Selepas selesai makan mereka mula berjalan pulang ke rumah tanpa berkata apa-apa kecuali Qayyum,Adrian dan Danish yang terlalu friendly.
"Eh dah jumpa pun Adellia"kata Cikgu Nora sebaik sahaja mereka tiba.
"Assalamualaikum Cikgu"ucap mereka seperti menyindir.
"Hehe Waalaikumussalam"ucap Cikgu Nora.
Adellia hanya menganggukkan kepala dan terus duduk diatas sofa.
"Ha ni kamu semua pergi mana? Bukannya Cikgu dah suruh kamu balik terus ke?"tanya Cikgu Nora sambil bercekak pinggang.
"masa balik tadi, kitaorang terserempak kedai keropok lekor yang famous tu. Masa beli keropok lekor tu, terjumpalah Adelia. Makcik tu pulak baik hati nak belanja"terang Qayyum panjang lebar mendapat anggukan dari Adrian dan Danish.
"Iye iye lah tu" ujar Cikgu Nora seperti tidak percaya. Vera dan Mya sudah pamit ke bilik.
"Baiklah kitaorang masuk dululah ye cikgu.. nak mandi"pamit Danish. Mereka berjalan melimpasi Cikgu Nora yang mencebik.
"Huh!"
*****
Minggu-minggu sudah berlalu. Tanpa disedari, sudah sebulan Vera, Adellia dan Mya mengikuti program pertukaran pelajar. Namun dapatkah mereka meneruskan kehidupan selama dua bulan seterusnya?
"Hok aloh! Berhenti mu bertiga!" Jerit seseorang ketika Vera, Adellia dan Mya berjalan ke bilik guru kerana dipanggil pengetua. Langkah mereka berhenti apabila sekumpulan pelajar perempuan menahan langkah mereka.
Vera, Adellia dan Mya memandang kumpulan pelajar tersebut yang diketuai Erin yang tersenyum sinis.
"korang cepat-cepat nak pergi mana ni? Chill lah dulu" ujar Erin bersama rakan sekutunya.
"Hah? kau lagi?!"kata Mya pura-pura terkejut. Vera mengullingkan matanya keatas. Meluat.
"Ye ada apa?" Tanya Vera nak tak nak. Menyekat laluan je.
"Korang ni janganlah sombong sangat dengan kitaorang" kata Erin dengan muka acah insaf. Sebenarnya niat Erin untuk merapati Vera, Adellia dan Mya ialah untuk mendekati tiga pelajar lelaki yang menjadi sebutan sekolah.
"Kau siapa heh?" Tanya Adellia memandang bosan. Erin tertawa tiba-tiba. Eh dah gila?
"Korang rapat dengan tiga lelaki yang hensem tu kan?"
Vera, Adellia dan Mya terdiam. Oh, maksud Erin, Qayyum, Adrian dan Danish?
"Kau nak apa?" Tanya Adellia malas memanjangkan perbualan.
"Dah takde kerja lain nak dibuat ke?" Sindir Vera menjeling.
Erin menahan sabar dengan tiga perempuan di hadapannya ini. Jika mahu rancangan berjaya, dia harus bersabar.
"Girls! Aku nak berkawan je dengan korang. Mesti lah boleh kan?" Ujar Erin tertawa palsu. Mya mencebik jengkel.
"Bukannya kau tengking aku ke haritu? Ke aku silap orang?" Sinis soalan diajukan Mya. Vera, Adellia dan mya tergelak jahat di dalam hati.
"Tu lah.... aku nak minta maaf. I really didn't mean it girls. Sorry Vera, Adellia, Mya" ucap Erin tidak berputus asa.
"Sorry dear, we dont need a new friend. Lagi-lagi macam korang ni. Low class" ucap Vera ke arah Erin dan gengnya. Mereka bertiga lalu beredar ke pejabat pengetua.
Erin menahan marahnya. Dia menyimpan benci terhadap mereka bertiga. Tunggulah nanti! Tekad Erin.
YOU ARE READING
3 in 1 (COMPLETED)
Teen FictionApakah yang akan terjadi sekiranya tiga buah sekolah yang berbeza, berlainan perangai bergabung dalam Program Pertukaran Pelajar ke Terengganu selama tiga bulan? Vera, seorang yang pentingkan diri sendiri dan kurang ajar berjumpa dengan Adellia, seo...