10 ; FF Siblings

4K 193 4
                                    

Sebulan kemudian...

" Dah sebulan dah. Tapi, Farhan takda tunjuk apa-apa tindakan pun. " Mereka yang lain hanya mengangguk. Aiden bangun dari duduknya dan berjalan ke arah sebuah rak buku.

" Kau tak rasa pelik ke? Tiba-tiba je dua ekor tu berdiam diri. Kita taknak siasat ke? " soal Yusuff. Mereka memandang Zafriel yang hanya termenung saja itu.

Zafriel memandang setiap wajah kawannya. Mukanya berubah hairan. " Apa? Kenapa kau orang pandang aku ni? " Mereka menunduk dan mengeluh berat.

Tok tok!

" Masuk! " Laung Aiden. Si pengetuk tadi membuka pintu pejabat bosnya dan berlalu ke arah Aiden yang masih berdiri menghadap rak buku itu. " What do you want, Ian? " soalnya tanpa menoleh.

" Darren... He wants to meet you . " kata Ian. Buku yang berwarna merah diletakkan semula ke tempat asalnya. Aiden menyuruh Ian untuk pergi ke luar bilik dahulu.

" I gotta go now . Kau orang bincanglah apa yang patut dulu . Aku gerak dulu. " katanya dan berlalu pergi tanpa mendengar jawapan dari mereka.

TTM hanya menghantar Aiden dengan pandangan mereka sahaja. Timbul satu persoalanan. Siapa Darren?

Pintu besi berwarna kelabu dibuka oleh anak buahnya. Aiden melangkah masuk dengan penuh berkarisma. Kedua-dua belah tangannya diselukkan ke dalam poket seluar.

Darren yang sudah kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan itu hanya dipandang selamba oleh Aiden. Sebuah kerusi diletakkan berhadapan Darren.

" Hello, Darren Lee. Long time no see ya. " sapa Aiden. Kerusi tadi didudukinya. Kepala Darren didongakkan secara kasar oleh Ian.

" Apa yang kau nak? " kata Darren dengan lemah. Sudah berapa hari dia tidak makan, hanya minum air saja. Itupun sekali seminggu.

Tubuhnya diikat kemas di kerusi kayu itu. Rambut habis kusut masai. Baju kemejanya sudah terkoyak sini sana dan dipenuhi dengan darah miliknya sendiri. Tubuh badannya juga tidak 'sado' lagi. Kurus kering saja.

" Sebulan kau duduk sini. Baru hari ni kau nak jumpa aku? " soal Aiden sinis. Darren mengukirkan senyuman kecil.

" Aku nak tolong kau ni... Tak nak ke? " katanya dengan lemah. Aiden mengangguk kecil. Dia menyilangkan kakinya sambil memandang tepat ke arah Darren.

" So, apa yang kau tahu tentang rancangan Arfiq? " Soal Aiden. Darren menceritakan semuanya dari A to Z. Aiden hanya mendengar tanpa menyampuk. Anak buahnya turut memasang telinga.

" That's all. " Aiden mengangguk dan mula melangkah keluar dari bilik tahanan itu. Namun langkahnya serta merta terhenti apabila mendengar soalan dari Darren.

" Kau ingat dia akan gunakan rancangan tu lagi ke? No lah bro. Arfiq taklah selembab itu. Dia akan bina strategi baru. Lagi-lagi bila orang kanan dia ni dah hilang sebulan. " katanya sinis.

Aiden turut membalas senyuman senget pada Darren. Dia membisikkan sesuatu pada anak buahnya sebelum melangkah kembali pada Darren.

Blazer hitam miliknya di buka lalu dicampak ke arah Hazrul. Tie juga dibuka dan dicampak ke arah Hazrul. Dua butang teratas baju kemajanya di buka. Termasuk butang di bahagian pergelangan tangannya lalu ditarik ke atas hingga ke siku.

Rambutnya yang masih kemas tadi diserabaikan sendiri olehnya. Darren langsung tidak berubah takut. Mukanya hanya tenang.

Sebuah troli besi ditolak oleh anak buah Aiden tadi. Troli itu diletak bersebelahan dengannya. Di atas troli itu dipenuhi dengan pisau, dari saiz yang kecil sehingga yang paling besar.

The MafiaWhere stories live. Discover now