18 ; Revenge

2.5K 121 0
                                    

" Hey, wake up! " pekik Khairul ditelinga lelaki itu. Dia kembali ke tempatnya setelah melihat tindak balas lelaki itu.

Seorang lelaki yang telah terikat di atas kerusi besi itu membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengamati permandangan di sekelilingnya sebelum sebuah kerutan di dahinya muncul. Dia juga tersedar yang dia terikat di kerusi besi itu.

Dia melihat satu-satu wajah lelaki di hadapannya. Semuanya sedang merenungnya tajam. Pakaian mereka juga hanya tinggal kemeja dan seluar slack.

" Finally, you're awake. " kata Aiden berserta tepukan. Mereka yang lain hanya diam dan terus merenung tajam ke arah lelaki itu.

" Siapa kauorang? Apa kauorang nak dari aku?! " soalnya sambil menjerit. Zafriel sudah menutup telinganya.

" Please, don't scream. Or else, I will make sure you'll lose your 'precious' voice. " kata Aiden. Pandangannya yang tadi tajam kini bertukar lembut. Dia memberi sebuah senyuman kepada lelaki itu.

" Apa kauorang nak ni hah? " soal lelaki itu lagi.

" Jangan nak berdalih lagi, Mr. Taufiq. " Lelaki bernama Taufiq itu mengerutkan dahinya. Baru dia mahu bertanyakan soalan, Aiden sudah memotong. " Takkanlah aku tak kenal setan yang dah bunuh adik aku? " katanya berserta lagak seperti seorang psiko.

" A-aku tak kenal kau. Aku tak bunuh adik kau pun! " jeritnya. Dia cuba lepaskan ikatan tapi tidak mampu kerana dia sudah terikat dengan ketat sekali di atas kerusi itu. Kerusi besi itu turut terangkat-angkat kerana tindakan agresif Taufiq itu.

" Aku nampak dengan kepala otak aku sendirilah! Aku nampak kau langgar adik aku and then kau terus blah je! Kau langsung tak keluar dan tengok keadaan dia! Kau makin pecut kereta kau supaya semua orang tak sempat nak tahan kau! Tapi kau jangan ingat aku lembab. Aku nampak nombor plat kereta kau. WTQ 1335, kan? Hahaha! Kau yang bodoh bongok! "

Taufiq makin takut dengan perubahan Aiden. Memang macam orang gila. Dan... WTQ? Yes memang itu keretanya. Cuma, selepas trajedi itu berlaku, dia terus cabut nombor plat itu dan musnahkannya.

Dia tidak tahu pula, Aiden masih dapat menjejakinya sehingga kini. Mungkin dari mula dia mengikuti Taufiq dan dia menyuruh anak buahnya untuk sentiasa mengawasi Taufiq.

" Huh... Aku tak nak cakap banyak. " katanya. Dia mendekati sebuah meja besi yang berada di penjuru bilik itu. Meja yang ada roda dikakinya itu ditolak ke sebelah Taufiq.

Taufiq makin gelabah selepas melihat isi di atas meja itu. Penuh dengan senjata tajam. Pisau berbagai saiz, pistol, picagari semualah. Dia bahagian bawah meja itu terdapat berbagai botol kecil. Di dalamnya terisi dengan cecair putih yang langsung tidak diketahui oleh Taufiq.

" Kau nak buat apa dengan aku? " soal Taufiq gementar. TTM memandangnya sinis. Takut? Memang patut untuk kau takut sekarang ni, Wan Taufiq Iskandar, desis hati Khairul.

Pisau yang bersaiz sederhana besar itu menjadi pilihan Aiden. Dia memandang bilah pisau itu dengan penuh teliti. Jari telunjuknya turut bermain-main di bahagian mata pisau.

Taufiq yang melihatnya mula berasa gerun. Manakala TTM memandang dengan pandangan biasa. Mereka sudah terbiasa dengan perangai gila Aiden itu.

Zap!

" Argh! " Sekelip mata saja pipi kanan Taufiq berdarah. Aiden tersenyum sinis. Sekali lagi dia melukai pipi Taufiq tapi kali ini di bahagian kanan. Jeritan Taufiq mula bergema di setiap ruang bilik.

" Aku ingat lagi keadaan adik aku macam mana masa tu. Muka dia sama macam kau sekarang ni. Dipenuhi dengan darah. Muka tu juga menunjukkan yang dia tengah tanggung kesakitan dia. Badan dia lemah sangat. Mulut dia... " Aiden memandang mulut Taufiq. Seketika kemudian, dia tersenyum sinis. " ...dipenuhi darah. "

The MafiaWhere stories live. Discover now