66 ; Epilog

2.9K 66 28
                                    

Rumah teres berwarna putih-kelabu itu ditatap Karla lama. Inilah hasil Danish bekerja sepanjang hari selama tiga tahun ini. Keluar pagi, balik malam. Sampaikan pada masa cuti pun, kadang kala dia tidak bercuti. Danish memang seorang yang sibuk. Lebih lagi sewaktu dia mula kerja dulu.

Sehari dia akan buat dua kerja. Satu, di syarikat. Dua, di restoran. Katanya saja mahu mencari duit lebih. Bolehlah dia pula mengambil semula tugasnya untuk menguruskan Dania. Selama ini, dia hanya terhutang budi dengan Encik Kamarul kerana sering menghulurkan duit demi pendidikan Dania.

Sudah dihalang namun dari mana lagi Karla dapat sikap degil kalau bukan daripada bapanya? Danish hanya diam saja apabila urusan persekolahan Dania diuruskan oleh Encik Kamarul. Kalau Dania saja, mungkin dia boleh kurangkan sikit rasa terhutang budinya. Tetapi, dia sekali ditanggung oleh Encik Kamarul.

Habis saja SPM, Danish terus membawa diri ke Kuala Lumpur bersama Hazrul. Sebelum dia bergerak ke Kuala Lumpur, dia ada meminta tolong Hazrul untuk mencarikan kerja kosong untuknya.

Dan di situlah permulaan kehidupan baru Danish. Hazrul menawarkannya bekerja dengan lelaki itu. Hazrul tahu Danish seorang yang rajin, jadi dia membenarkan lelaki dengan bekalan sijil SPM nya saja itu, bekerja di syarikat besarnya.

Dengan duit gajinya hasil daripada dua tempat kerja dan duit simpanannya, dia mampu membeli kereta di usia 19 tahun. Hazrul juga ada menolong sedikit kerana kasihan dengan Danish. Mana saja lelaki itu mahu pergi, lelaki itu hanya akan gunakan bas atau Grab. Itupun perlu mengeluarkan duit.

Kalau tumpang Hazrul, lelaki itu lagilah the real busy man. Sibuk memanjang.

Pin pin!

Karla tersentak. Secara spontonnya, dia menoleh dan berganjak sedikit ke kiri. Pemilik kereta di pandangnya tajam.

"Jauh termenung. Sampai mana dah?" Perli Danish. Kepalanya sudah dikeluarkan daripada tingkap kereta.

"Sampai Itali dah. Tadi tiba-tiba nampak someone iras dengan Leo. " Balas Karla. Sengaja dia menggunakan nama Leo, adik kepada Lucia dan musuh kepada Danish.

Wajah Danish masam mencuka. "Amboi, pandai eh sekarang. Beranilah kalau nak jumpa si cicak tu. " Balas Danish lalu memberhentikan keretanya di anjung kereta.

Karla sendiri hairan. Kenapa Danish panggil Leo, si cicak? Bila ditanya, senang saja lelaki itu membalas.

"Nama Leo tu sesuai sangat kalau bagi dekat cicak. "

Diam. Karla tidak tahu mahu membalas apa. Biarlah Danish mahu memanggil Leo, cicak ke sesumpah ke, itu bukan masalah dia.

"Jom, sayang. Kita masuk dalam. " Ajak Karla. Bahu isterinya dirangkul.

Dania tidak mahu mengikuti mereka. Penat Danish memujuk, mengugut pun ada. Tetapi, Dania tetap berdegil.

"Dania nak duduk sini. "

"Tapi Nia, abangkan dah beli rumah baru. Sepatutnya itu rumah kita, kan? Tapi tak apalah kalau ada kak Dina pun. "

"Itu Nia tak kisah. Nia memang nak duduk dengan kak Dina. Tapi yang masalahnya, Nia. Tak. Nak. Pindah. Sekolah. "

Danish mengeluh. Dia faham kalau Dania tidak mahu berpindah ke tempat baru. Tempat lama pun dia tak peramah. Kalau di tempat baru, adiknya pasti akan dipanggil 'The Loner'.

The MafiaWhere stories live. Discover now