28 ; Hospital

1.9K 88 5
                                    

" Macam mana boleh jadi macam ni?! Takkan tak ada seorang pun yang ikut dia?! "

Faqrul hanya mendengar saja pekerja-pekerjanya dimarahi oleh Yusuff di luar bilik wad yang didudukinya. Dia termenung memandang ke luar tingkap. Dia masih belum menerima kenyataan tentang kematian Liyana.

Sungguh dia berasa bersalah atas kematian Liyana. Orang yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam. Mayatnya pun entah dibuang ke mana oleh Farhan dan Firash.

" Sepatutnya aku tak kenal kau Liyana. Aku tak patut bertemu dengan orang sebaik kau. Hidup aku gelap. Penuh dengan kejahatan. Dan orang seperti kau tidak patut berkenalan dengan orang jahat seperti aku. Kau terlalu baik dan lembut. Aku tak patut heret kau ke dalam dunia aku. " Gambar Liyana yang terpapar di skrin telefon pintar Faqrul direnung. Dia mengusap-ngusap gambar itu perlahan.

" Aku sayang kau. Aku janji akan balas perkara yang sama pada orang yang dah buat kau macam tu Liyana. Aku janji. " Telefon pintar ditutupnya selepas mendengar pintu wad itu dibuka. Dia menyimpan telefonnya di bawah selimut.

" Puas aku marah pekerja kau. Masuk geng kau tapi tak buat kerja. Kerja goyang kaki je. Dia ingat dia kerja apa? Jual barang online? Duduk hadap komputer tunggu pelanggan masuk? Diaorang pun tak adalah duduk goyang kaki sangat. Nak kena ambil stock lainlah, nak check baranglah. Diaorang ni memang real goyang kaki bila bekerja. Kalau malas nak kerja, berhenti jelah jadi penganggur! " Bebel Yusuff. Ayat terakhir itu sengaja dikuatkan sedikit bagi pekerja-pekerja Farqul di luar wad mendengarnya.

" Kau ni pun. Bukan salah diaorang pun, aku yang halang supaya diaorang tak ikut aku. " Faqrul mula membela pekerjanya. Betullah tu, dia yang menghalang pekerja-pekerjanya dari mengikutinya bersama.

" Ah sama je. Diaorang bukannya tak boleh ikut kau dalam diam. Penakut. Such a coward! " Rambutnya dikuak ke belakang selepas melabuhkan punggung ke atas kerusi bersebelahan dengan katil Faqrul. " Ha kau. Kenapa kau pergi tempat Farhan tu seorang diri? Lain kali ajaklah Aiden ke Zafriel ke aku ke. Ni tak, suka sangat bahayakan diri tu. "

Faqrul berdiam diri. Dia kembali merenung ke luar tingkap. Keluhan lemah dilepaskan.

Yusuff memandangnya hairan. Kerutan di dahinya mula timbul. Dia memeluk tubuh sambil menilik wajah sayu Faqrul itu. Cuba mencari maksud yang tersirat.

" Mangkuk hayun tu dah bunuh Liyana aku. " Hampir terhembur tawa Yusuff keluar. Dia cuba menahan tawanya selepas mendengar ayat 'Liyana aku' itu. Yakin-yakin je Liyana tu dia punya.

But wait—Liyana kena bunuh?

" Bunuh? Macam mana? I mean, diaorang culik Liyana ke? " Anggukan lemah dibalas oleh Faqrul. Liyana kena culik. Habistu Layla macam mana? Bukan diaorang serumah ke?

" Kau ada datang rumah diaorang tak? " Faqrul mengangguk lagi.

" Kau ada jumpa Layla tak? " Baru Faqrul mahu mengangguk terus dia terhenti. Dia mana ada jumpa Layla. Pada hari dia datang ke rumah Liyana itu, rumah itu kosong. Kedua-dua buah kereta milik pasangan kawan baik itu turut berada di hadapan rumah.

" Tak, aku tengok rumah tu kosong. Kereta Layla dengan Liyana masih ada. " Balasan dari Faqrul membuatkan Yusuff berkerut dahi. Perasaan risau mula bertandang di hati. Mana pula Layla ni pergi?

" Kau yakin? " Soalnya untuk mendapatkan kepastian sepenuhnya. Faqrul mengangguk dan memandang hairan ke arah Yusuff.

" Kau kenapa? Bukan kau marah sangat ke dekat Layla sebab dia tolak kau? Padahal diri sendiri yang tak laku. " Suaranya diperlahankan pada ayat terakhir itu. Namun masih dapat didengari oleh Yusuff.

The MafiaWhere stories live. Discover now