32 ; Baby Saif

2K 90 1
                                    

Jujurlah... Cerita ni makin boring, kan? Huaaa sorry😭!!!

◇◇◇

Sudah lebih sepuluh kali dia berlegar di dalam bilik itu. Terniat dihatinya mahu melarikan diri. Namun, semuanya sudah kemas berkunci. Tingkap berkunci, pintu berkunci, hanya pintu tandas saja tidak berkunci. Di dalam tandas juga tiada apa-apa tingkap.

Dia kembali melabuhkan punggung di atas katil. Dia mengesot ke belakang sehingga tiba di bahagian tengah katil. Belakang badannya disandarkan pada kepala katil. Kaki dilipatkan dan dibawa ke dada. Ya Allah, sampai bila dia harus hidup sebegini? Hidup di dalam bilik serupa bilik kurungan. Dia tidak pernah buat apa-apa kesalahan pun sebelum ini. Kenapa dia harus tanggung semua ini?

Dulang makanan yang berada di sisi meja di pandang sayu. Nak makan tapi takut. Entah kenapa otaknya sering memikirkan perkara negatif. Dia sering berkira-kira jika makanan itu mempunyai racun. Dia sanggup menahan lapar selama seminggu ini. Mahu pengsan saja, namun digagahkan juga dirinya.

Krek...

Dia memandang ke arah pintu besi yang sudah berkarat itu. Seorang lelaki berpakaian serba hitam mendekatinya. Lelaki itu berdiri tegak di sisi katil bujang itu.

" Malam ini tuan mahu berjumpa kau. Dia suruh kau pakai pakaian ini. Jangan lupa dan jangan lambat. Tuan bencikan orang yang tak tepati masa. " Pesannya lalu beg kertas berwarna putih diletakkan di hujung kaki wanita itu. Tanpa sebarang kata, dia berlalu keluar meninggalkan wanita itu bersendirian.

Beg kertas berwarna putih itu diambilnya lalu diintai isi di dalamnya. Sehelai gaun merah dan tudung berwarna hitam. Malas mahu menunggu lama, dia berjalan dengan lemah ke arah bilik air. Harapnya, dia dapat dibebaskan hari ini.

◇◇◇

" Dina ku sayang, bila kau nak bagi budak tu pada aku pula? Dah bertahun lamanya aku menunggu. " Danish mengesot mendekati Karla yang merenungnya tajam. Dina ku sayang? Kepala lutut dialah.

" Kau panggil aku macam tu lagi, aku luku kepala kau. " Kata Karla berbaur amaran. Danish tersengih lalu menepuk-nepuk tangannya di hadapan bayi kecil itu.

Karla akur. Dia memberi bayi lelaki itu pada Danish. Yelah, dah bertahun lamakan tak pegang. Kita bagilah pakcik tua yang tak laku itu merasa pegang bayi.

" Dah seminggy dia duduk dengan kita. Tapi kita masih panggil dia baby boy. Kau tak terfikirkan nama untuk dia ke? " Soal Danish lalu mengacah-acah bayi kecil itu. Kuat bayi kecil itu mengekek ketawa.

" Aku dah fikirkan. Nama dia, Saif. " Balasnya lalu kepala bayi lelaki itu diusapnya lembut.

" Kenapa Saif? " Karla menjelingnya.

" Suka hati akulah! Baby aku! " Lalu Saif dirampas dari Danish. Gerakan drastik itu membuatkan Danish terdiam buat beberapa saat sebelum dia kembali berebutkan Saif dari Karla.

Bakul baju diletakkan ke bawah. Puan Azimah mengerling sekilas ke arah dua remaja itu dan menggeleng. Bayi kecil itu sering menjadi rebutan dua remaja itu. Sikit-sikit mereka nak bergaduh, sikit-sikit nak berebut. Semua ini berlaku semenjak kehadiran Saif.

Seminggu yang lalu, Encik Kamarul sekeluarga dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi di hadapan pintu rumah mereka. Pada mulanya, mereka berfikir itu bunyi tangisan bayi dari rumah sebelah. Namun, tangisan itu makin kuat kedengaran. Tanpa membuang masa, Encik Kamarul membuka pintu rumahnya dan dia dikejutkan dengan sebuah bakul rotan yang terdapat seorang bayi di dalamnya.

The MafiaWhere stories live. Discover now