Karla Ross
Seminggu selepas kejadian 'buruk' hari itu, langsung aku tidak bertegur dengan Aiden. Termasuklah, kawan-kawannya yang lain. Terutama sekali, Zafriel Daniel. Emma? Mulanya aku tak layan dia, tapi dua hari lepas itu barulah aku layan dia seperti biasa. Bukan apa, aku takut dia bekerja bersama Aiden. Kerja yang teruk-teruk tulah.
Zafriel pun banyak kali cuba pujuk aku. Tapi, aku tak pernah layan pun pujukan dia itu. Bagi aku, pujukan dia tu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sungguh aku tak percaya dengan yang dikatakannya. Jadi, selama ni memang dia membunuh, minum arak, 'sentuh' perempuan semua tulah?
Emma pernah ceritakan pada aku tentang Aiden dan TTM. Sungguh susah untuk aku hadam semua ini. Mereka semua adalah... Mafia?
Tentang Dania, adik kepada Danish yang diserahkan kepada Khairul itu, barulah aku tahu apa sebabnya. Sebabnya adalah Khairul ini merupakan pemilik pusat hiburan yang paling maju di negara ini. Dia mahu menjadikan Dania sebagai 'pekerja'nya selepas umur Dania genap 18 tahun.
Aku juga dapat mengorek rahsia tentang kerja kedua mereka yang lain dari Emma.
Emma ada beritahu yang Yusuff pernah bunuh seorang lelaki ini. Lelaki itu tidak bersalah pun sebenarnya. Dia tidak pernah buat apa-apa pun ada Yusuff dan yang lain. Tapi, lelaki itu adalah punca cinta Yusuff ditolak oleh wanita pujaannya.
Aku yang dengar turut terkejut. Sampai begitu sekali. Entah apalah khabar wanita itu sekarang. Mesti menyesal selepas mengenali Yusuff.
Tentang Faqrul pula, dia merupakan 'mengutip hutang'. Aku tak tahulah samada dia ni seorang Ahlong atau apa. Tapi apa yang aku dengar dari cerita Emma itu, Faqrul akan bunuh sesiapa yang tidak mampu membayar hutangnya. Tak kiralah remaja ke, dewasa ke, warga emas ke.
Last, Zafriel Daniel dan Aiden Adryan. Mereka bekerja bersama. Mereka menjual senjata yang berbahaya tanpa lesen. Sumber wang dapatan dari menjual semua senjata itu adalah haram.
Tapi, apa yang dapat aku ungkapkan semua sekali... Mereka mempunyai tiga kerja. Pertama, mereka masing-masing mempunyai syarikat sendiri. Kedua, kerja yang aku sebutkan tadi. Ketiga, yea, mereka ada musuh, saling bunuh membunuh dan selainnya. Macam dalam novel tulah.
Sebenarnya, kerja ketiga tu aku andaikan saja. Sebab... Aku banyak baca novel tentang Mafia. Sebab tulah aku tahu. Tapi! Kerja ketiga tu memang mereka buat.
Tok!
Tok!
Lamunan aku terhenti. Bunyi ketukan pintu itu membuatkan aku lekas baring di atas katil sambil menyelimutkan tubuhku sehingga ke dada. Mata dipejam rapat.
Pintu bilikku terbuka perlahan. Aku ternampak bayang-bayang di dinding di hadapan aku. Bayang-bayang macam... Lelaki?
" Karla... "
Suara ni macam...
" I datang nak minta maaf. "
◇◇◇
" I datang nak minta maaf "
Karla hanya menghiraukan saja suara itu. Matanya terbuka luas tapi dia langsung tidak menoleh ke belakang. Masih berpura-pura sedang tidur.
" I know that you're still awake. Please, don't ignore me " pujuk Aiden lagi. Namun, Karla masih tidak menoleh ke arahnya. Bantal di bawah kepalanya dialihkan dan diletakkan di atas telinga. Lebih tepat, sisi muka dia.
" Huh... Fine, just say what you want, I promise to fulfill it "
Karla bangun dari pembaringannya. Dia menoleh ke arah Aiden. Wajah kusut itu dipandangnya lama.
YOU ARE READING
The Mafia
Random[Known as: Stuck With The Mafia] Akibat dendam, menemukan seorang gadis muda dengan sekumpulan lelaki dewasa. Lelaki asing yang langsung tidak pernah dia ketahui kewujudan mereka. Dan kini, merekalah menjadi teman serumahnya. Diculik dan dilarikan...