63 ; Day 2

1.1K 47 2
                                    

"Danish, kau dah ready ke nak jadi suami orang? " Soal Imran. Gitar dibiarkan berada di atas perutnya tanpa dipetik. Tangan kanannya pula memegang cawan plastik berisi air kepala.

"Dah, aku dah ready sepenuhnya. " Balasnya yakin. Tin air soya diteguknya.

Danish, Imran dan Zakwan sedang melepak di tempat khas mereka iaitu di pangkin rumah keluarga Zakwan. Tempat itulah menjadi tempat kegemaran mereka sejak Danish mula pindah di situ.

Dulu, Zakwan ada geng lain. Dia dan Imran langsung tidak pernah bertegur. Namun, Danish yang mempertemukan mereka.

Danish merupakan rakan sekelas dengan Imran. Pada mulanya, mereka hanya kawan sekelas yang biasa. Namun, semakin lama hubungan mereka makin rapat. Sehinggakan setiap petang mereka akan berjumpa di kedai makan Pak Ali di hujung kampung.

Zakwan pula dulu pernah selamatkan Danish daripada dipukul oleh gangster kampung sebelah. Waktu itu, Zakwan dan kawan-kawannya dalam perjalanan pulang ke rumah kerana waktu sudah hampir menginjak ke senja.

Dalam perjalanan, mereka terpaksa melalui satu kawasan semak samun kerana jalan itu adalah jalan pintas untuk ke rumah mereka.

Tiba-tiba salah seorang kawan Zakwan terdengar seperti bunyi orang bertumbuk. Dia memberitahu kawannya yang lain termasuk Zakwan.

Mereka berjalan sedikit ke dalam semak dan kelihatan seorang lelaki sedang terbaring dengan di sekelilingnya ada beberapa orang lelaki. Mereka melihat lelaki yang sedang menyepak lelaki yang terbaring tadi.

Ketua gangster kampung sebelah.

Tidak menunggu lama, mereka terus menerpa ke arah sekumpulan itu. Dan bermulalah aksi tumbuk menumbuk.

"Abang Zack! " Lamunan Danish terhenti apabila terdengar satu suara memanggil Zakwan. Mereka menoleh.

"Oh, Maya. " Danish menggosok belakang lehernya. Mak ai, mati kalau si Karla ni tahu. Walaupun Maya nak jumpa orang lain sebenarnya.

Maya atau nama penuhnya Sumayyah binti Karim. Dia ini anak salah seorang penduduk kampung. Dan dia juga merupakan musuh Karla.

Bukan mereka bermusuhan. Tapi Karla saja. Dia cemburu. Dan seterusnya dia bermusuh.

"Ini, mak ada buat kuih-kuih sikit. " Mangkuk tingkat diletakkan ke atas pangkin bersebelahan dengan Zakwan.

Tidak menunggu lama, Zakwan membuka mangkuk itu. Tidak lupa juga ditunjukkan pada kawan-kawannya.

Mangkuk pertama, kuih kasturi.

Mangkuk kedua, lepat pisang.

Mangkuk ketiga, karipap. Tidak tahu intinya apa.

Mangkuk terakhir, cucur badak.

"Mak ai, rajin betul Puan Seri buat semua ni. Banyak betul. " Puji Imran. Aroma kuih muih itu dihidunya.

"Hahaha. Mak bosan, tak ada benda nak buat dekat rumah. Yalah, kak long dah balik Johor jadi tak adalah cucu nak dibuat main. Masak ajelah dia. " Terang Maya.

"Aik? Balik dah? Bukan diaorang baru sampai minggu lepas ke? " Soal Imran hairan. Dia tahu bila kakak sulung Sumayyah sampai ke kampung pun kerana mereka berdua berjiran.

"Abang long dapat emergency call. Jadi satu keluargalah kena balik. Bukan tak kenal abang long tu, risau sangat."

"Oh. Kakak kedua Maya tak balik ke?"

"Kak ngah sibuklah. Lagi-lagi bila anak-anak dia dah mula sekolah. " Kakak kedua Maya kahwin dahulu sebelum kakak sulung mereka. Jadi, disebabkan itu anak-anak kakak keduanya masuk ke alam sekolah sebelum anak kakak sulungnya.

The MafiaWhere stories live. Discover now