19 ; Iqram

2.3K 120 1
                                    

" Hish, nak apa lagi! "

Dari dia datang ke sekolah sehinggalah dia mahu pulang ke rumah, lelaki itu tidak habis mengacaunya. Malah, ketika dia sedang sibuk mengajar anak muridnya juga lelaki itu mengacaunya.

" Selagi kau tak beri kata putus aku takkan berhenti kacau kau. " balas Faqrul selamba. Liyana pula sedaya upaya mahu menutup pintu namun dihalang kuat oleh Faqrul.

" Kata putus apa lagi? Sebelum jari awak yang putus, baik awak lepaskan pintu ni. " ugut Liyana.

" Kau fikir aku kisah ke? Kau macamlah berani sangat nak kerat jari aku ni. Entah-entah, bila kau peg--- Argh! Woi bodoh, sakit gila! " carut Faqrul.

Tanpa disedarinya, Liyana sudah pun keluar dari kereta dan segera menggigit tangannya yang memegang pintu kereta Liyana.

Dengan masa yang ada, Liyana masuk ke dalam keretanya semula dan menutup pintu keretanya dengan kuat. Dia mahu cepat dan dalam masa yang sama dia menunjukkan yang dia marah akan perbuatan Faqrul.

Nasib enjin sudah tersedia hidup. Liyana terus meninggalkan Faqrul yang masih menahan sakitnya. Gigi ke apa duh, katanya di dalam hati.

Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan Faqrul. Tanpa membuang masa, dia masuk ke dalam kereta itu dan mengarah anak buahnya untuk mengikut kereta Liyana dari belakang.

Sedangkan Liyana di dalam kereta sudah berasa lega. Akhirnya, dapat juga aku lari dari mamat gila tu! jeritnya di dalam hati. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar.

Namun, langsung tidak disedarinya yang kereta milik Faqrul masih mengikutinya sehingga tiba di rumah. Faqrul yang duduk di bahagian sebelah pemandu tersenyum sinis.

Sampai saja di hadapan rumahnya, dia perasan yang kereta Layla sudah terparkir elok di hadapan rumah mereka. Tapi masih di dalam pagarlah.

Kereta Liyana diparkirkan di sebelah kereta Layla. Kawasan parkir itu tidaklah luas mana tapi muatlah juga untuk memasukkan dua buah kereta.

Liyana pantas keluar dari keretanya. Tidak lupa juga dengan beg sandangnya. Nasib hari ini semua buku ditinggalkan di sekolah. Kalau tak, makin kelam kabut dia untuk berlari masuk ke dalam rumah sambil membawa buku-buku itu.

Pagar pintu itu ditariknya sebelum kunci dimasukkan ke dalam lubang di tombol pintu itu.

Walaupun sudah selamat berada di rumah, tapi dia masih berasa takut. Tubuh badannya habis menggeletar. Tidak henti-henti. Beg silang dipeluk ke dada dan belakangnya disandarkan pada pintu utama.

" Kau... Dah kenapa? " soal Layla. Mug yang berisi air milo itu diletakkan ke atas meja yang berada di hadapan sofa. Remote tv diambil dan terus dia menukar siaran. Bosan sangat cerita tadi tu.

" T-tak ada apa-apa. " balas Liyana. Dia berjalan ke sofa dan duduk bersebelahan dengan Layla yang masih fokus menonton tv.

" Kalau tak ada apa-apa, kenapa menggeletar semacam je badan kau ni? " soal Layla lagi. Sejujurnya, dia masih tidak berpuas hati selagi dia tidak mendengar balasan yang benar dari Liyana.

" O-ohh, tadi a-aku kena ke-jar dengan... Anjing! Ha dengan anjing. " Layla mengerutkan dahinya. Macam tak yakin je.

" Kau balik naik kereta ke jalan kaki? " soal Layla lagi.

" Keretalah! " Liyana membalas dengan kuat tanpa disedarinya. Dia terlalu takut sehingga tidak sengaja tertinggi suara kepada Layla.

" Hm okay. " balas Layla tenang. Dia kembali memandang tv. Liyana menghela nafas lega. Nasib baik dia tak tanya dah. " Tapi..."

The MafiaWhere stories live. Discover now