17

47 7 0
                                    

Hari Isnin datang lagi. Pagi-pagi lagi Vera, Adellia dan Mya sudah datang ke sekolah demi menjayakan misi mereka.

Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Mereka bertiga tiba di kelas Erin lalu berjalan ke meja Erin.

Tanpa membuang masa, Vera mengeluarkan telur tembelang sebelum dilumurkan di atas meja Erin. Tidak cukup dengan itu, Adellia menuang tepung di atas meja. Mya pula menabur sisa sampah di dalam bakul sampah.

Mereka bertiga mengerjakan dengan rasa puas hati. Jangan ingat mereka akan melepaskan Erin!

"have a bad day, Erin"

Mereka bertiga berlalu meninggalkan kelas itu dengan wajah kemenangan.

Erin yang baru tiba di kelas hairan apabila terserempak dengan Vera, Adellia dan Mya. Teringat dengan kejadian tempoh hari seakan-akan menghantuinya.

Mata Erin terbuntang melihat keadaan meja nya. Dia pasti tujuan Vera, Adellia dan Mya ialah sabotaj dirinya.

"AAAAAAAA!"

Bibir Vera, Adellia dan Mya tersenyum sinis mendengar jeritan Erin.

Qayyum, Adrian dan Danish yang duduk di tempat masing-masing mampu menggelengkan kepala dengan sikap mereka.

*****

Pejam celik-pejam celik, tinggal beberapa minggu lagi baki tempoh mereka di Terengganu. Masing-masing tidak sabar mahu pulang ke sekolah asal.

Suatu petang, Cikgu Nora mengarahkan Qayyum, Adrian dan Danish ke kedai runcit berdekatan. Mereka bertiga ke kedai runcit menaiki basikal.

"terima kasih kak" ucap Adrian selesai membayar barangan. Dia memanggil Qayyum dan Danish yang sibuk memilih aiskrim.

Mereka bertiga keluar dari kedai runcit lalu menghampiri basikal masing-masing. Sedang mereka berbual, ada sebuah van berwarna hitam melintasi jalan raya dan hampir melanggar mereka yang berdiri di bahu jalan.

"woi! Bodoh ke?! Buta!" jerit Danish geram apabila van tersebut meluncur pergi meninggalkan mereka tanpa ucapan minta maaf.

Qayyum yang turut terkejut menenangkan Danish yang tidak puas hati.

"dahlah jom balik" ajak Adrian malas memanjangkan hal itu.

Sambil mereka mengayuh, mereka berbual. Danish masih tidak berpuas hati tentang van berwarna hitam tadi.

"chill lah, kotkot dia rabun ke" jawab Adrian yang malas mendengar bebelan Danish.

"rabun? Lebih baik dia tidur je daripada driving!" balas Danish geram. Qayyum mampu mendiamkan diri.

Adrian yang sibuk menenangkan Danish, tidak menyedari bahawa terdapat lubang yang agak besar dihadapannya. Basikalnya hampir termasuk ke dalam longkang.

"ADOI!!"

Adrian mengurut punggungnya yang sakit. Qayyum dan Danish segera memberhentikan basikal dan menolong Adrian.

"kau okay tak ni?" soal Qayyum risau. Wajah Adrian berkerut.

"okay. Asal lubang ni mesti tengah jalan?!" marah Adrian mencerlung memandang lubang longkang yang membuatkannya tercedera.

"entahlah. Dah jom balik" Danish menolong Qayyum memapah Adrian. Adrian mencapai basikalnya kembali. Mereka menyambung kayuhan pulang ke rumah.

3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now