34'

789 121 22
                                    

🌸maaflah ye klu ada typo.
🌸Enjoy!
🌸Jgn lupa vote tau.

╔═════ೋೋ═════╗

"I am done with this."

Renjun terus mengambil begnya dan keluar dari ward ayahnya. Tak sanggup dia nak dengar suara lelaki tu lagi. Lelaki yg buatkan hidupnya huru-hara sebelum ni. Dia pun tak tahu kenapa dia baik sangat untuk balik China ni.

Dia berjalan di kaki lima jalan sambil memandang kakinya. Fikirannya masih penuh tentang mak dan ayahnya tu. Yg tak habis2 menyusahkan hidupnya.

Dia mengalihkan pandangannya ke dinding sambil mengeluh perlahan. Matanya tertarik dengan lukisan yg ada di dinding tu jadi dia berhenti disitu.

"Soumin......"

Renjun melepaskan nafas yg berat bila dia fikirkan pasal perempuan itu. Keputusan untuk tinggalkan perempuan tu memang salah sama sekali.

"Klu aku belajar melukis untuk ubatkan rasa rindu aku.......boleh tak?" fikir Renjun.

Bila dia fikir semula, Soumin dah tak boleh melukis. Jadi boleh tak untuk dia sambungkan cita-cita Soumin yg tidak kesampaian tu. Tapi tanpa pengetahunan dia....

>>>>>>

"Awak pergi mana? Kenapa awak tinggalkan saya macam tu je? Apa awak buat?"

Soumin yg tengah berdiri di kalangan wartawan tu mula bersuara selepas Renjun berhenti dan memandangnya.

Renjun yg masih terkejut tu berdiri kaku dengan riak mukanya yg terkejut. Mask yg masih ada di tangannya tu digenggam perlahan.

"Saya terseksa tau, Renjun. Sampai hati awak....." Air mata Soumin mula mengalir perlahan turun ke pipi. ".....tinggalkan saya macam tu je."

Selepas nampak Soumin menangis, Renjun terus mencampak masknya tu kemudian berlari ke arah Soumin. Badan gadis tu dipeluk erat olehnya dan tangannya menyentuh rambut Soumin lembut.

"Mianhae......mianhae, Soumin. Saya tahu saya salah. Maafkan saya, Soumin." kata Renjun dengan suara yg serak kerana menahan sebaknya.

Wartawan-wartawan tu mula mengambil gambar mereka untuk membuat cerita hangat tentang mereka. Tapi mereka hanya menghiraukan sahaja perkara tu dan sedar dalam dunia mereka sendiri.

"Kenapa awak pergi macam tu je? Awak kejam, Renjun. Sebab tinggalkan saya terkontang-kanting sorang2 dengan perasaan saya untuk awak." kata Soumin dengan sedu-sedannya.

"Mianhae.....saya sayang awak, Soumin."

Soumin terus menangis teresak-esak dalam pelukan Renjun. Renjun pun mengeratkan pelukannya dan dia membenamkan bibirnya di pipi kanan Soumin.

Han yg ada belakang dewan tu hanya memerhatikan mereka. Untuk pertama kalinya, dia nampak Soumin menangis seteruk macam ni selain dari pasal tangannya tu.

Mungkin Renjun tu lagi penting untuknya sekarang berbanding dengan tangannya yg dah halang dia untuk capai cita2 dia tu.

>>>>>>

Yangyang melangkah masuk ke dalam HS company tu selepas Lia telefon dia suruh datang. Lia kata Renjun dah balik sini jadi dia terus pergi commpany tu lepas habis kerja.

Yangyang pergi ke bilik yg Lia suruh tadi lalu membuka pintu bilik tu. Dalam bilik tu ada Soumin, Renjun, Han, Lia dan Yuqi. Dia terus pergi ke arah Renjun dan menumbuk mukanya.

Renjun terus terjatuh kat atas lantai. Yuqi yg ada disitu juga menutup mulutnya sebab terkejut. Manakala Lia dan Han hanya memandang sesama sendiri.

"Yangyang! Kau kenapa?" tanya Soumin.

"Kau fikir kau ni apa? Sekejap hilang, sekejap muncul." balas Yangyang.

"Sabarlah, Yangyang." pujuk Soumin.

"Kau tahu tak Soumin terseksa sebab kau? Aigoo Renjun." sambung Yangyang kemudian menarik Renjun untuk berdiri semula.

Renjun menyambut huluran Yangyang kemudian berdiri dari duduk dan duduk semula dikerusinya. Manakala Yangyang pulak duduk disebelah Yuqi.

"Aku layak kena tumbuk ngan kau tadi."

"Tahu pun. Kau bernasib baik sebab ada orang lain kat sini."

Renjun hanya menundukkan kepalanya. Dia tahu dia salah sebab tinggalkan Soumin macam tu je. Sebab tu Yangyang marah kat dia.

"Gwaenchana. Soumin pun dah okay. Jadi aku takleh cakap pape." kata Yangyang sambil memandang Soumin.

Keadaan jadi makin awkward selepas itu. Semua orang terus senyap dan memandang sesama sendiri sahaja. Semua sebab mereka terkejut dengan Yangyang tadi.

Yangyang yg tengah duduk tu hanya mengeluh sambil menundukkan kepalanya dan memandang kakinya.

"Yangyang...."

Yangyang memandang Yuqi yg tengah duduk disebelahnya tu kerana dia memanggil.

"Jom......kita keluar nak? Saya nak belanja awak."

"Hah? Tapi......"

Tak sempat Yangyang nak habiskan ayat dia, Yuqi dah memegang tangannya erat sambil memandangnya dengan harapan yg dia akan terima pelawaan Yuqi tu.

"Jomlah. Saya dah lama nak makan situ tapi takde sape nak teman."

"Ta....tapi....saya...."

"Kaja."

Yuqi berdiri dan terus menarik Yangyang pergi ke arah pintu dan keluar. Yuqi pun sempat menunjukkan isyarat sebelum pergi supaya mereka sambung berborak.

"Lia....tolong aku jap kat office." kata Han.

"Hah? Kenapa?"

"Jangan banyak cakap. Jom."

Han memegang tangan Lia kemudian menariknya keluar dari bilik tu. Dan tinggallah Renjun dan Soumin dalam tu.

"Saya takleh terima kenapa awak tinggalkan saya camtu je wlupun saya bercakap ngan awak." kata Soumin untuk menghilang suasana yg sunyi tu.

"Mianhae."

"Tak semudah tu saya nak maafkan awak."

"Sebenarnya......"

Soumin memandang Renjun yg duduk disebelahnya tu.

"Omma saya.........."

《《 to be continued 》》

(C) One Scar, One Kiss ; Huang Renjun || NCT DreamWhere stories live. Discover now