22 ; Searching

2.1K 113 0
                                    


" Danish tak suka kongsi nama panggilan dengan orang lain. Jadi, Danish hadiahkanlah nama Dina tu untuk Karla. Memandangkan, nama Karla dan Ross tu dah ramai yang guna. " jelas Danish panjang.

" Tapi kenapa Dina? " soal Emma lagi.

" Sebab Danish suka sangat dengan nama tu. Tak tahulah macam mana boleh suka. Jadi, Danish bagilah nama tu pada budak gedik ni. " balas Danish.

Karla menjeling Danish dengan tajam. Mulutnya yang sudah kembung dipenuhi makanan itu terkumat-kamit seperti sedang menyampaikan sesuatu. Namun, suaranya yang terlalu perlahan susah untuk orang lain menangkap katanya.

Danish tertawa kecil apabila sedar yang Karla memakinya dalam diam.

" Oh, jadi kiranya, Danish sukakan Karla lah ni? "

Soalan dari Emma membuatkan Danish terdiam. Suka? Karla?

Danish mengerling ke arah Karla yang juga sedang memandangnya. Riak wajah Karla seperti ingin tahu jawapan dari Danish.

" Er.. Tak. Taklah! Mana ada! " nafi Danish. Kedua-dua tangannya dilambai-lambai di hadapan Emma. Di hadapan Karla pula, dia menyilangkan tangannya menjadi huruf 'X'.

" Hahaha! Kenapa Danish gelabah sangat ni? Kak Emma tanya saja. Ke memang betul Danish suka Karla ni? " usik Emma lagi. Dia menutup mulutnya menahan dari ketawa kuat.

Membuntang mata Danish selepas diusik oleh Emma. Dia cuba mencari jawapan lain dan jawapan itu mestilah perlu buat Emma begitu pasti dengan hatinya yang tidak menyukai Karla.

Tok tok

" Danish, kau kat dalam ke? " soal seseorang dari sebalik pintu bilik.

" Ya. " sahut Danish.

" Keluar, ada kerja kena buat. " arah lelaki itu. Danish menggumam sebagai jawapan.

" Okaylah, aku pergi dulu. Bye-bye, bambam gajah besar. "

" Hm bye, manusia ranting. "

" Manusia ranting? " Karla mengangguk. Mukanya begitu polos dan langsung tidak berasa bersalah selepas memanggil Danish dengan panggilan 'manusia ranting'.

" Tunggulah kau. Lagi dua bulan, ranting ni akan jadi dua kali ganda lagi besar dari kau. " balas Danish. Tangannya ditunding ke arah Karla. Mukanya penuh dengan keyakinan.

" Hm ya. Besar sebab gemuk. HAHAHAHA!!! " galak Karla mentertawakan Danish.

Danish mendengus sebelum melangkah keluar dari bilik Karla. Dia menghiraukan saja tawa Karla yang masih kedengaran sayup-sayup di gegendang telinganya.

" Sudahlah tu. Cepat makan. " arah Emma. Peha Karla ditepuk bagi menyedarkan Karla ke dunia realiti semula.

◇◇◇

" Aku nak kau siasat tentang dua beradik bangsat tu. " arah Aiden dengan dingin. Tiga anak buahnya mengangguk kepala sebelum meminta diri untuk menyambung kerja mereka.

Zafriel dan Khairul memandang Aiden yang kelihatan kusut di meja kerjanya itu. Zafriel memandang Khairul yang turut memandangnya dengan hairan. Kening diangkat namun gelengan menjadi jawapan bagi persoalan Zafriel oleh Khairul.

" Kenapa kau nampak gesa sangat ni? Selalunya kau tunggu musuh bertindak, sekarang kau yang cari musuh? Dah kenapa? " akhirnya, keluar juga soalan itu dari mulut Zafriel.

Sepi. Langsung tiada jawapan dari Aiden. Malah pandangan walaupun sekilas dari Aiden juga tiada. Nampak macam tengah stress.

The MafiaWhere stories live. Discover now