Kebelakangan ini, banyak kes kemalangan dilaporkan di Kampung Petai. Rata-rata mangsa kemalangan akibat yang sama. Lubang longkang di atas jalan raya.
Pagi itu, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan guru kelas mereka.
"kenapa banyak sangat accident dekat kampung ni eh?" soal Mya memandang rakan-rakannya sementara menunggu kedatangan cikgu subjek seterusnya.
"Adrian pun ada kena haritu" sampuk Qayyum memandang Adrian yang duduk bersebelahan Adellia.
Mata Vera, Adellia dan Mya tertumpu memandang Adrian.
"kau accident? teruk ke?" tanya Adellia memandang seluruh badan Adrian. Tiada calar-balar.
"takde, jatuh longkang je masa pergi kedai haritu" balas Adrian.
"mmmmm cikgu kelas kita pun acciddent jatuh longkang" kata Mya mengesyak ada yang tidak kena.
Danish yang melihat Mya yang sudah bersikap ingin tahu itu, menjentik dahi Mya.
"tu lah menyibuk je nak tahu" ujar Danish menjeling ke arah Mya. Mya menjelirkan lidah sambil menggosok dahinya yang dijentik.
"dahlah jangan gaduh, malam ni kita jadi kan?" tanya Vera mahu kepastian. Malam ini ada kenduri di surau, mereka dijemput pergi.
"jadi, korang jangan mengelat pulak tau" jawab Qayyum yang sememangnya mengenali perangai pelajar perempuan.
"eh! Mana ada mengelat!" balas Adellia tidak mahu diperlekehkan. Mereka menyambung pelajaran sebelum malam menjelang.
*****
Sebaik majlis kenduri yang diadakan di surau malam itu, sedikit mula sedikit penduduk mula beredar. Qayyum, Adrian dan Danish sibuk menolong mengemas surau selepas digunakan.
"siapa nak ikut cikgu pulang?" tanya Cikgu Nora memandang anak-anak muridnya.
"saya!" laju Vera, Adellia dan Mya mengangkat tangan dan mendekati Cikgu Nora. Tiga dara manis berbaj u kurung itu sudah penat dan mengantuk.
"Cikgu pulang dululah dengan diorang bertiga. Nanti kami menyusul selepas siap kemas" kata Qayyum ditemani Adrian dan Danish.
"betul ni? tak takut ni?" tanya Cikgu Nora lagi.
"tak, kiteorang lelaki lah" balas Danish tidak mahu dipandang remeh.
Vera, Adellia dan Mya yang mendengar mampu tercebik.
"kami pulang dulu lah" pamit Cikgu Nora ditemani tiga dara itu.
"hati-hati cikgu! Jangan masuk longkang!" pesan Adrian berbaur usikan. Mereka bertiga sambung mengemas surau.
"cikgu tak takut ke gelap-gelap macam ni?" soal Mya ketika mereka berempat berjalan masuk ke simpang kampung. Suasana sudah gelap dan sunyi.
"cikgu ni berani tau, setakat hantu Malaysia celah gigi je lah!" balas Cikgu Nora yakin. Vera dan Adellia dibelakang berasa seram sejuk.
"ish cikgu ni! Janganlah sebut benda macam tu masa ni" kata Adellia geram. Nasib baik cikgu.
Cikgu Nora tersengih mendengar bebelan anak muridnya.
"janganlah takut, cikgu kan ada"
Mereka berempat mendiamkan diri sehingga tiba di hadapan sebuah banglo lama yang kelihatan usang.
"cikgu, kenapa kita tak tunggu pelajar lelaki je tadi? Saya takutlah" kata Vera menahan takut melihat banglo yang dilintasi mereka itu.
Tiba-tiba hidung mereka tercium bau yang wangi. Seperti bau bunga yang segar. Vera, Adellia dan Mya berpandangan sesama sendiri sambil menggigil.
"cikgu cium kan bau ni?" soal Mya sudah menggeletar badan memegang lengan Cikgu Nora. Cikgu Nora mengangguk lalu memandang sekeliling.
"jomlah balik cikgu!" Adellia menarik baju Cikgu Nora untuk meninggalkan kawasan itu namun Cikgu Nora tidak berganjak.
Vera yang mengharapkan tidak mahu nampak sesuatu yang tidak diingini menjadi terkedu apabila melihat satu lembaga duduk bertenggek di atas pokok di hadapan banglo lama itu.
Adellia dan Mya menoleh secara perlahan-lahan ke arah dahan pokok itu. Mulut mereka bertiga terlopong. Kelihatan satu lembaga berambut panjang berbaju putih tersenyum menyeringai ke arah mereka.
"LARI!!!" Vera, Adellia dan Mya segera berlari sekuat hati meninggalkan Cikgu Nora.
"tu lah takut sangat" rungut Cikgu Nora tidak menyedari lembaga yang bertenggek di atas pokok.
Sebaik Cikgu Nora menoleh, badannya terkaku akibat takut. Pandangannya kabur sebelum gelap. Dia pitam.
YOU ARE READING
3 in 1 (COMPLETED)
Teen FictionApakah yang akan terjadi sekiranya tiga buah sekolah yang berbeza, berlainan perangai bergabung dalam Program Pertukaran Pelajar ke Terengganu selama tiga bulan? Vera, seorang yang pentingkan diri sendiri dan kurang ajar berjumpa dengan Adellia, seo...