5

54 9 0
                                    

Seluruh kantin mula memandang mereka. Mya memandang mi karinya yang sudah tumpah.

"OH MY MI KARI!" Jerit Mya. Mangsa yang terkena mi karinya sudah menahan marah.

"Kau buta ke apa?! Jalan tu tengoklah depan!" Jerkah pelajar perempuan bernama Erin itu. Dia melihat Mya dengan meluat.

"Manalah saya tahu. Bukan salah saya pun dah mi tu di takdirkan untuk jatuh diatas kepala awak macam mana"ujar Mya selamba. Kata-kata Mya itu semakin menbuatkan Erin semakin marah.

Erin dan kawannya melihat pakaian Mya yang lain daripada yang lain.

"Kau ni mesti petukaran pelajar tu kan?"tanya Erin lalu tersenyum sinis.

"Kalau ye pun kenapa?"tanya Mya kembali sambil mendekatkan mukanya kearah Erin.

Keadaan makin hangat dikantin tersebut apabila melihat keadaan yang sedang berlaku.

Qayyum,Adrian dan Danish yang menjadi pemerhati dari jauh hanya mendiamkan diri.

"Wei nak tolong ke tak eh?"tanya Danish ragu-ragu.

"Takyahlah bukan hal kita pun"kata Adrian sambil memakan popcorn caramel yang di belinya di kantin tadi.

Qayyum hanya diam memerhati sesuatu dengan teliti.

Secara tiba-tiba Erin menarik rambut Mya dengan kuat. Mya menjerit kesakitan.

"SAKITLAH!" kata Mya sambil cuba menarik rambutnya daripada ditarik.

"Hei hei hei kenapa ni?"tiba-tiba jeritan cikgu displin kedengaran di kantin tersebut.

Erin melepaskan rambut Mya.

"Hey awak yang pertukaran pelajar tu kan?"teka cikgu displin sambil memandang kearah muka Mya.

Mya membetulkan rambutnya dan berkata.

"Ya"

"Masuk kelas sekarang!"kata guru displin tersebut.

Sebelum berlalu pergi, Mya sempat menjelirkan lidah kearah Erin. Erin menjeling Mya kembali.

"Kamu masuk bilik saya SEKARANG!"kata cikgu displin itu dengan tegas. Erin mengikut langkah guru displin itu dengan pasrah.

Qayyum,Adrian dan Danish yang menjadi tadinya memerhati kekecohan itu mula berjalan kekelas.

*****

Minggu berganti minggu. Mereka masih tidak mempedulikan hal lain. Masing-masing sibuk menjaga tepi kain sendiri.

Vera berjalan keluar dari tandas selepas sudah mengemaskan penampilannya. Dia berjalan ke kelas tanpa menghiraukan orang.

"Hai cik adik manis!"

Suara seseorang membuatkan langkah Vera terhenti. Dia memusingkan badan lalu melihat seorang lelaki tinggi lampai yang tersenyum ke arahnya.

Vera malas melayan lalu meneruskan langkah namun ditegur lagi.

"Amboi sombong"kata lelaki itu tadi lagi.

3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now