37 ; War

1.5K 82 0
                                    

Buk!

Bang!

Setelah berjam berlawan, akhirnya Danish rebah juga ke atas tanah. Begitu juga dengan Khairul yang sudah ditembak pada peha kirinya. Mereka bernafas laju sambil terbaring di atas tanah.

20 lawan 2? Mustahil. Lebih lagi apabila 15 darinya mempunyai senjata api. Danish turut mempunyainya namun entah bagaimana pelurunya boleh hilang. Milik Khairul pula sudah dirampas oleh musuh mereka itu.

Karla sudah berjaya mereka sembunyikan di dalam hutan tebal di tepi kilang lama itu. Dan mungkin sehingga kini, Karla masih belum ditemui oleh anak buah Farhan lagi.

"Ada hati nak lawan. Tak sedar ke kau masih mentah? Hah, budak? " Soalnya lalu menyepak kuat tubuh Danish yang meniarap itu sehingga terlentang memandang langit. Danish terbatuk mengeluarkan darah di saat lelaki itu menekan perutnya kuat menggunakan kaki.

"Heh, kau fikir... Aku lemah sangat ke... " Kaki lelaki itu ditepisnya kasar lalu perlahan-lahan dia bangkit dari baringnya. Matanya tidak mampu terbuka luas kerana lebam yang dihasilkan oleh lelaki tadi. Pipinya juga terasa berdenyut-denyut.

Dia memandang ke tepi, ke arah Khairul. Lelaki itu juga sudah bangun dengan kaki yang asyik membengkok itu. Mungkin akibat daripada tembakan tadi.

"Tch, kaki dah cacat. Ada hati nak berlawan lagi. " Khairul hiraukan saja suara musuh di hadapannya. Penumbuk diangkat, bersedia untuk berlawan semula.

Pak!

Kaki menyepak kepala Khairul kuat membuatkan tubuh itu kembali rebah ke tanah. Tidak cukup dengan itu, kaki Khairul yang terluka itu turut dipijaknya sekuat hati sehingga menghasilkan suara jeritan daripada Khairul. Kepala juga disepak berkali-kali.

"Argh! "

"Apa lemah sangat ni? Bukan kau kuat ke sebelum ni? Takkan dengan aku pun kalah? " Sindir lelaki itu.

Khairul cuba bangun namun dia tidak mampu. Kepalanya terasa berat dan akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri. Dia tidak pedulikan apa-apa lagi, dia hanya berharap agar semuanya selamat.

Danish masih sibuk bertarung. Dia sempat melihat ke arah Khairul namun tiada masa untuk membantu. Musuh makin ramai namun dia masih berseorangan. Matanya memandang sekeliling. Nampaknya dia sudah dikepung.

"Masih nak berlawan? " Soal salah seorang daripada mereka.

"Hebat ke kau ni? Nampak macam budak sekolah lagi. Tapi macam mana kau boleh masuk geng Aiden hah? " Sambung lelaki di belakangnya.

"Ya, aku masih sekolah. Macam mana aku masuk tu tak penting. Dan... Aku hebat? Hm bolehlah. " Katanya dengan wajah bangga.

Sekumpulan lelaki yang mengepungnya ketawa terbahak-bahak. Danish berkerut dahi. Dia ada buat lawak ke? Ataupun apa yang dia katakan tentang hebat tadi tu menggelikan hati mereka? Hm tak mustahillah.

"Sudahlah budak. Mari kita tengok, power ke tak power. " Kata lelaki di hadapannya itu. Mereka semua sudah siap sedia untuk berlawan begitu juga dengan Danish. Namun terhenti kerana secara tiba-tiba...

Buk!

"Satu lawan 20, mana adil bro. 10 lawan 20 bolehlah dipertimbangkan lagi. " Kata Hazrul yang baru tiba di situ. Di belakangnya ada lagi sembilan orang lelaki berbadan besar dan tinggi. Masing-masing memasang wajah serius dan itu membuatkan Danish agak gerun melihatnya.

Serius-serius, gi ane?

"Don't worry. Diaorang takkan cederakan kawan sendiri. Dah kau, pergi tolong Karla. Keluarkan dia dari sini dulu. Hati-hati, tempat ni masih dikepung. " Pesan Hazrul lalu menolak perlahan bahu Danish.

The MafiaWhere stories live. Discover now