Tiba-tiba ada tangan dihulur ke arah Adellia dan Mya. Serentak mereka berdua menjerit ketakutan.
"AAAAAAAAAAAA! HANTU!!!"
"woi ni aku lah"
Adellia dan Mya segera membuka mata dan memandang Vera berdiri dihadapan mereka sambil menghulurkan tangan.
"Kau buat apa kat sini?" Tanya Adellia hairan namun Vera mengajak mereka lari dengan tergesa-gesa.
Akhirnya mereka bertiga lari keluar dari hutan. Kepala Adellia dan Mya dihujah soalan tentang kedatangan Vera tadi.
"Macam mana kau jumpa kiteorang?" Soal Mya tercungap-cungap berlari.
"Erin" jawab Vera yang masih berlari. Adellia dan Mya berpandangan.
"Erin?"
Namun Vera tidak menjawab. Suatu simpang, mereka terserempak dengan Qayyum, Adrian dan Danish. Mereka dari arah bertentangan.
"Vera! Adellia! Mya! Mana hantu tu?" Soal Adrian melihat tiga gadis itu penat berlari.
Serentak Vera, Adellia dan Mya menunjuk ke arah tadi.
"Biar kiteorang check. Korang balik ke khemah sekarang" arah Qayyum. Kemudian mereka bertiga berlari ke arah Vera, Adellia dan Mya dikejar hantu tadi.
Tanpa membuang masa tiga gadis itu melangkah ke tapak perkhemahan yang semakin mendekat.
*****
"Siapa yang main-main malam macam ni?" Muka Cikgu Nora serius memandang pelajarnya. Vera, adellia dan Mya berdiri menikus.
Sesekali mereka menjeling ke arah Syakif aka hantu yang menakutkan mereka malam tadi. Syakif tersengih seperti kerang busuk.
"Betul ke awak Syakif takutkan pelajar saya?" Tanya Cikgu Nora lagi. Matanya mencerlung memandang Syakif dengan pakaian putihnya.
"Ha! Memang dia ni lah!" Kata Danish ke arah Syakif. Setelah mereka berjaya menangkap hantu tadi, mereka mendapati Syakif yang hantunya!
Cikgu Azrul dan Cikgu Tini menggeleng kepala dengan perbuatan Syakif.
"Sabar cikgu, saya ingat nak main-main je. Janganlah marah-marah" ujar Syakif tersenyum tidak bersalah. Adellia dan Mya menahan geram.
Akhirnya Cikgu Nora melepaskan Syakif. Dia memandang pelajarnya pula.
"Macam mana awak berlima hilang tadi?"
Mereka berpandangan sesama sendiri sambil terdiam.
"Mungkin salah pandang cikgu, tu yang sesat" jawab Adrian mahu melegakan hati Cikgu Nora.
"Salah pandang? Macam mana kumpulan lain tak tersalah pandang?! Nasib baik awak semua balik" bebel Cikgu Nora lagi.
"Maafkan kami cikgu" ucap Danish meminta maaf.
"Yang kamu ni Vera, kamu kan dikecualikan. Boleh pulak ikut sekali sesat ke?" Tanya Cikgu Nora kini memandang Vera.
"Mana ada saya sesat cikgu. Saya tolong tangkap si hantu tak guna ni!" Ujar Vera menarik rambut palsu yang dipakai Syakif. Syakif tersengih.
Cikgu Nora mengeluh. Dia mengarahkan mereka berenam pulang ke khemah masing-masing.
*****
Keesokan paginya, semua pelajar sudah bersiap untuk menaiki bas pulang ke sekolah. Cikgu Azrul sibuk memeriksa senarai nama pelajar.
"Ada seorang pelajar takde ni! Mana pelajar bernama Erin?" Jerit cikgu Azrul memandang pelajar-pelajarnya. Semua mereka terdiam tidak tahu.
Cikgu Tini panik lalu menghitung kembali pelajar yang berkumpul. Memang kekurangan seorang!
"Syakif awak ada nampak Erin?" Soal Cikgu Azrul tertumpu ke arah Syakif. Syakif yang berdiri tidak jauh menjawab.
"Err manalah saya tahu cikgu"
Vera, Adellia dan Mya memandang Syakif dengan ragu-ragu. Boleh percaya ke Syakif ni?
Tiba-tiba...
"Cikgu! Ada orang jumpa Erin pengsan dalam hutan!" Jerit seorang pelajar. Dibelakangnya ada beberapa orang memapah Erin yang lemah.
Cikgu Tini terkejut lalu menghampiri Erin.
"Apa dah jadi dengan awak ni Erin?"
Erin yang kelihatan pucat tidak bermaya itu menjawab perlahan.
"Saa..yaa..nampak...han...tuuu" ujar Erin lalu meracau. Serentak Vera,Adellia dan Nya memandang Syakif. Syakif tersengih. Memang sah kerja Syakif!
"Vera, Mya, sorry tau sebab gaduh dengan korang before ni. And Vera lemas sebenarnya..." ujar Adellia namun pantas dipotong Vera.
"Aku tahu kau rancang kan?"
Adellia mengangguk perlahan. Dia berasa bersalah.
"Macam mana kau tahu Vera?" Soal Mya hairan apabila Vera langsung tidak melenting.
"Erin bagitau"
Mata Adellia terbuntang. Erin bagitahu?!
"Kau tak marah ke?" Tanya Mya lagi. Vera tertawa.
"Dia dah selamatkan aku, takkan aku nak marahkan dia pulak" jawab Vera menyakat Adellia. Adellia tersenyum lega apabila Vera tidak memarahinya.
"So kita dah okay lah ni?" Soal Mya memandang mereka berdua. Mereka bertiga cuma mampu tersenyum sebelum bergerak masuk ke dalam bas. Nampaknya sudah berdamai. Mereka pulang dengan senang hati.
Tetapi kesenangan mereka tidak bertahan lama apabila sampai ke rumah kediaman mereka.
"Memang kau ke yang curi gelang aku?" Tanya Adellia dengan mata helangnya sebaik masuk ke dalam bilik.
"Mana ada aku curilah. Takkan aku nak curi gelang kau. Ei aku mampu lagilah nak beli gelang tu. Dengan kilang gelang tu sekali aku mampu beli tau!" Balas Vera dengan nada sedikit tinggi.
Mya yang baru masuk ke dalam bilik mereka memandang mereka.
"Apa hal lagi ni?!" Tanya Mya geram. Tak habis habis nak bergaduh tadi baru je berbaik.
"Dia curi gelang aku semalam!"jawab Adellia menaikkan kemarahan Vera.
"AKU TAK CURILAH!"nafi Vera dengan nada suara yang tinggi.
"Kalau bukan kau siapa lagi HAH?! Dah terang-terang benda ni dekat beg kaukan!"kata Adellia dengan suara yang lebih tinggi dari Vera tadi pada hujung kata.
"Sumpah tak"nafi Vera lagi.
Mya yang melihat dari tadi mula berjalan menujuk kearah katilnya. Dia malas nak layan,lebih baik dia membelek kameranya. Bunyi Vera dan Adellia yang masih lagi bergaduh tidak dihiraukan.
Tiba-tiba dia melihat sebuah rakaman video yang dirakamnya. Rakaman itu terakam sehingga saat Adellia memarahinya. Dia menekan butang 'play' dan melihat rakaman tersebut. Sebelum mengakhiri rakaman itu dia melihat sesuatu yang mencurigakan!
"Kau tau tak ni barang berharga bagi aku tau.. takkan ni pun nak curi!"bidas Adellia lagi.
"Sumpah wei aku TAK CURI!"kata Vera lagi.
"Habis tu takkan lah benda ni ada kaki lepastu berjalan masuk dalam beg kau"kata Adellia dengan geram. Dadanya berombak-ombak marah.
"Dahlah! Sakit tekak aku bercakap dengan kau lepas tu jerit jerit pulak"kata Vera perlahan tapi masih dapat didengari.
"Hilang kepercayaan aku dekat kau!"kata Adellia lalu keluar dari bilik sambil membawa alatan mandinya.
"Vera"panggil Mya memandang Vera yang duduk di hujung katil.
"Apa? Kau pun nak tuduh aku jugak ke? Takpe tuduh je!"kata Vera lalu keluar dari bilik.
"Ish aku nak cakap pun belum sempat"rungut Mya apabila dia pula yang kena.
Qayyum, Adrian dan Danish yang mendengar dari bilik sebelah hanya menggelengkan kepala.
Vera keluar dari rumah membawa diri.
YOU ARE READING
3 in 1 (COMPLETED)
Teen FictionApakah yang akan terjadi sekiranya tiga buah sekolah yang berbeza, berlainan perangai bergabung dalam Program Pertukaran Pelajar ke Terengganu selama tiga bulan? Vera, seorang yang pentingkan diri sendiri dan kurang ajar berjumpa dengan Adellia, seo...