20

46 8 0
                                    

"kita buat apa kat sini?"

Qayyum memandang seluruh kawasan banglo lama itu. Mereka bertiga mengayuh basikal menuju ke lokasi dimana Cikgu Nora semalam.

"kau cari apa Qayyum?" tanya Danish berulang kali. Mereka memandang kosong banglo lama itu.

"aku peliklah, macam mana Cikgu Nora boleh pengsan dekat sini semalam" Qayyum bercekak pinggang dengan wajah ingin tahu.

"kan dia cakap dia nampak benda" balas Adrian tidak tahu motif utama Qayyum ke situ.

Sedang mereka berbual, sebuah van hitam meluncur ke kawasan banglo lama itu. Qayyum, Adrian dan Danish segera berlari ke belakang semak untuk menyorok. Mereka mengintai van hitam tersebut.

"itu bukannya van yang hampir langgar kita ke haritu?" tanya Danish tidak melupakan van hitam yang hampir melanggar mereka minggu lepas.

"haahlah... dia buat apa kat sini?" soal Adrian pula. Takkan lah banglo lama begini masih didiami orang.

"jangan bising" ujar Qayyum memandang van hitam tersebut yang diparkirkan di hadapan banglo lama.

Keluar seorang lelaki kurus keding dari van. Dia berjalan masuk ke dalam banglo lama itu diikuti seorang lelaki botak. Mereka kelihatan bercakap namun terlalu sukar didengari kerana terlalu jauh.

"takkanlah diorang tinggal kat sini kot?" soal Adrian suspicious. Qayyum turut berasa begitu.

"aku rasa mesti ada benda tak kena"

"apa yang tak kena?" Qayyum dan Adrian memandang wajah Danish.

"mustahil diorang datang sini tanpa sebab kan?" ujar Danish lagi.

"jomlah kita balik, nanti diorang nampak kita" ajak Adrian memandangkan hari sudah senja.

Mereka bertiga mengayuh pulang.

*****

Di sekolah, Shikin dan Mira menyertai Vera, Adellia dan Mya rehat di kantin. Mulut mereka berdua ligat berceloteh.

"awak bertiga tau tak yang kampung kita ni dah kecoh sebab kena kacau?" tanya Shikin sambil mengunyah nugget.

Vera, Adellia dan Mya menjadi tertarik lalu memandang mereka berdua.

"tahu, kenapa?"

"diorang syak banglo dekat hujung kampung kita ni berhantu!" kata Mira bersungguh-sungguh.

"jadi banglo lama tu berhantu lah?" soal Vera mahu kepastian. Shikin dan Mira mengangguk serentak.

"maksudnya benda yang jadi dekat kampung kita ni betul-betul jadi lah?" tanya Adellia pula. Seram bethol.

Lagi sekali Shikin dan Mira mengangguk kepala.

Mya mendapat idea bernas. Dia memandang Shikin dan Mira.

"korang takut hantu tak?"

Mata Vera dan Adellia terbuntang mendengar soalan Mya. Mereka pasti Mya mahu menyiasat perkara itu.

"tak! Malam ni kiteorang ingat nak cuba cari hantu malam ni. Korang nak ikut?" pelawa Mira membuatkan mata Mya bersinar.

"nak! nak! nak!"

Mya teruja siap bertepuk tangan. Adellia menarik lengan Mya yang terlebih teruja.

"kau biar betul Mya? Kau tak takut ke?" soal Adellia hairan dengan sikap Mya.

"kau jangan nak macam-macam Mya, apa-apa jadi kat kau padan muka" balas Vera pula. Shikin dan Mira hanya memandang gelagat tiga sekawan itu.

"chill lah, bukannya kita buat salah pun" kata Mya menenangkan kawannya.

"tapi korang mesti ikut aku malam ni"

Kata-kata Mya membuatkan mata Vera dan Adellia terbuntang buat kali kedua. Mereka berdua menggeleng tidak mahu.

"taknak! asal kiteorang ikut kau pulak?" bantah Adellia tidak mahu cari pasal.

"pergi seorang lah!" bangkang Vera pula. Namun dia turut risau akan keselamatan Mya.

Mya membuat muka comel lalu mencapai tangan kedua-dua kawannya itu.

"ala... please....Temanlah aku! Malam ni je! Lagipun Shikin dan Mira akan ikut kita sekali malam ni" pujuk Mya agar hati Vera dan Adellia lembut.

Shikin dan Mira turut memujuk Vera dan Adellia. Akhirnya Vera dan Adellia bersetuju.

"aku ikut ni sebab risaukan kau! Bukannya cari hantu!" ujar Adellia membuatkan Mya tersengih.

"iyelah!"

"pukul berapa malam ni?" tanya Vera memandang Shikin dan Mira.

"9pm at sharp!" balas Shikin.

3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now