56 ; Bom

1K 56 1
                                    

Bilik yang gelap kini diterangi cahaya lampu apabila Hazrul berjaya menjumpai suis lampu. Terang saja bilik itu, mata mereka disajikan dengan seorang lelaki yang terikat di atas kerusi dan seorang perempuan yang berada di sebelah lelaki itu sambil tangannya di atas peha si lelaki.

Hampir gugur jantung Aiden melihat keadaan dua pasangan itu. Muka lelaki yang lebam dan tidak bermaya, manakala si perempuan mukanya habis dibasahi air mata. Mereka berdua hanya berdiam sambil mata merenung ke arah Aiden dan yang lain.

"Den... " Serak suaranya memanggil Aiden. Sedaya upaya dia mengukirkan senyuman. Kedua-dua belah sisi bibirnya sudah luka. Susah untuk dia mengukirkan senyuman.

"Kau... Macam mana... Boleh macam ni? " Soal Aiden tersekat-sekat. Buat pertama kalinya, dia melihat keadaan Zafriel yang sudah tidak seperti orang. Mukanya penuh lebam dan luka. Bajunya sudah compang-camping, bercampur pula dengan darah di badan. Sudah seperti mangsa baham harimau.

"It's because all of you. " Balas Kriesha perlahan dan cukup lemah di pendengaran Zafriel.

"Ha? "

"Dia... Dah tahu... Perkara... Sebenar, Den. " Selepas nama Aiden disebutkan, dia menghela nafas lemah. Tenaganya sudah tiada. Dia sudah tidak bermaya lagi. Dia tidak larat untuk mengeluarkan suara. Apatah lagi berlawan. Semua kudratnya hilang.

Setiap kali Arfiq menyerangnya, dia hanya terduduk diam seperti patung tidak bernyawa. Dia tidak meronta. Dia tidak melawan. Dia tidak membalas. Dia hanya biarkan Arfiq melepaskan marah. Melunaskan dendamnya yang sudah berkurun lama tersemat di dalam hati.

Suasana menjadi sunyi sepi. Mereka berdiam diri. Aiden dan Zafriel masih merenung sesama sendiri. Kriesha pula termenung jauh, melayan perasaan sendiri.

Tit tit

Satu bunyi asing mula kedengaran. Aiden mengerutkan dahinya sebelum dia turut menyertai pasukannya mencari punca bunyi asing itu.

Setiap pelosok bilik diterokai. Namun, tiada benda asing pun di dalam bilik itu. Aiden memandang Faqrul, Faqrul mengangkat bahu. Dia kemudiannya menoleh ke arah Afiel, lelaki itu juga membalas sama seperti Faqrul tadi.

"Em... Tuan. "

Aiden menoleh. Ian yang berdiri menghadap Zafriel dipandang. Dia mengangkat keningnya sebelum memandang ke arah yang sama Ian pandang. Iaitu di tubuh Zafriel.

Aiden sudah berasa tidak sedap hati. Dengan pantas, dia membuka jaket hitam Zafriel.

Tit tit

Bom masa.

00:30

00:29

00:28

"Riel... "

"Lari, Den. Bawa semua pergi. Kita tak ada banyak masa lagi. " Dia cuba berkata lancar walaupun payah. Kriesha yang berada di bawah ditenung. Sedih. Sedih mahu meninggalkan gadis itu.

"Tapi kau--- "

"Pergi! " Tengkingnya. Aiden nampak terkejut namun terus dia merengus geram. Degil!

"Kau nak mati ke si*l? " Soalnya kasar.

"Pergi, Den. "

"Aku pergi? Lepas tu kau? Mati meletup dekat sini? " Zafriel diam. Kalau itu yang terbaik, dia sanggup berkorban. Dia cuma mahu orang kesayangannya hidup. Bukan Kriesha sahaja, Aiden, Faqrul dan yang lain juga orang kesayangannya.

"Pergi, Den. Tak banyak masa dah. " Bom di dadanya dikerling.

00:23

00:22

The MafiaWhere stories live. Discover now