53 ; Dendam

1.1K 53 0
                                    

"Turn on the light, Ethan. " Lelaki bernama Ethan yang sedari tadi berdiri di sebelah suis lampu menurut arahan daripada tuannya.

Bilik yang gelap kini menjadi terang. Cahaya lampu hanya menerangi satu kawasan saja. Iaitu di kawasan sekitar kerusi yang berada di dalam bilik itu. Kerusi itu diduduki oleh seorang lelaki yang hanya menundukkan kepalanya ke bawah.

Tanpa menunggu lama, Arfiq menarik rahang lelaki itu membuatkan si lelaki mendongak ke atas, memandang Kriesha.

"Kenal tak? Mestilah kenalkan. " Soal Arfiq pada Kriesha yang masih terkedu melihat lelaki di hadapannya. Lelaki itu sudah terikat di atas kerusi dengan muka yang berbekas dengan lebam dan luka.

"Apa... Apa kau dah buat hah?! " Jeritnya di situ. Tajam dia memandang wajah selamba Arfiq. Kalau tangannya tidak berikat, sudah lama dia tumbuk-tumbuk muka kacak itu.

Walaupun musuh, dia tidak dapat menafikan kekacakan yang dimiliki Arfiq. Lebih kacak daripada Zafriel.

Gatal!

"Kau nak aku ceritakan satu persatu? Hm mula-mula tadi aku tumbuk dia... Lepas tu aku tendang kepala dia... Aku toreh sikit pipi dia dengan pisau aku... Dan... Itu saja kut? " Ayat terakhir sengaja dia menggunakan nada tidak pasti.

"Ergh! Kenapa kau buat dia macam tu hah?! "

"Kenapa? Salah ke? Dia bukan manusia yang innocent. " Sinisnya. Ada dia kisah Kriesha nak bengang atau marah dia? Dia lagi suka adalah. Lebih lagi bila melihat gadis itu meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada pegangan anak buahnya.

"Apa kau nak sebenarnya hah? Apa yang kau dendamkan dengan dia? "

"Apa aku nak? Hm aku nak... Dia bayar hutang. "

"Hutang? Hutang apa? Hei, Zafriel kayalah! Dia lebih kaya daripada kau! Buat apa dia nak berhutang dengan kau? Kau lebih bawah daripada dia! Taraf kau hanya di bawah tapak kaki dia saja! " Jerit Kriesha sambil merendah-rendahkan diri Arfiq.

"Dia tak hutang duit dengan aku. Tapi dia hutang nyawa dengan aku. " Dia saja menekan perkataan 'nyawa' itu. Senyuman sinis mula muncul di sudut bibirnya.

"Nyawa? Nyawa siapa? "

"My sister. "

◇◇◇

Sorakan daripada sekumpulan lelaki itu menjadi kuat apabila salah seorang daripada mereka berjaya menghabiskan air yang sudah diisi penuh ke dalam gelas kecil.

Mata Arfiq terpejam apabila minuman keras itu melalui tekaknya. Ini kali pertama dia merasa air itu dan pertama kali jugalah dia datang ke tempat lepak 'istimewa' kawannya.

"Hebatlah kau, Fiq! Macam inilah kawan aku! " Bahu itu dipeluknya dan ditepuk-tepuk tanda dia berbangga dengan kawannya.

"Ya, aku pun tak sangka kau sehebat ini. "

Arfiq tersenyum. Dia sendiri tak sangka dia semudah itu kalah dengan bisikan syaitan. Ada pihak hatinya yang menghalang, ada juga yang menyokong dan menghasut-hasutnya. Dan pada akhirnya, dia jatuh juga.

"Lepas ni, apa pula? Perempuan? Dadah? "

"Oh no, no! No drugs. " Arfiq menggeleng laju. Dia takkan terjebak dengan dadah. Bagi dia, itu sudah terlalu teruk. Kritikal punya.

"Okay, kalau macam tu... Perempuanlah. Cakap aje kau nak jenis macam mana. Aku carikan. "

"Amboi kau. Kau kenal ke mana-mana pelayan dekat sini? "

The MafiaWhere stories live. Discover now