41 ; Malaysia

1.6K 75 1
                                    

Setahun kemudian...

Buku rujukan diletakkan ke tepi. Mulut menguap luas lekas ditutup menggunakan tapak tangan. Tiga jam dia ulangkaji tanpa henti, badan pun dah sakit-sakit. Sebelum ni tak pernah belajar selama itu. Selalunya, 15 minit belajar, 45 minit lagi tidur.

Dia mengeliat kecil sebelum membuat keputusan untuk pergi ke dapur. Kalau buat kerja sambil makan biskut atau apa-apa makanan ringan, baru bersemangat sikit. Nak tengok telefon tak boleh. Awal-awal lagi dah kena sorok.

Dapur dituju. Dari jauh lagi dia tidak dengar apa-apa bunyi dari dapur. Selalunya, ada aje bunyi orang buat kerja. Siapa lagi, kalau bukan Puan Hazimah. Cuma, sejak kebelakangan ini, adalah dia teman iaitu Hani. Tak adalah seorang diri saja di dapur. Nak harapkan anak dara seorang itu, lambat lagilah jawabnya.

Mug yang sudah disusun di dalam sebuah rak diambil satu. Dia bergerak pula ke peti sejuk. Panas-panas ni terasa nak minum air sejuk pula. Penutup botol yang berisi air kosong yang sudah sejuk itu dibuka. Dituangkan sehingga menjadi separuh ke dalam mug tadi. Dia penyimpan kembali botol itu ke dalam peti sejuk dan mula berpusing untuk ke meja makan.

"Mak kau! " Latah Karla. Susuk tubuh yang sedang berdiri tegak di hadapannya direnung tajam. Nasib baik hari ni hari jumaat, kalau tidak dah kena karangan carutan aje. "Kau kenapa? Datang macam hantu. Bunyi apa tak ada, terkejut aku tahu tak? " Marah Karla pada orang itu.

"Sengaja nak kejutkan kau. Terkejut tak? " Karla menjeling. Fikirkan kawan saja, kalau tidak dah lama arwah agaknya orang itu. "Ala kau ni, gurau aje. Takkan stress sampai bergurau pun nak marah aku? "

Karla mengeluh. "Whatever. Ha kau dari mana ni? Dari pagi aku tak nampak kau. Petang baru muncul. " Soal Karla tanpa menoleh ke arah kawannya itu. Mug direnung sambil menunggu balasan daripada orang itu.

"Oh aku dari rumah Sham. Dia ada buat study group dengan Adam dan Naim. Dia ajak aku semalam, gila kau tak nak join? " Balasnya.

"Pfft--- Lelaki buat study group? Tak pernah-pernah kewujudan. " Dia menjeling Karla. Apa? Ingat lelaki ni pemalas sangat ke? I mean--- Semua pemalas ke? Ada aje yang rajin, ada juga yang asyik layan game aje. Ada juga yang layan game dan akan belajar lepas tu, seimbangkan. Heh.

"Sudahlah, malas aku nak cakap dengan kau. Buat berkedut muka aku aje nanti. Lepas tu, tak ada dah yang nak mengorat. Dan selamanya aku akan single. " Bebelnya sambil meninggalkan Karla seorang diri di dapur. Malas mahu bercakap dengan gadis itu. Buat sakit hati saja.

"Danish! Hantar Dania masuk bilik aku! Dia kena mandi! " Jerit Karla dari dapur. Mug yang telah digunakannya dibasuh dan disimpan di dalam rak. Kalau dibiarkan, mahu kena ungkit dengan Puan Hazimah tujuh keturunan.

Oh ya tentang Danish. Dia sedar selepas seminggu koma. Pada mulanya dia tidak berapa ingat tentang kejadian yang berlaku. Namun, lama-lama dia kembali ingat dengan sendirinya. Macam mana? Tanya dia sendiri.

◇◇◇

Kain berwarna putih dilembapkan dengan air sebelum digunakan untuk mengelap wajah Khairul. Dari ubun-ubun jejaka itu sehinggalah ke bawah dagu.

Beginilah rutin hariannya semenjak dia mendapat berita buruk tentang Khairul. Teringat lagi sewaktu dia mendapat berita itu, dia terasa seperti mahu pitam. Terkejut. Takut. Berdebar. Semua dirasainya. Dia rasa seperti tidak selamat tanpa ada Khairul di sisi, kerana hanya lelaki itu saja dapat menyelamatkannya dari tuan lamanya itu.

"Haih... Bos betul-betul buat saya macam hamba bos, kan? Kena jaga bos pagi, petang, siang dan malam. Basuhkan muka bos. Nasib baik tak kena mandikan. Kalau tidak, bos terpaksa naikkan pangkat saya sebagai isteri bos. " Zulaikha ketawa kecil. Seketika dia termenung wajah Khairul yang tenang dengan mata tertutup itu. Rahang tajam itu diusapnya lembut.

The MafiaWhere stories live. Discover now