27'

741 121 19
                                    

🌸maaflah ye klu ada typo.
🌸Enjoy!
🌸Jgn lupa vote tau.

---------------------------------

"Renjun, betul ke kau nak balik rumah kau hari ni?" tanya Han pada Renjun yg tengah kemas barang dia dalam bilik dan Han duduk dikatilnya.

"Betullah. Dah lama pun saya duk sini. Biarlah saya balik. Lagipun takde orang kat rumah. Nanti terbiar pulak rumah tu." balas Renjun.

"Yelah. Aku nak halang pun tak boleh. Btw, kau dah bagitau Soumin belum?"

"Ohh...belum. Alamak.....lupa lah."

"Kau jgn lupa bagitau dia pulak. Nanti meroyan perempuan tu, terbalik rumah aku." kata Han sambil membayangkan Soumin mengamuk. Huhhh....seram nak mampus.

>>>>>>

Lia dan Soumin duduk bersebelahan di dalam dewan sekolah untuk menghantar lukisan mereka yg dah disiapkan dalam tempoh yg ditetapkan.

Lia yg mengeluh perlahan tu dapat menarik perhatian Soumin dan Soumin memandangnya.

"Waeyo?"

"Tak.....aku tak rasa aku letak afford yg banyak kat lukisan tu."

"Apa kau cakap ni? Kau punya okaylah."

"Klu nak bandingkan yg lain....."

Soumin memegang bahu Lia kemudian pusingkan badannya menghadap dirinya.

"Kau nampak lukisan kau kat pentas tu? Lawa tau. Warna pun menonjol. Kau lukis Yangyang, hensem apa. Kau ingat senang ke nak lukis muka orang camtu."

Lia hanya mengeluh lalu tersenyum. Dia menolak tangan Soumin yg ada dibahunya tadi ke bawah.

"Kau memang pelukis yg hebat Soumin. Sebab kau boleh keluarkan perasaan kau kat lukisan."

"Lia.....kau kena tahu yg melukis ni seni. Seni ni boleh improve. Bakat orang lain2. Tahap pun lain2. Kau jgn bandingkan aku ngan kau. Kita lain. Kreativiti kita lain2, Lia." kata Soumin sebagai pujukan.

"Tak cukup bakat tak bermakna kau takleh improve kan?" sambung Soumin.

Lia hanya senyap dan cuba menghadam apa yg Soumin cakap. Ada betulnya jugak apa yg Soumin cakap tu. Mungkin dia yg berfikir banyak sangat.

"Kau tahu kan tangan aku ada masalah..."

Soumin cuba menyambung perbualan mereka tadi semula. Lia pun meletakkan perhatiannya pada Soumin.

"Jadi....aku nak kau teruskan perjuangan kau ni selagi ada peluang. Aku memang dah takde harapan nak teruskan impian aku. Jadi boleh tak....."

Soumin memandang Lia yg ada disebelahnya.

".....klu aku nak letakkan impian aku kat kau. And kau teruskan lagi untuk improve kan diri kau."

>>>>>>

Renjun melangkah masuk rumahnya bersama Hyojen yg tengah tidur dalam pelukannya tu. Beg yg dibawa dibahunya tadi tu diletakkan di atas sofa. 

Dia pun memandang sekeliling rumah tu lama. Rumah ni memang banyak simpan kenangan buruk dan baiknya. Tapi baiknya tu hadir lepas kemunculan Soumin yg datang untuk selamatkan dia dan adiknya.

Renjun tersenyum kemudian melangkah ke tangga untuk menuju ke biliknya dan letakkan Hyojen yg tengah tidur. Tetibe dia terdengar orang membuka pintu rumahnya. 

Dia pandang ke arah pintu dan matanya terbuntang. Sebab dia nampak kelibat ommanya yg masuk ke dalam rumah tu. 

"Renjun....."

"Wae? Kenapa datang balik kat sini?"

"Renjun.....omma..."

"Apa lagi?" tanya Renjun.

Ommanya pergi ke arahnya tapi Renjun hanya berdiri tegak disitu dan tangannya mengusap kepala Hyojen yg dah tersedar kerana suaranya tadi.

Sampai saja di hadapan Renjun, ommanya terus terduduk disitu dan memegang kaki Renjun. Renjun yg terkejut tu cuba menarik kakinya semula tapi tak boleh.

"Omma...lepas."

"Renjun....jaebal...."

"Apa lagi?"

"Jom kita jumpa ngan appa Renjun balik."

"Mana nak jumpa dia? Dia ingat kita lagi ke?"

"Dia ajak kita balik China Renjun."

REnjun tersenyap dan mengetap bibirnya. Hyojen yg dah tersedar tu mengeliat kecil lalu memegang muka Renjun.

"Taknak. Dia ingat kita ni anak kucing ke boleh buang, boleh kutip? Renjun boleh hidup sendiri ngan Hyojen."

"Renjun.....Jaebal...."

"Kenapa Renjun kena ikut dia pulak?"

"Appa sakit Renjun. Jaebal.....ikut omma balik, Renjun."

Renjun tersenyap dan terkaku dengan telinganya yg mendengar esakan ommanya yg sedang memeluk kakinya dan merayu.

Wlupun Renjun terkilan dengan apa yg Appa dia buat kat dia selama ni, dia masih sayangkan lelaki tu dan sekarang dia sakit.

Renjun masih tersekat dengan dua pilihan. Untuk balik China atau stay kat korea.

"Soumin.....takkan aku nak tinggalkan dia macam tu je?" bisik hatinya.

《《 to be continued 》》

(C) One Scar, One Kiss ; Huang Renjun || NCT DreamWhere stories live. Discover now