25 ; New Place

2.1K 113 0
                                    

Karla Ross

Tempat baru

Rumah baru

Hidup baru

Kawan baru

Semuanya baharu. Kami sekeluarga terpaksa menetap di Terengganu buat masa ini. Ini semua demi keselamatan aku dari dikesan oleh orang-orang jahat itu.

Aku sudah pun tahu tentang perkara sebenar. Dan ya, aku memang tak percaya. Pada mulanyalah. Yelah, pasal perjanjian karut tu? Ergh, macam filem hantu Malaysia.

Tapi, lepas aku hadam benda ni satu-satu, dapatlah aku terima sikit-sikit. Tapi masih lagi terasa karut ye.

Aku bukanlah nak letakkan sepenuh kesalahan tu ke atas atuk aku. Lagipun, Tok Ismail tu yang sensitif sangat. Dah kaya pun nak duit lagi. Halalkan jelah hutang atuk aku tu.

Kan?

Tapi adalah satu kesalahan besar yang atuk aku dah buat pada Tok Ismail. Iaitu, atuk aku dah tipu Tok Ismail tu hidup-hidup. Dan penipuan tu membuatkan Tok Ismail kehilangan nyawa dua orang kesayangannya, iaitu isteri dan anak pertamanya. Rasanya, anak pertama dia tu adalah bapa kepada orang yang kejar aku tu. Siapa? Farhan? Ye kot tu nama dia.

Dan ya, sumpahan 'anak pertama' tu adalah punca kenapa setiap anak pertama keturunan atuk aku mati. Mungkin Tok Ismail tu kecewa gila, sampai dia wujudkan sumpahan anak pertama tu.

Dengki, orang lain ada anak sulung, dia ada anak kedua, ketiga dan seterusnya je.

Satu lagi perkara yang telah dibongkarkan. Apa kena mengena dengan Dato' Rashid tu pula? Okay, sebenarnya nama sebenar dia ialah Ismail Marzuki bin Senin. Rashid tu nama samaran je. Dia tidak mahu keturunan atuk aku tahu yang Tok Ismail tu berada berdekatan dengan kami.

Amacam, complicated tak?

Kalau ye, minta pm tepi ya.

Berbalik pada tadi, sebenarnya aku memang tidak suka berpindah ke tempat baru. Aku suka akan hidup aku yang dulu. Pergi sekolah, jumpa Fawwaz, membawang dengan Izzah dan Hanis, buat Sara melatah dan paling penting adalah—

Berserai dengan Emy.

Hahaha! That's my favourite. Budak tu memang pelik. Muka lawa, badan kurus dan tinggi macam model, suara sedap—tapi malang... Lesbian.

Kak Emma pula sudah berangkat ke Singapura. Keluarganya semua berada di sana dan sedang menanti kepulangannya. Tapi mahu buat macam mana, dapat tuan pula yang jenis tak suka kekurangan walaupun seorang pembantu rumah di rumah agamnya. Faham-faham jelah. Aiden memang tidak suka bagi pekerjanya bercuti.

Danish pula mengikut kami sekeluarga ke sini memandangkan dia sehelai sepinggang sekarang ini. Keluarga, rumah, wang, semua tiada. Pakaian pun pinjam aku punya. Tapi dalam punya taklah.

Mahu aku tumbuk dia sampai hancur nanti.

Aku tahu dia masih risau akan keadaan adik perempuannya, Dania. Entah makan ke tidak budak tu. Dia juga sedang berfikir bagaimana mahu menyelamatkan adiknya dari genggaman Khairul Adam si bapak ayam itu. Namun, ditentang sekuat-kuatnya oleh ayah. Katanya, Danish masih muda. Jadi, lebih baik kita serahkan saja perkara ini pada polis. Biar polis yang selesaikan.

Ibu makin lama makin sihat aku tengok. Sentiasa tersenyum. Sukalah tu aku dah balik. Badan dia yang dulu kurus dari aku pun dah makin gempal. Bahagia betul.

Laut yang terbentang luas di hadapan aku ini, aku tenung dengan perasaan yang tenang. Aku menutup mata disaat tiupan angin tepi laut menerpa ke arah wajah aku. Ah tenangnya.  Nasib aku ni tidak mabuk laut. Kalau tidak, sudahlah jadi kolam dah depan aku ni. Kolam muntah!

The MafiaWhere stories live. Discover now