9 ; 'Abang' Aiden

4.8K 218 24
                                    

Aiden membuka matanya perlahan - lahan apabila terasa gerakan pada badannya. Buka sahaja mata, wajah Karla menerpa pandangannya.

" Kenapa awak baring bawah ni? Dah la sejuk. Nanti demam macam mana? " Aiden bangkit dari baringnya. Telefonnya dicapai sebelum membukanya.

6:00 a.m.

" Awalnya you bangun. Tak selesa ke? Sejuk? " Karla tersenyum sambil menggeleng.

" Taklah. Saya memang dah terbiasa. Dah la, jom solat subuh sama - sama. Awak jadi imam. " Aiden mula gelabah. S - solat ? Aduhh, macam mana ni? Aku dah lupa. Last aku buat masa form 3 kot, sekarang dah 25 tahun dah.

" Hm takpalah. You pergi jelah solat dulu. Okay? "

" Alah, alang-alang awak dah terjaga ni, jomlah sama - sama. Kalau kita solat berjemaah, pahala kita lagi banyak dari kita solat sendiri tau. Jomlah. " ajak Karla lagi. Aiden menggaru kepalanya.

" Huh... I tak reti solat. Okay? " Karla sedikit terkejut dengan kenyataan dari Aiden.

" Last i solat masa i form 3. " Aiden menundukkan kepalanya. Malu. Of courselah malu. Sebab apa? Sebab dah tua bangka still tak tahu solat. Dulu ye dia tahu; sikit. Banyak benda dia hentam je. Janji cikgu nampak dia solat sudah.

Kalau solat pun tak tahu, apatah lagi Al-quran. Mungkin muqqadam pun tak habis baca lagi. Haih... Aiden Aiden...

" Takpalah. Kalau macam tu, saya masuk bilik dulu ye. Awak pun pergilah masuk bilik. Tidur kat sana. Tak elok tidur kat lantai macam ni. Sejuk, nanti demam kang lagi susah. Siapa nak jaga saya? Nanti terbalik pula. Saya yang kena jaga awak. Hehehe... " Karla berlalu pergi.

Aiden menghembus nafas perlahan. Rambutnya di serabaikan. Malunya dia pada Karla.

◇◇◇

" Pfft -- " Aiden menjeling tajam pada Faqrul. Dia kembali meraup wajahnya.

" Haih kau ni... Lepas tu, Karla cakap apa? "

" Takda apa - apa. Dia terus masuk bilik dia. " Faqrul menutup mulutnya. Takut terlepaa tawanya yang masih berbaki itu. Baki bukan sikit - sikit tapi banyak.

" Nak gelak, gelak jelah! Haalah! " katanya dengan bengang. Akhirnya, terletus keluar tawa besar Faqrul. Aiden menjelingnya buat kali kedua.

" Okay okay... Aku...tak gelak...dah. " Faqrul mengeluh perlahan. Haih buat malu kaum jelah mamat ni.

Aiden menghiraukan saja Faqrul. Dia kembali fokus pada kerjanya yang berlambak. Faqrul mendekati Aiden yang sedang sibuk dengan kerjanya. Dia berdiri di belakang kerusi Aiden.

" Den... " Aiden menggumam perlahan. Aiden mengerutkan dahinya. Dah kenapa mamat ni? Tukar selera dah ke?

Faqrul hanya berdiam namun tangannya lincah mengurut bahu Aiden. Entah apa yang difikirkannya.

" Kau pahal, ngok? Urut-urut aku pula. " Faqrul tersengih.

" Aku nak minta tolong ni. "

" Tolong apa? "

" Tolong carikan maklumat tentang seorang perempuan ni. " Pantas Aiden menoleh ke arah Faqrul. Pandangan tidak percaya dilemparkan kepadanya.

" Apa? "

" Like seriously? Faqrul Zaffran yang tengah berdiri depan aku ni suruh cari maklumat pasal 'seorang wanita' ? " Faqrul menjelingnya. Dia berjalan ke sofa tadi semula.

" Tak nak tolong takpa. Aku boleh buat sendiri. " katanya mendatar.

" Alolo... Baby boy aku dah merajuklah pula. " Sekali lagi Faqrul menjeling; tajam. " Pala hotak kau baby boy! "

The MafiaWhere stories live. Discover now