54 ; Dendam pt 2

1.1K 57 2
                                    

Hari berganti hari. Kini, sudah dua minggu sejak kehilangan Afiqah, adik Arfiq. Pihak polis masih lagi mencuba menjejaki keberadaan gadis itu namun sehingga kini, masih tiada apa-apa berita.

Sejak dia menerima berita itu, terus dia meminta kawannya memecut empat tayar kereta pulang ke rumah keluarganya. Dia hanya menetap di rumah itu sambil membantu pihak polis dalam pencarian adiknya. Dia ada juga meminta pertolongan kawannya yang pandai dalam masalah seperti ini.

Kuliah? Langsung tidak di perginya. Dia rasa, saat ini yang paling penting adalah nyawa adiknya. Dia cuma mahukan adik dia pulang. Selagi tiada gadis itu di hadapannya, selagi itulah hidupnya tidak tenang.

"Along, minum ni. " Lamunan Arfiq terhenti. Ibunya yang sudah melabuhkan punggung di samping dipandang sekilas.

"Terima kasih, ibu. " Cawan yang berisi kopi panas dihirupnya sedikit sebelum meletakkan cawan itu ke atas meja kopi semula. Skrin komputer riba dipandangnya dengan tekun.

"Along dah lama tak pergi kuliah. Along memang tak nak pergi dah ke? " Soal ibunya.

"Hm entahlah bu. Along tak rasa nak pergi dengan keadaan yang masih tak reda ni. "

"Tapi along kena--- "

Tok tok!

Percakapan ibu Arfiq terhenti apabila kedengaran pintu utama diketuk. Perlahan saja bunyinya namun masih dapat didengari dua beranak itu.

Tanpa menunggu lama, Arfiq membuka langkah ke pintu utama. Kepala pening memikirkan siapa yang datang ke rumah pada waktu malam begini. Setahunya, mereka tidak menjemput sesiapa ke rumah dan rumah itu jarang sekali didatangi oleh jiran.

Tombol pintu dipegang. Dia membuka pintu rumah dan terpegun.

Afiqah...

Lekas saja dia memegang tubuh adiknya yang hampir jatuh menyembah tanah. Dia terkedu melihat keadaan adiknya yang seperti gelandangan. Baju compang-camping, tepi bibir yang pecah dan mata yang mempunyai lebam besar.

Allah...

"Ya Allah, kak ngah kenapa ni?! " Jerit ibu daripada belakang Arfiq. Air matanya sudah menitis keluar melihat keadaan anak gadisnya begitu.

Arfiq masih lagi terdiam. Air matanya juga sudah mengalir. Makin lama makin deras.

Mendengarkan jeritan kuat ibu Arfiq tadi, terus keluarga Arfiq yang lain keluar daripada rumah. Masing-masing terkedu dengan apa yang terhidang di hadapan mata mereka.

Apabila tersedar daripada lamunan terus tubuh adiknya di angkat dan di bawa ke kereta.

"Alang, kunci kereta! "

Setelah itu, Arfiq dan adik lelakinya membawa Afiqah yang sudah tidak sedarkan diri ke hospital. Manakala adik bongsunya duduk saja di rumah dan memujuk ibu mereka. Ayahnya sudah bergegas ke balai polis, ingin melaporkan tentang kejadian tadi.

◇◇◇

"Waktu tu aku rasa lemah sangat. Yalah, adik aku dah macam nyawa-nyawa ikan je. "

Kriesha diam. Sedih jugalah dia bila dengar cerita Arfiq. Dia dapat bayangkan gadis muda itu dalam keadaan yang sungguh lemah selepas dibelasah. Dia yang kuat pun boleh jadi lemah kalau kena tendang dengan lelaki. Inikan pula gadis muda itu.

"Lepas doktor periksa adik aku, terus aku tanya dia, apa yang berlaku? Apa yang jadi pada dia? Bila aku dengar penjelasan daripada doktor, haih... Aku rasa nak bunuh diri aku sebab tak mampu jaga dia. Tak mampu jaga adik aku seorang. " Nada Arfiq berubah sayu membuatkan Kriesha berkerut dahi. Apa yang dah jadi?

The MafiaWhere stories live. Discover now