. Namun Vera memaafkan dirinya.

"kau still tak percayakan Vera ke?" tanya Syakif lagi.

Soalan Syakif mendapat kebisuan daripada Adellia.

3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now