13 ; Reject

3.2K 158 5
                                    

" I cadang nak buat party. "

Berkerut dahi Karla. Party? Birthday siapa pula ni? Pandangannya yang dialihkan ke arah Aiden.

" Party? Awak nak sambut birthday siapa pula ni? " soalnya.

Sekarang mereka sedang berada di ruang tamu. Sejak sudah berbaik ini, Karla sering meluangkan masa bersamanya.

" Nak buat party tak semestinya kena tunggu birthday sesiapa dulu, cik Karla oi. I just nak celebrate kepulangan kawan i je. " balasnya. Karla membalas dengan anggukan.

" So, bila awak nak buat? "

Aiden memandang semula ke kaca televisyen. Dia memikirkannya. Sejujurnya, dia baru terfikir mahu buat party, TTM pun masih tidak tahu akan rancangan ini.

" Hm, malam minggu? Okay tak? " Dia kembali memandang Karla, meminta pendapat.

" Suka hati awaklah. Saya tak kisah. Malam minggu pun okay. "

" Okay! I nak call kawan-kawan i. You tengoklah tv dulu. Kalau dah mengantuk, naik je atas. "

Dengan terujanya, Aiden terus keluar dari rumah. Dia mahu menghubungi kawannya di luar rumah. Boleh merasa angin malam sekali. Jarang dapat.

Sekarang dia banyak keluar, lepastu balik lewat. Kalau pergi keluar pun, mesti pagi. Kadang-kadang Karla tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

" Pelik aku dia ni. Dah tua, tapi perangai macam budak-budak minta penampar. Haih, sabar jelah. " bebelnya seorang diri. Remote tv diambil lalu ditukar ke siaran Korea.

Tuan punya tv takda, kita apa lagi. Layan Korea lah!

◇◇◇

Layla kembali ke mejanya selepas selesai menghantar fail kerja kepada Aiden. Matanya tertumpu semula ke arah skrin komputer. Banyak betul kerja yang perlu diselesaikan sebelum pulang nanti.

Layla sudah meminta cuti dari bosnya untuk pulang ke kampung. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Apalah khabar keluarganya di sana. Sihat ke? Mahu telefon, tapi takda kesempatan. Terlalu sibuk.

Sejak dua menjak ini Layla banyak mengikut bosnya pergi berjumpa klien di luar negeri. Dalam beberapa hari, barulah dia pulang ke rumah. Itupun esoknya perlu ke tempat kerja semula.

Tok tok

Pintu bilik kerjanya diketuk. Dia mengalihkan pandangan ke sana.

" Is Aiden in his room? " Layla memandang orang itu tanpa berkelip. Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang orang itu.

" Hey, I'm asking you. " Tanya orang itu sekali lagi untuk menyedarkan Layla dari terus leka termenung. Layla berdehem setelah tersedar dari menungnya.

" Yes, dia ada dekat dalam bilik dia. " kata Layla.

" Hm yelah. Aku masuk dulu. " katanya dan berlalu pergi.

Layla sedikit tersentak. Dia menyentuh bawah bibirnya. " Kenapa dingin semacam je dia tu? Period ke? Or still tak boleh move on? " bisiknya sendirian.

Dia hanya menghiraukan saja dan sambung membuat kerjanya.

Yusuff masuk ke dalam bilik Aiden dan terus meluru ke sofa. Tubuhnya dihempas kasar ke atasnya. Aiden hanya memandang dengan hairan. Barangkali masih terkejut dengan kehadiran Yusuff.

" Oi! "

Yusuff memandangnya dengan muka cemberut. Aiden menaikkan keningnya ke atas. Yusuff menyembamkan muka ke permukaan sofa.

The MafiaWhere stories live. Discover now