27 ; Gone

1.8K 92 0
                                    

" Huh... Huh... "

Farhan memandang sinis ke arah Faqrul yang sudah tersandar lemah di dinding sambil memegang perutnya. Penumbuknya ditilik, habis luka penumbuknya selepas bertarung 'kecil' bersama Faqrul tadi.

" Kata nak bunuh aku? " Farhan bercangkung di hadapan Faqrul. Dia memandang Faqrul yang merenungnya tajam dengan pandangan mengejak. Sakit-sakit pun, mata masih tajam.

" Apa masalah kau hah? Liyana yang tak bersalah tu, KAU BUNUH DIA APAHAL!? " Jerit Faqrul. Dia masih tidak berpuas hati. Wanita 20 an itu dibunuh tanpa sebarang sebab? Dia fikir itu binatang ke? Binatang pun kita tak boleh bunuh sesuka hati, apatah lagi manusia.

" Perempuan tu bukan berguna sangat pun. Aku bunuh jelah. " Balas Farhan dengan wajah tidak bersalahnya.

" Tak berguna, kepala hotak kaulah! " Marahnya sambil cuba menumbuk wajah Farhan walaupun tenaganya sudah lemah. Namun Farhan yang lebih kuat ketika itu, pantas mengelak tumbukan dari Faqrul.

Dia bangkit dari cangkungannya lalu perut Faqrul disepaknya kuat. Tersembur keluar darah dari dalam mulut Faqrul.

" Sudahlah Faiq. Kau dapat apa kalau bunuh aku, hah? "

" Dendam aku akan terbalas. " Balasnya laju. Farhan tergelak kecil mendengar balasan dari Faqrul. Dendam terbalas?

Farhan memegang pipi kirinya yang sudah lebam akibat terima tumbukan padu dari Faqrul sekian tadi.

◇◇◇

50 minit yang lepas

" Kau tunggu sini dulu. Aku pergi panggil Farhan. " Arah lelaki itu lalu pergi meninggalkan Faqrul bersama beberapa orang pengawal di ruang tamu.

Faqrul menyapu-nyapu sedikit kotoran yang terlekat di atas kerusi itu sebelum melabuhkan punggungnya di situ. Dia memandang sekeliling sementara menunggu kedatangan Farhan.

" Bro. " Sapaan seseorang dihiraukannya. Bukan dia tidak mengecam suara 'jahat' itu.

" Mana Liyana? " Soal Faqrul. Tidak sempat Farhan mahu melabuhkan punggung ke atas kerusi berhadapan dengan Faqrul, dia sudah ditanyakan soalan.

" Hm ada dekat bilik. " Balasnya tenang. Kakinya disilangkan, tangan kiri diletakkan ke atas penyandar sofa dan tangan kanan memegang sebatang rokok. Dia memandang Faqrul yang kelihatan tidak berapa selesa duduk di situ.

Tch, dasar budak high class.

" Apa motif kau untuk culik Liyana? " Soal Faqrul. Farhan mencampak rokok itu ke lantai sebelum dipijak menggunakan kasut mahalnya.

" Motif? Motifnya adalah untuk bawa kau datang ke sini seorang diri tanpa kawan-kawan kau tu. " Balasnya. Faqrul berkerut dahi mendengar balasan Farhan itu?

" Aku boleh je kalau nak ajak geng aku untuk datang ke sini. "

" Tapi boleh ke kau, kalau aku ugut nak bunuh Liyana secara live bila kau sampai sini dengan geng kau? Dia kesayangan kau kot, semestinya kau takkan berfikir panjang dan terus datang sini tanpa geng kau. Kan? " Faqrul tidak membalas sebaliknya dia hanya merenung Farhan tajam. Mesti dia dah siasat pasal Liyana sebelum ni, bisik hatinya.

" Aku malas nak berlama dekat sini. Bagitahu apa kau nak. " Lengan bajunya ditarik sehingga ke siku. Dua butang teratas baju kemejanya dibuka. Panas. Bukan nak letak penghawa dingin ke apa dekat sini. Beza betul dengan 'tempat'nya bersama TTM. Ada penghawa dingin, tempat pun bersih dan terjaga. Yang ni...

The MafiaWhere stories live. Discover now