44 ; She's Missing

1.6K 78 4
                                    

Besen yang dipenuhi air dibawa oleh Zulaikha ke bilik air. Tiba saja dia di situ, perkara pertama yang akan dibuatnya adalah memandikan Khairul. Dia hanya akan basahkan badan Khairul saja. Bahagian intim Khairul pula diuruskan oleh Brian, orang kanan Khairul. Walaupun dulu, Zulaikha sudah meminta tolong berkali-kali dan berkali jugalah Brian menolak. Namun, selepas dia merayu-rayu akhirnya Brian bersetuju.

Besen air tersebut disandarkan pada dinding bilik air setelah membuang airnya ke dalam sinki. Dia mengelap tangan yang basah pada kain bajunya. Sebelum keluar, dia menilik wajahnya di cermin, mana tahu Khairul bangun nanti tak adalah hodoh sangat muka dia.

Pintu bilik air dibuka. Alangkah terkejutnya dia apabila Zafriel sudah ada di dalam bilik itu sambil merenung Khairul. Setahunya tadi tiada sesiapa di dalam bilik itu selain dia. Kalau ada yang masuk pun, takkan dia tak dengar bunyi pintu dibuka dan ditutup? Seram betul Zafriel Daniel ni.

"Bila tuan sampai? "

"Baru sekejap tadi. " Balasnya tanpa menoleh ke arah Zulaikha. Kerusi di sebelah katil Khairul ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di situ. Dia hanya memerhati Zulaikha yang sedang mengemas bilik itu. "Kau tak nak lari? " Soal Zafriel, tiba-tiba.

"Ha? "

"Yeah, kau hamba tak berbayar Khairul, kan? Sekarang ni tuan kau tengah tidur. Tak nak lari? Aku janji, aku takkan bagitahu dia. " Zafriel mengoyakkan satu senyuman sinis. Saja mahu menguji kesetiaan wanita itu dengan Khairul.

"Sa-saya... " Zulaikha mati kata. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Lari? Dia tidak pernah terfikir pula mahu lari. Dia hanya fikirkan keselamatannya dan keselamatannya lebih terjamin apabila berada berdekatan dengan Khairul. Walaupun lelaki itu masih beradu seperti Snow White.

"Hahaha. Tak perlu jawab. Aku saja nak uji kau samada kau setia atau tidak dengan Khairul. " Katanya lalu mendekati Zulaikha yang berada di tingkap bilik wad itu.

"Ha? " Soal Zulaikha sekali lagi.

"Haih... Lembab! Sudahlah. Aku balik dulu. Apa-apa jadi, kau tahu nak buat apa, kan? Lagi satu, jangan keluar seorang diri sesuka hati. Tuan gila kau tu hidup aje lagi. Cumanya, dia dia baru nak keluar dari zaman purba. Tak guna teknologi apa-apa. Semua maklumat dia disekat. Jadi, berhati-hatilah, dia tu bila-bila masa aje boleh datang dan ambil kau semula. Aku cakap ni bukan sebab risaukan kau sangat. Aku tak nak Khairul bangun nanti, kena sakit jantung pula bila tahu kau kena culik balik dengan bos lama kau tu. " Katanya lalu meninggalkan Zulaikha yang masih terpinga-pinga.

Zulaikha bingung. Bagaimana Zafriel boleh tahu yang Arfiq itu tuan lamanya? Dia tidak pernah ceritakan pada sesiapapun. Kalau dengan Khairul pun, dia akan memasuki bilik kerja lelaki itu memandangkan bilik itu kalis bunyi. Tapi...

"Kenapa tuan cerita pada dia? Nanti dia benci saya macam mana? Tuan tahukan dia anti dengan Arfiq tu. " Rungut Zulaikha pada Khairul yang terang lagi bersuluh tidak mampu untuk membalas. Zulaikha mengeluh. Tiada guna untuk dia merungut.

Totebag diambil. Sudah lewat. Dia perlu pulang segera. Banyak lagi kerja yang belum diselesaikannya. Susuk tubuh yang terbaring kaku di atas katil hospital itu ditenung seketika.

'Bangun cepat ya, tuan. '

Pintu bilik dibuka. Anak buah Khairul yang menjaga bilik itu dilemparkan senyuman nipis berserta tundukan hormat sedikit. Dia kembali menutup pintu itu dan berjalan memasuki lorong sebelah kanan. Anak buah Khairul saling berpandangan.

"Dia balik naik apa? "

"Naik Brianlah kut. Tak pun, Arman. "

"Bukan Arman dekat China ke? Brian kata tadi nak pergi kelab tuan, kan? Ada masalah. " Lelaki bernama Hans itu berkata tenang. Manakala, rakan di sebelahnya sudah terkejut beruk.

The MafiaWhere stories live. Discover now