DISCLAIMER: INI CUMA PAPARAN BAGI TUJUAN PROMOSI. Untuk membaca naskhah penuh, sila dapatkan naskhah ini di pasaran bermula Februari 2016. <3 DARIN, diketemukan dan dikehendaki 'bertugas' selama tujuh hari dengan seseorang yang bergelar 'Tengku', ahli perniagaan muda yang berjaya dari luar negara dan dikejar ramai jurnalis Malaysia. Masalahnya, tugas dia bagaikan 24 jam bersama lelaki itu! "Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah." "Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?" Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena. Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu! "Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk." "Menjawab! Apa tugas awak sekarang?" Darin diam. "Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?" Darin garu kepala. "Erm, jurnalis." "So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?" "Hmm, tadah telinga dengar awak marah." Fakhri mengetap giginya. Kenapalah dia berjumpa dengan manusia yang tak ada tujuan hidup ni? DALAM diam, Fakhri jatuh cinta pada jurnalis yang kadang-kadang dia lihat naif dan polos hingga menyedarkannya hakikat hidup yang sebenar dan banyak rahsia. APAKAH sebenarnya rahsia Fakhri yang ingin dia sembunyikan daripada khalayak ramai? Terbukakah hati Darin menerima Fakhri setelah menerima nota cinta nan sekeping itu walaupun pernah timbul gosip mereka yang memalukannya tersebar di media sosial? ***************** Novel ketiga Anarif dan yang pertama diterbitkan oleh Intens Idea International (Fauziah Ashari, Ombak Rindu) bakal berada di pasaran bulan Februari 2016. Bab yang dipaparkan cuma preview kepada bab asal dalam versi cetak. Dilarang menerbitkan semula mana-mana bahagian dalam bentuk apa sekalipun.
26 parts