35 ; Hilang

1.8K 77 1
                                    

"Seteghes je bang. Kenapa ni? " Bahu Khairul dipegangnya. Laptop berjenama Asus di hadapan Khairul dijeling sekilas. Ada masalah dengan kelab malam lagi ke?

"Aku baru hilang seorang pelayan. " Katanya mendatar. Dia kembali membetulkan posisi duduknya menghadap komputer riba itu. Jarinya laju menekan papan kekunci. Matanya pula tajam menikam skrin putih itu.

Yusuff menggeleng perlahan sebelum mengeluarkan telefon dari dalam poketnya. Time for the war!

Lama mereka berdiam di dalam bilik itu. Hanya mereka berdua saja ada di situ pada hari ini. Yang lain, dengan hal masing-masing. Faqrul? Entah apa dia buat lama-lama dalam hospital tu. Nak kata tak sihat, sudah sihat walafiat. Tapi itulah, degil tak mahu discharge. Paling tak boleh tahannya dia beri alasan ada doktor cantik.

Ha itu yang mendapat enam perenggan kata-kata makian.

"Ni, budak perempuan hari tu macam mana? Sihat ke tidak? " Tahu sajalah siapa yang dimaksudkan oleh Yusuff itu. Dia hanya ada seorang saja budak perempuan yang menjadi tahanannya.

"Hilang, lari sekali dengan pelayan tak guna tu agaknya. " Yusuff mengangguk. Seketika dia menjerit kuat. Nyaring jugalah sehingga membuatkan Khairul automatik menutup kedua-dua belah telinganya. "Kau apahal? "

"Hilang?! Kau biar betul?! Aiden tahu tak lagi? Ni ni, abang dia. Ha, abang dia tahu ke?! " Cuaknya. Khairul mengerutkan dahi. Yang dia terkejut sangat ni dah kenapa?

"Tak, Aiden tak tahu. Apatah lagi abang dia tu. " Balasnya dengan malas. Biarlah budak tu. Pandai-pandailah dia hidup sendiri, janji tidak mengganggu hidupnya. Jangan datang mengemis sudah, memang dia tidak layanlah.

Yusuff hanya membiarkan saja. Dia pun pelik, kenapa dia terlebih terkejut tadi? Budak hilang je, bukan mak bapak dia mati ke apa.

Dia tersenyum sinis. Baguslah kalau matipun.

Suasana yang kian menyepi, riuh semula dengan suara tawa yang kuat dari luar bilik. Belum masuk lagi dah dengar. Kalau masuk, mahu pecah segala kaca dalam bilik itu.

Zafriel masuk ke bilik itu sambil tertawa kuat. Dia duduk di hadapan Khairul dan Yusuff yang memandangnya pelik itu. Gelak tawanya masih tidak berhenti malah makin galak dia ketawa.

"Woi bang! Kau pahal? Kena sampuk hantu ke apa? " Soal Yusuff menghentikan tawa kuat Zafriel.

Zafriel menarik nafasnya. Baki tawanya tadi masih bersisa namun tidaklah dia ketawa kuat, cukup dengan gelakan kecil saja. Dia menyilang kaki sambil memandang dua sahabat di hadapannya.

"Aku ada jumpa sesuatu tadi dekat twitter. Ada orang cakap, bila kau gelak kau boleh kurus. Sebab tu aku gelak kuat tu. Gila kau, cara cepat nak kurus tu. " Balasnya selamba.

Yusuff dan Khairul berpandangan sesama sendiri. Itu je? Itu je sebab kenapa dia ketawa bagai orang gila terlepas dari hospital bahagia?

"Kau ni... Ergh, memang gila! " Khairul berkata. Zafriel memandangnya dengan wajah keliru namun dibalas jelingan saja.

Dia memandang pula Yusuff yang masih terdiam itu.

"Serius eh boleh kurus. Aku punya perut dah macam pau terlebih mengembang. Punyalah besar sampai ada yang ingat aku mengandung 3 bulan. " Adunya.

"Eh 3 bulan tu taklah besar mana. Lainlah 9 bulan. Itu aku pun takut. Memang aku bawa kau jumpa bomoh je. "

Yusuff melangkah ke arah Zafriel. Tempat duduk di samping lelaki itu diambilnya. "Kau tengok apa sampai gelak kuat macam tadi tu? "

Khairul menggeleng perlahan. Biarlah mereka dengan hal mereka yang entah apa-apa itu. Sekarang, masalah dia yang ini. Manalah dia nak cari pengganti. Sudahlah pelayan yang itu sering dipuji oleh pelanggannya kerana layanan yang diberi oleh pelayan itu cukup secukup-cukupnya.

The MafiaWhere stories live. Discover now