43 ; Arahan

1.6K 83 4
                                    

Kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya di situ. Rokok yang tersusun di dalam kotak rokok dikeluarkan sebatang sebelum tangan dihulurkan ke tepi, meminta pemetik api.

"Kau ni, nak kata misikin tapi ada rumah sebesar alam. Bisnes kau pun bukan biasa-biasa. Tapi, takkan pemetik api pun minta aku? " Walaupun mulut membebel, tangan masih menghulurkan pemetik api miliknya.

"Ala kau. Pemetik api pun nak berkira. Cubalah kira beberapa tahun yang lepas yang aku bayar kereta kau, rumah kau. Cuba kira berapa pula. " Ungkit Aiden pula, tidak puas hati. Dulu dia yang tolong Zafriel. Dari budak tu mentah, sampailah jejaka itu menjadi ketua. Namun sekarang, tak tahu diuntung punya budak!

Zafriel menjeling. Mengungkit pula pakcik seorang ni. Dulu dia yang kemain kata,

"Tak apa, aku sudi bantu kau, Riel. Yalah, kitakan dah kawan lama. "

Hampeh!

"Ni aku nak bagitahu. Karla dengan Danish ada dekat rumah aku. " Kata Aiden selepas menghembuskan asap rokok melalui mulutnya.

"Rumah kau?! Buat apa?! Kenapa aku tak tahu?! " Terjerit-jerit Zafriel dibuatnya akibat terkejut. Sudah berkali-kali, Encik Kamarul memberi amaran kepadanya untuk tidak bertemu Karla lagi. Apatah lagi, membawanya kembali ke sini. Ini, bukan dia yang bawa. Karla tu yang datang sendiri!

Aiden terangguk-angguk. Zafriel yang masih terkejut dihiraukan saja. Batang rokok diletakkan ke bibir. Jangan salahkan dia sebab ajak Karla kembali ke rumahnya sudah. Bukan dia ajak pun, dia sendiri masih terkejut.

"Sejak bila? Dia datang dengan siapa? Naik apa? " Bertubi-tubi soalan dilontarkan oleh Zafriel. Dia masih tidak mampu bertenang sejak tadi.

"Kan aku dah kata, dia dengan Danish. Datang naik apa tu aku tak tahu pula sebab semalam aku balik rumah aje dia dah ada dekat meja makan. " Terang Aiden. Zafriel mengangguk faham dan menghela nafas lega. Nasib baik datang dengan Danish. Kalau seorang, mahu kena pancung kepala dia dengan Paklongnya nanti.

Suasana menjadi sunyi. Kedua-dua jejaka itu hanya merenung air kolam yang beralun tenang di hadapan mereka. Fikiran masing-masing memikirkan hal sendiri.

Melihatkan seperti tiada tanda-tanda daripada Zafriel seperti mahu berborak dengannya lagi, Aiden membuat keputusan untuk berangkat pergi. Petang nanti dia akan gerak ke Johor pula. Namun, tindakannya terhenti apabila mendengar ayat yang diutarakan oleh Zafriel.

"Aku rasa aku nak berubah. "

Aiden merenung Zafriel pelik. Berubah? Dah kenapa? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba nak 'berubah'. Bukan Zafriel manusia paling kejam ke? Takkan nak berubah kut?

"Kau merepek apa, nyah? " Soal Aiden. Zafriel menarik senyuman. Senyuman yang sungguh tenang.

"Entahlah, Den. Hati aku, hati aku yang kata macam tu. " Balas Zafriel. Aiden menggaru keningnya. Tidak lama kemudian, dia ketawa kuat. "Kau gelak apa, si*l? " Soal Zafriel, tidak puas hati. Orang tengah serius, dia boleh pula nak bergolek tepi kolam. Ada juga yang kena sepak nanti. Berenanglah kau dalam kolam tu.

"Haha... Aku bukan apa Riel. Cuma... Kau nampak peliklah. Kenapa kau tiba-tiba aje ni? " Soal Aiden. Dia cuba untuk kembali serius selepas melihat wajah tanpa reaksi Zafriel itu. Rasa macam orang gila gelak seorang diri.

"Haih... Aku pun tak tahu, Den. Aku rasa aku tak la--- "

Puk!

"Adoi! Kau kenapa? " Kepala digosok perlahan. Dia tak habis cakap lagi dah kena hempuk. Bukan guna tangan, guna pistol. Entah dari mana Aiden ambil pun dia tidak tahu.

The MafiaWhere stories live. Discover now