46 ; Pesaing

1.3K 73 6
                                    

"So, how? Dah dapat location Zulaikha? " Soal Mr. Bianchi. Aiden dan Zafriel menggeleng serentak. Lucia dan Leo sudah mengerutkan dahi, tidak faham. Sejak tadi lagi, Mr. Bianchi menggunakan kefasihannya dalam berbahasa melayu.

"Papa, can you speak in English? We can't understand you. " Soal Lucia. Leo mengangguk setuju.

"No, honey. " Balasan daripada Mr. Bianchi membuatkan dua beradik itu mencebik.

"Hm, Mr. Bianchi. I think we gotta go now. "

"Eh awal betul nak blah. "

"Ada guest. Jomlah cepat! " Bahu Zafriel dipukul sedikit kuat, menyuruh lelaki itu bangun daripada duduk.

Zafriel menghela nafas berat. Rasa macam baru nak panaskan tempat duduknya, sudah disuruh pulang. Masalahnya, yang ada tetamu, rumah Aiden. Bukan rumah dia!

Mr. Bianchi hanya memandang pemergian dua jejaka itu hingga ke pintu utama. Dia kembali memandang Lucia dan Leo. Terkejut dia apabila mata Lucia dan Leo berkelip-kelip di hadapannya.

"What? "

"Possiamo seguire? " Soal Lucia dengan kedipan matanya. Leo tidak kurang juga, dia hanya mengikuti gerak geri si kakak.
(Can we follow? )

Mr. Bianchi mengeluh perlahan. "Okay. Vai, ora. " Arah Mr. Bianchi. Lucia dan Leo melompat teruja. Lucia berlari ke arah Mr. Bianchi sebelum pipi itu dikucupnya. Leo yang baru mahu berbuat begitu sudah dihalang keras oleh Mr. Bianchi. "No, Leo. "
(Okay. Go now. )

"Whatever. Addio, papà. "
(Goodbye, dad. )

Mereka berdua berlari mendapatkan Aiden yang sudah separuh badannya di dalam kereta. Takut kena tinggal, jadi mereka perlu cepat. Kereta Zafriel? Ghaib. Tak tahu dia parking dekat mana.

◇◇◇

"É casa tua? " Soal Leo dengan muka kagumnya. Matanya meliar memandang sekeliling. Lucia sudah menggeleng memandang gelagat adiknya yang seperti kali pertama masuk ke dalam rumah besar. Lupa ke rumah sebesar alam dia di Itali itu?
(Is it your house? )

"Sì. " Katanya lalu membawa kedua beradik itu ke ruang tamu. Zafriel hanya mengikut di belakang. Matanya pula sibuk membelek telefon.

Tiba di ruang tamu, Aiden ternampak kelibat seorang gadis bertudung hitam bersama dengan pekerjanya. Siapa lagi kalau bukan Hazrul. Watak utama bagi kalangan anak-anak buah mereka.

"Karla. "

Karla menoleh ke belakang. Lihat saja kelibat Aiden, terus dia berlari ke arah lelaki itu. Dia mengerutkan dahi apabila terpandang seorang wanita dan seorang lelaki yang mengikuti Aiden daripada belakang. Tak pernah nampak pun.

"Siapa ni? "

"Kawan Abang Ad. Ini Lucia dan ini--- "

"Just call me Leo, babe. " Celah Leo, memotong percakapan Aiden yang baru saja mahu memperkenalkan dirinya pada gadis cantik di hadapan mereka. Dia menghadiahkan sebuah kenyitan mata pada gadis yang tidak dikenalinya itu. Tangan pula dihulurkan untuk bersalaman.

Karla kelihatan teragak-agak untuk menyambut huluran tersebut. Baru dia mahu menolak, satu tangan sudah menyambut huluran itu. Dia menoleh ke tepi.

"Just call her Karla and hi my name is Danish. Nice to meet you. " Balasnya lalu melepaskan tangan Leo.

Leo sudah memasang wajah tidak puas hati. Dia memandang Danish yang berwajah dingin di hadapannya. Mereka saling berbalas renungan. Renungan yang penuh kebencian. Lagak mereka seperti musuh sejak azali lagi.

The MafiaWhere stories live. Discover now