Hayiz berdiri di hadapan cermin sambil membetulkan rambutnya menggunakan pomad. Tali lehernya di kemaskan. Name tag yang terletak di meja belajar di ambil lalu di pinkan di bahagian dada sebelah kiri tertera tulisan 'Ketua Pengawas' di atasnya. Apabila dia sudah memastikan dirinya sudah kemas, beg sekolahnya di atas kerusi di capai lalu di sangkutkan di atas bahu kiri. Kaki mengatur langkah keluar dari bilik.
Hayiz melabuhkan duduknya di meja makan. Roti dan nutella di ambil. Tangannya cekap menyapu nutella pada roti.
"Along, hari ni Along pergi sekolah dengan angahnya, papa ada meeting petang ni"ujar Ridzwan papa kepada Hayiz.
"Tapi Hayiz naik motor pa, takkan nak bonceng angah kut"balas Hayiz.
"Tak apa, bonceng je. Adik kamu sendiri kan"kata Ridzwan.
"Nanti mesti dekat sekolah cakap along bonceng awek. Ee.. kalau cantik tak pe jugak. Ni tak, selekeh je. Jatuh reputasi Along"sindir Hayiz. Sebaik Hayiz berkata begitu, terus tajam mata adiknya memandangnya.
"Mu tunggu aku comey natang"kata gadis di hadapan Hayiz.
"Elina Erica, mulut tu jaga sikit. Jangan main lepas je."tegur Elly iaitu Ummi kepada Hayiz.
"Sorry Ummi"Elina menunduk meminta maaf.
Hayiz menyuakan suapan terakhir roti ke mulutnya. Air di teguk rakus. Jam di tangannya di kelih sudah menunjukkan pukul 7 pagi.
"Mi, pa, Hayiz pergi sekolah dulu. Dah lewat ni. Oi angah! Cepat sikit. Aku tunggu dekat luar"Hayiz menyalami tangan Ummi dan papanya. Beg di atas kerusi di ambil lalu menapak keluar rumah.
Elina laju saja menyuap nasi ke mulut. Air susu di teguk lalu menyalami Ummi dan papanya. Kakinya laju di hayun keluar. Bukan boleh di buat main dengan abangnya tu. Silap kalau lambat sikit memang naya kena tinggal.
Elina laju saja menyarungkan kasut ke kaki. Dia mendapati Hayiz sudah pun duduk diatas motor menunggunya. Masalah dia sekarang ni, macam mana dia nak naik motor tu dengan kain sekolah macam ni.
Nasib baik dia sudah awal-awal lagi prepair pakai legging dekat dalam. Kalau tak, mahu menggugat iman semua lelaki memandang betis bunting padinya tu.
"Woi! Cepat lah!"sahut Hayiz membuka visornya.
"Ya!! Sabarlah. Ada abang pun garang macam singa!"omel Elina sendiri. Kaki di hayun ke arah motor Hayiz. Elina memijak pemijak kaki lalu melangkah naik ke atas motor.
"Nah helmet"hulur Hayiz. Elina menyambut lalu memakainya. Hayiz menutup visor helmetnya lalu memecut keluar dari perkarangan rumah.
~~~~~~~
Seorang gadis bertudung sekolah berjalan masuk ke dalam pagar sekolah. Seperti biasa, banyak mata memandangnya bukan kerana dia ni cantik, tetapi kerana dia selalu memakai mask di sekolah. Ramai yang membuat spekulasi mengatakan gadis itu berwajah hodoh. Nak tahu kenapa diorang cakap gadis ni hodoh? Sebab, gadis ni hanya buka masknya apabila makan sahaja. Itu pun dia akan pilih meja paling tersorok bagi mengelakkan ramai pelajar yang memandangnya.
YOU ARE READING
Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]
Teen Fiction{𝓣𝓱𝓲𝓻𝓭 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Seorang lelaki yang berumur 17 tahun yang tidak mempercayai apa itu cinta. Hidupnya hanya di lingkungi oleh lelaki kecuali keluargnya. Berperwatakan yang dingin, keras kepala, itu lah dia Muhammad Hayiz Muiz. Seorang yang ta...