29'

764 130 26
                                    

5 tahun kemudian.

Yangyang mengambil apron warna hijaunya yg tergantung kat dinding lalu disarung di badannya. Selepas bersiap, dia pergi ke kaunter depan cafe yg dia kerja tu.

"Lambat kau sampai...." kata Jun a.k.a boss cafe.

"Bus ada problem tadi. Tak tau kenapa." balas Yangyang.

"Tak kisahlah. Yg penting kau datang kerja." kata Jun kemudian pergi ke dapur belakang.

Yangyang mengemas sedikit tempat untuk membuat kopi dan menyusun makanan yg ada tu elok2.

Dia kerja kat sini lepas dia habis belajar kat kolej. Ni kerja sementara je. Nak dapat kerja tetap sekarang ni susah. Sebab tu dia kerja kat cafe ni dulu.

"Yangyang!"

Yangyang terus mengalihkan pandangannya kedepan kaunter kemudian dia mengeluh.

"Kau lagi Soumin. Takde orang lain ke?" balas Yangyang.

"Habis tu kau nak aku panggil Han ke? Dahlah aku nak order kopi."

"Berapa?"

"Berapa eh? Jap....aku tak ingat staff aku ada berapa oranglah..."

"Bengap. Lain kira dulu."

"Okay2....dah tahu. 200. Nak 200 kopi. Campur. Buatlah apa2. Asalkan ada 200 cawan."

Yangyang yg tengah pegang kain lap tu ingin saja mencampaknya kat muka Soumin. Soumin pulak hanya menutup mukanya sebab terkejut.

"Lain kali klu nak order banyak, bagitau awal2. Aku sepuk perempuan ni kang....."

"Sorrylah. Aku rajin nak belanja hari ni. Nanti dah siap, call eh. Aku ambik. Adios." kata Soumin lalu bergerak keluar dari kedai.

Yangyang hanya menggeleng kepalanya perlahan. "Jun hyung...." panggil Yangyang.

"Hmmm?"

"Tolong Yangyang buat kopi."

"Berapa?" tanya Jun sambil berjalan ke arah kearahnya.

"200 cawan. Campur."

Mata Jun terbeliak sambil pandang Yangyang. Yangyang pulak hanya menghiraukannya dan mulakan kerjanya yg 'banyak' tu.

"Sape order ni? Banyak nak mampus." tanya Jun sambil siapkan bahan2 untuk buat kopi.

"Kawanlah. Dia order untuk staff dia."

"Staff? Dia kerja apa? Ramai nak mampus staff dia."

"Tahu tak company HS? Yg company ada tiga gallery terbesar kat dunia tu sebab tu company untuk pelukis."

"Ohhhh...tahu."

"Kawan Yangyang tu CEO."

"Hah??!"

>>>>>>>

"Han! Tolong aku boleh?" kata Soumin sambil mengendeng kat Han.

"Apa lagi? Kau nak aku tolong apa?"

"Meeting yg ada kat Busan tu....kau pergi boleh? Aku ada meeting kat Incheonlah."

"Kau meeting kat Incheon tu hari Rabu, Busan tu hari Khamis. Pergilah sendiri." balas Han.

"Penat ah.....lagipun yg kat Incheon tu meeting ngan CEO dari Perancis. Bolehlah Han...." pujuk Soumin.

Han hanya memandang Soumin dengan pandangan jijik kerana Soumin dah mula nak tunjuk perangai dia yg kalah bapuk tu.

"Yelah2. Menyusahkan." balas Han lalu sambung menghadap komputernya semula untuk teruskan kerjanya yg tertangguh akibat Soumin.

"Kau buat apa pulak tu?"

"Kerjalah. Kau ingat presiden company takde kerja ke?" balas Han.

Ya. Han presiden company tu and Soumin CEO. Diaorang buka company tu sama2 lepas setahun habis highschool. Diaorang mula2 buka kecil-kecilan je. Tapi dengan berkat rajin mereka, company tu mula membesar.

"Yelah2. Dah aku nak ambik kopi kat kedai Yangyang."

"Kau ni......asyik jumpa dia je. Dia tu dahlah suka kau. Susah dia nak move on." kata Han terus terang.

"Oh.....tak boleh eh?"

"Tak. Macam kau nak lupa Renjun.....macam tulah dia." sambung Han lagi.

Soumin hanya senyap selepas dia mendengar nama Renjun. Wlupun dia dah lima tahun, wlupun takde khabar berita, hatinya masih berpaut kat lelaki tu. Huang Renjun.

"Habis tu, aku nak suruh sape ambik?" tanya Soumin.

"Mintaklah tolong sesape ambikkan. Pastu kau upahlah dia. Tanya staff kita yg kurang busy tu." balas Han sebagai jalan penyelesaian.

"Okay. Thanks." kata Soumin lalu bergerak keluar dari bilik Han.

>>>>>>

Lia yg tengah berjalan di satu koridor tu berhentikan langkah dan memandang satu lukisan yg dikenali di dinding putih tu.

"Aigoo, Renjun.....kau kat mana hah? Soumin tu rindu dah kat kau." bisik Lia sendiri sambil memandang lukisan Soumin yg dia menang time highschool tu.

Lia pun dah jadi rakan sekerja ngan Soumin. Waktu mula2 Soumin buka company tu, Lia orang pertama yg dia ajak join dan Lia setuju. Jadi Lia ialah sebahagian yg menjayakan company tu.

Lukisan Renjun ni....Lia yg cadang untuk letak kat sini sebab lukisan ni lawa. Mula2 Soumin tolak tapi Lia tetap berdegil dan dia sendiri yg letak kat dinding tu. Dan lukisan tu jadi tarikan ramai orang terutamanya orang yg melawat bangunan mereka.

"Annyong, Unnie." sapa seseorang.

Lia yg tengah termenung tu memandang sebelahnya lalu dia ternampak juniornya.

"Yuqi! Annyong..."

"Unnie, buat apa kat sini?"

"Tengok lukisan ni."

"Lawakan lukisan ni. Yuqi suka tengok. Cuma tak tahu sape pelukisnya. Yuqi tanya semua orang tapi diaorang pun tak tahu jugak. Unnie tahu?"

"Mungkin...."

"Mungkin? Macam mana tu?"

"Rahsia."

Yuqi hanya tergelak dan memandang lukisan tu lama. Tangannya pun menyentuh lukisan tu perlahan.

"Lukisan memang tunjukkan tentang kasih sayangkan? Cumanya nama lukisan ni pelik sikit." kata Yuqi.

"Pelik?" tanya Lia pulak.

"One Scar, One Kiss. Apa kaitannya?" sambung Yuqi.

"Dia nampak pelik sebab Yuqi tak tahu cerita disebalik lukisan ni."

"Ada cerita? Unnie tahu?"

"Tahu. Cumanya unnie buka orang yg sesuai untuk cerita. Sebab lukisan ni datang dari hati seorang perempuan yg kasih sayangnya tiada tandingan."

《《 to be continued 》》

(C) One Scar, One Kiss ; Huang Renjun || NCT DreamWhere stories live. Discover now