25

45 8 0
                                    

Sebaik mata dibuka, Mya terpandang wajah Vera dan Adellia yang pengsan di sebelahnya. Tangan dan kaki mereka diikat ketat.

"woi lepaskan kiteorang!" jerit Mya menarik perhatian tiga orang penjahat berdiri di hadapannya.

Seorang mengenakan berbungkus, seorang lagi berpakaian putih dan seorang berwajah bengis. Mereka ialah hantu palsu!

"Ha ha ha! Kau tu budak je! Menyibuk nak tahu urusan orang dewasa" kata si pocong palsu ketawa berdekah-dekah.

Vera dan Adellia terjaga mendengar suara yang bising. Mereka juga terkejut apabila mendapati diri diikat.

"korang ni nak apa?!" jerit Adellia cuba melepaskan diri daripada tali namun gagal.

Si penjahat bermuka bengis datang mendekati mereka bertiga lalu duduk mencangkung.

"sebab perangai korang yang menyibuk ni, kerja aku hampir gagal tau tak?!" marahnya.

Vera memandang penjahat-penjahat itu dengan geram.

"kalau takde duit, carilah kerja! Janganlah buat jahat!" herdik Vera menyakitkan hati tiga penjahat itu.

"kurang ajar!" si pontianak palsu  menghampiri Vera lalu menarik rambut Vera dengan kuat. Vera mengaduh kesakitan.

"lepaskanlah dia! Kau nak apa?! Kau kerja apa?!" soal Mya sengaja bertanya.

"kau nak tahu sangat kan? kalau korang nak tahu semua kemalangan yang berlaku dekat kampung ni kiteorang puncanya. Semua besi penutup longkang kiteorang dah curi dan jual" ujar si pontianak palsu.

Mya dan Adellia terkejut mendengar pengakuan itu.

"habistu kes hantu banglo ni?" tanya Adellia pula.

"kiteorang sengaja cipta hantu semua ni supaya kampung korang ni jangan acah berani" balas si pocong palsu pula. Heh tak kena dengan berbungkus!

"habistu korang nak apa dengan kiteorang? lepaskanlah kiteorang!" kata Vera menahan kesakitan.

"lepaskan korang? lambat lagi" kata si penjahat bermuka bengis tertawa sinis.

"kiteorang janji takkan bagitau siapa-siapa pasal ni" ujar Mya menabur janji palsu.

"jaminan?" tanya si pontianak palsu kurang mempercayai.

"apa kata encik-encik semua tukar penampilan? Si pocong jadi hantu cina, si pontianak jadi toyol. Encik pula makeover jadi perempuan" cadang Adellia mempermainkan penjahat-penjahat itu.

"makeover?" soal penjahat-penjahat itu.

"kalau tak..." sengaja Adellia tidak menghabiskan ayat.

"kalau tak apa?"

Adellia segera bangun lalu menendang celah paha si penjahat muka bengis. Dia segera membuka ikatan tali Mya. Penjahat itu tertunduk menahan kesakitan.

Mya segera menghadiahkan penumbuk ke arah pocong berbungkus. Pocong tidak dapat melawan kerana badan berbungkus.

Vera turut meludah ke arah pontianak palsu. Pontianak tersebut terundur ke belakang. Mya membuka ikatan tali Vera.

Mereka bertiga segera keluar dari bilik tersebut. Namun mereka terserempak dengan Qayyum, Adrian dan Danish yang baru tiba.

"korang okay tak ni?!" tanya Danish memandang mereka bertiga yang berlari.

"okay! Korang pergi tangkap diorang" jawab Adellia menunjuk ke arah bilik tadi.

"jangan risau aku dah record pengakuan diorang" ujar Mya memegang kameranya. Dia memang bijak.

"okay bagus!" puji Adrian.

"korang pergi sekarang" arah Qayyum.

"hati-hati korang!" ucap Vera sebelum keluar dari banglo itu diikuti Adellia dan Mya.

"Vera! Adellia! Mya!"

Syakif muncul ditemani penduduk kampung serta Cikgu Nora.

"kamu semua okay tak ni?" soal Cikgu Nora risau memandang anak-anak muridnya.

"kami okay cikgu tapi Qayyum, Adrian dan Danish kat atas" adu Vera risau.

"jangan risau, biar saya handle" kata Syakif serta penduduk kampung masuk ke dalam banglo itu.

Tidak lama kemudian, beberapa buah kereta peronda polis datang. Beberapa anggota polis keluar lalu memberkas penjahat-penjahat. Mya turut memberi kameranya sebagai bukti rakaman kegiatan haram penjahat sekalian.

"terima kasih saya ucapkan kepada kamu semua, Kampung Petai sungguh terhutang budi kepada kamu berenam" ujar ketua kampung memandang keenam-enam pelajar berdiri dihadapannya itu.

Vera, Adellia dan Mya mampu mengangguk tersenyum. Tidak sebesar mana pertolongan mereka.

Qayyum, Adrian dan Danish juga tersenyum menunduk hormat. Nampaknya misi mereka menangkap hantu berjaya!

3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now