51 ; Keliru

1.2K 60 5
                                    

Zafriel menyimpan semua peralatan yang mahu dibawanya ke tempat musuh ke dalam satu beg hitam. Dia mengangkat kepala melihat anak buahnya yang sedang mempersiapkan diri mereka. Tanpa mengganggu anak buahnya, dia terus mengangkat beg yang berat berisi senjata itu keluar daripada ruang tersebut.

Nafas dihela. Otaknya masih ligat memikirkan apa yang dilakukannya tika itu. Dia tidak tahu samada ini merupakan jalan yang terbaik atau jalannya untuk pulang ke rahmatullah.

Tanpa berfikir lama lagi, dia terus ke kereta hitam miliknya yang terparkir di dalam garaj. But kereta dibuka. Beg dipegangannya tadi dimasukkan ke dalam but kereta.

Pintu bahagian pemandu dimasuknya. Memandangkan keretanya perlu dijadikan teksi tak berbayar hari ini, terpaksalah dia menunggu dua orang kuatnya yang masih sibuk mempersiapkan diri.
Di dalam kereta, dia termenung lama. Hatinya tiba-tiba berasa tidak sedap. Seperti sesuatu akan terjadi. Sesuatu yang buruk.

Berasa dia sudah melalut ke benda lain, terus dimatikan lamunannya. Serentak dengan itu, pintu kereta terbuka. Dia memandang ke tepi. Orang kepercayaannya masuk ke dalam kereta. Di belakang pula, anak buah terkuatnya.

Bukan pilih kasih, memang kebiasaannya begitu. Dua malaun itu akan mengikutinya.

"Boleh gerak sekarang, tuan. " Kata Endi apabila melihat tuannya yang seperti masih termenung.

Zafriel tersentak. Dia merengus kasar. "Aku tahulah. Tak perlu nak mengarah. " Marahnya. Endi yang sudah mencebik di samping dihiraukan saja.

Endi merungut di dalam hati. Dia cuma mahu menyedarkan tuannya daripada leka termenung saja. Balik-balik, dia yang kena marah. Jay yang menjadi penonton tidak berbayar di belakang, hanya tertawa perlahan. Endi menjeling saja. Malas mahu melayan si badan besi itu. 

Zafriel meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan dua jejaka itu.
Apabila keretanya berada di atas jalan raya, cermin sisi dikerling. Satu van hitam mengikut keretanya daripada belakang. Di tepi keretanya juga ada satu van hitam yang sama seperti van di belakang keretanya. Di sebelah kiri pula ada satu kereta hitam berjalan beriringan dengan keretanya.

Nasib baik jalan raya tika itu lenggang. Dapatlah mereka jalan di dalam satu kumpulan supaya nanti tiada yang sesat.

Zafriel mengeluh lega. Perjalanan mereka untuk ke sana sudah lancar. Harapnya semua nanti berjalan lancar jugalah.

"Tuan nampak serabut. " Kata Endi tanpa berdalih lagi. Sejak semalam, tuannya berwajah sugul. Eh! Bukan sejak semalam, sejak kehilangan Kriesha lagi.

Zafriel hanya diam. Dia tidak membalas apa-apa. Jalan raya menjadi tumpuannya sepenuhnya.

Otak dia memang serabut. Dia keliru. Dia mahu menyelamatkan Kriesha. Namun, tindakannya yang membuatkan dia berbelah bagi. Tidak pernah dalam kamus hidupnya, dia pergi berperang secara solo bersama anak-anak buahnya. Selama ini, kalau tiada Aiden pasti ada yang lain menemaninya. Kalau tiada Aiden, ada Faqrul. Kalau tiada Faqrul, ada Yusuff.

'Patutkah aku pergi saja tanpa beritahu diaorang? Macam mana kalau ada something happen? ' Soalnya di dalam hati. Dia mula termenung sehingga tidak sedar akan jalan yang harus dibeloknya.

"Tuan! " Jeritan Endi menyedarkan Zafriel. Lekas dia memusingkan stereng ke kanan. Dia menghela nafas lega. Nasib baik dia sempat membelok. Kalau tidak, mungkin di situ juga dia sudah arwah.

"Tuan nak saya bawakan? " Soal Jay, menawarkan dirinya untuk memandu kereta. Zafriel menggeleng perlahan.

Segala yang berada di dalam fikirannya dibuang keluar. Jika dia terus berleka, mungkin kemalangan akan benar-benar terjadi dan kekasihnya akan tetap berada di dalam genggaman Arfiq.

The MafiaWhere stories live. Discover now