Kisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja dunia gelap itu bukan sahaja bijak malah disegani oleh beberapa kumpulan mafia lain. Bagi Arianna itu bukan penghalang untuknya. Dia tidak betah terkurung di rumah agam milik lelaki itu. Setiap kali bersua muka dengan lelaki itu ada sahaja yang digaduhkan. Pantang bersuara pasti berselisih faham. Arianna hairan kerana sudah beberapa hari dikurung namun dia masih tidak tahu kenapa dia diculik malah dia dilayan dengan baik oleh pengikut setia Keith Dixon iaitu Black dan Kaido. Pertengkaran demi pertengkaran terjadi diantara mereka sehingga akhirnya Keith Dixon terpaksa membuka sebuah rahsia tentang sejarah keluarga Arianna yang gadis itu tidak pernah ketahui. Arianna dalam bahaya namun dia harus menamatkan semua itu. Dia tiada pilihan lain selain mempercayai Keith Dixon.