62 ; Day 3

1.3K 52 1
                                    

"Wey, Karl. Danish tidur mana? " Soal Qistina. Dia meletakkan semangkuk maggi yang masih berasap ke atas meja lalu dia bersila berhadapan dengan mangkuk itu.

"Danish tumpang rumah Zack. " Karla mengambil tempat di sebelah Qistina. Mangkuknya juga bersebelahan dengan mangkuk Qistina.

"Kesian dia kena halau. " Kata Qistina dengan nada sedih. Menyindir sebenarnya itu.

"Hahaha. Senang hidup aku macam ni. Tak ada dengar dia mengusik. " Rambutnya dikibas ke belakang. Ini lagi satu seronok. Boleh bebas tidak bertudung di dalam rumah. Qistina menggeleng kecil.

Hari ini, Qistina menumpang tidur di rumah Karla. Saja nak temankan bakal pengantin itu. Mana tahu sunyi dia bila jantung hati terpaksa tinggal jauh. Iyalah, bakal pengantin mana boleh berjumpa. Orang kata, nanti hilang serinya.

Lagipun, rumah Qistina jauh daripada rumah Karla. Selepas mereka habis SPM, keluarga Qistina terpaksa berpindah jauh atas sebab kerja ayahnya. Qistina pun terpaksalah mengikut saja. Namun, hubungan mereka tidak terputus. Setiap hari pasti mereka akan on-call. Tidakpun, on-WhatsApp.

"Kawan-kawan kau tu datang bila? " Soal Qistina lalu menghirup kuah magginya. Uish, panas bak hang!

"Siapa? Hanis semua tu? " Qistina mengangguk. "Oh, diaorang datang pagi esok. Serentak. Lepastu tidur sini sampai tamat semualah. " Terangnya. Qistina mengangguk.

Slurp

Mereka menamatkan perbualan. Kedua-dua gadis itu menumpukan sepenuhnya perhatian kepada mangkuk maggi mereka.

Jenuh Puan Azimah melarang Karla daripada makan maggi. Namun, gadis gila yang suka berubah angin seperti Karla bukannya kisah. Degil. Apa yang dia tahu, perut kenyang.

Tanpa disedari mereka, dalam masa 10 minit saja mangkuk itu sudah licin.

Ehem-ehem, maggi tu bukan sepeket. Tapi dua. Ehem-ehem.

Mug kaca yang berisi air sejuk diminum Karla. Manakala, Qistina minum air milo ais yang dibuatnya tadi. Karla tidak sukakan air manis. Dia lebih memilih air kosong. Kalau di kedai makan, air buah saja yang diminumnya.

"Wey, apa cerita abang-abang angkat kau tu? Kau ada contact diaorang tak? About your engagement? Your wedding? " Soal Qistina.

Karla terhenti daripada minum airnya. Dia termenung seketika. Mendengarkan soalan Qistina membuatkan dia teringatkan sesuatu yang hampir dia lupakan.

TTM

Sejak kes hari itu, dia langsung tidak mendengar khabar berita keempat-empat jejaka itu. Mereka seperti hilang secara tiba-tiba— seperti di tiup angin lalu menghilang.

Benar apa yang Danish katakan. Mereka berjaya keluar daripada penjara itu dengan cara serang hendap. Namun, mereka saja yang terlepas dan dua tiga penjenayah yang lain. Mereka semua terlepas. Mereka semua. Daripada tuan besar sampai ke anak-anak buah yang kecil.

Hati Karla gembira. Walaupun dia tahu itu salah.

Setiap hari, setiap malam dia menanti kehadiran empat jejaka itu. Namun, sehingga kini dia menunggu, masih tiada langsung bayang mereka. Polis juga sudah mulai putus asa dalam mencari kumpulan mafia itu. Memang betullah mereka hilang tanpa jejak.

Namun, Karla tahu. Walaupun jauh tempat mereka berada, mereka tetap memerhati Karla daripada jauh. Begitu juga abang saudara kesayangannya. Arwah Zafriel Daniel.

Bak kata orang, jauh di mata, dekat di hati.  Karla tidak pernah melupakan lima jejaka itu. Mereka sentiasa berada di dalam hati Karla. Sampai bila-bila.

The MafiaWhere stories live. Discover now