🌺 Sorry klu ada typo.
🌺 Enjoy!
🌺 Jgn lupa vote tau.--------------------------------------------
"Renjun! Adik awak dah sampai!" kata Soumin yg tetibe masuk bilik Renjun. Tapi malangnya Renjun takde kat katil dia. Soumin mencebik.
"Mana pulak mamat ni?" tanya Soumin sendiri lalu meletakkan Hyojen atas katil Renjun sekejap.
Dia pergi ke arah tandas lalu meletakkan telinganya di pintu. Takde bunyi air pun. Tapi dia buka je pintu bilik air tu.
Dia buka pintu bilik air tu perlahan-lahan. Mata dia terbuntang lepas nampak Renjun dah terbaring kat lantai dengan darah yg ada kat lantai.
Dia berlari ke arah Renjun lalu memegang kepalanya. "Yaa...Renjun. Bangun!"
Dia mengoyangkan badan Renjun kuat2. Tapi takde respon. Dia tengok bawah badan Renjun ada satu blade. Dia ambik blade tu pastu dia buang dalam tong sampah.
"Not again, Renjun. Tunggu aku panggil nurse." kata Soumin lalu berlari keluar untuk panggil nurse.
"Apa kau buat ni Renjun?"
>>>>>>
Renjun buka matanya perlahan-lahan. Dia mengangkat tangan kanannya yg berbalut baru tu.
Dengan bantuan pernafasan yg ada kat hidung ngan mulut dia tu, dia cuba bangun. Tapi ditahan oleh seseorang.
"Takyah bangun. Kau baring je." arah Soumin.
Renjun tak membalas tapi dia baringkan badannya semula. Soumin duduk di kerusi yg terletak kat sisi katil Renjun.
"Kenapa kau buat lagi?"
Dia membuka bantuan pernafasannya. "Saya tak tahu."
"Aku taknak kau buat lagi. Jadi aku nak buat deal ngan kau."
"Deal apa?"
"Kau ingat tak kekadang nak ubah seseorang ni kena buat benda extreme kan?"
Renjun hanya memandang Soumin dan Soumin pun menenung muka Renjun.
"Klu aku nampak kau toreh tangan kau lagi atau parut kau bertambah lagi, aku cium kau."
Mata Renjun terbuka luas. Terkejut dengan pernyataan Soumin. Apakah? Kenapa tetibe je ni?
"Tapi kenapa....jap. Saya tak rasa awak akan buat. Awak takkan cemarkan bibir awak dengan bibir saya ni. Saya tahu" kata Renjun.
Soumin tak menjawab tapi dia berdiri dari duduknya. Dia mendekatkan muka dia ngan Renjun dan tangannya diletakkan di leher Renjun.
Perlahan-lahan bibir dia menyentuh bibir Renjun yg lembut tu. Renjun terkaku disitu lepas Soumin cium dia.
Tangan kirinya cuba menolak badan Soumin tapi Soumin menahan tangannya dikatil. Dia tak tahu nak buat apa jadi dia hanya memejam matanya.
Tak lama lepas tu, dia jatuh dalam ciuman Soumin jadi dia membalas ciuman Soumin semula.
Selepas tu, Soumin menarik mukanya perlahan. Dia memandang muka Renjun yg dah merah tu.
"Aku akan cium kau macam ni."
Renjun tak membalas tapi mengalihkan pandangannya dari Soumin. Soumin menjauhkan diri dia dari Renjun sambil menggosok lehernya.
"Jap....aku nak bagi adik kau." kata Soumin lalu dia mengambil Hyojen yg diletakkan kat sofa tadi dan diberikan pada Renjun.
Renjun mengambil Hyojen dari pelukan Soumin lalu mencium muka Hyojen. Soumin ambik keputusan untuk tinggalkan mereka dulu.
"Aku keluar dulu....." kata Soumin lalu ingin melangkah keluar bilik. Dah sampai depan pintu dia stop pastu pandang Renjun. Renjun pun balas pandangan dia.
"Btw, tadi tu first kiss aku." kata Soumin lalu berjalan keluar.
Renjun memandang Hyojen yg ada dalan pangkuan dia tadi sambil teringat yg dia cium Soumin tadi.
"How can her first kiss be so good though..." fikir Renjun.
>>>>>>
Soumin menampar muka dia depan Han. Han terus pandang dia pelik. Han yg tadi tengah siram pokok terus dia berhenti.
"Kau kenapa tetibe tampar diri sendiri?" tanya Han. Risau pulak Soumin ni ada masalah mental ke apa.
"Aku buat benda bodoh. Apa aku buat?" kata Soumin sambil memegang kepalanya dan didongakkan. Nampaklah frust tu.
"Apa benda bodoh yg kau buat tu?"
"Taknak cite kat kau. Nanti kau ejek."
"Hermmmm...suka hatilah. Jgn tampar pipj kau lagi sudah...." balas Han pastu sambung siram pokok kat perkarangan rumahnya tu.
Tengah2 Han siram pokok tu, tetibe dia teringat sesuatu. Dia berhentikan kerja dia pastu pandang Soumin.
"Kau.....masuk pertandingan melukis tu kan?"
Soumin terkaku kat situ. Mana pulak mamat tupai ni tahu dia masuk pertandingan?Spy mana intip aku ni?
"Ye....kau masuk. Aku tahu. Jap....nape kau degil sangat ni? Kau faham tak condition kau sekarang. Kau kena rehatkan tangan kau. Tangan kau ni sakit tau." kata Han sambil tunjuk tangan kiri Soumin.
"Kau nak tulis pun susah,Soumin. Ni nak melukis, apatah lagi. Aku bukan nak marah tapi kekadang kau kena fikir antara kepentingan dan keperluan. Tak boleh nak berseloroh je macam ni." sambung Han.
"Alah.....aku dah masuk dah pun." balas Soumin.
"Ada je kan alasan kau." kata Han lalu menarik telinga Soumin. Soumin hanya memegang tangan Han supaya dia lepaskan cubitan dia tu.
"Kali ni je eh. Klu kau melebih, aku bagitau omma kau. Nak? Biar kau kena pergi oversea nak repair saraf kat tangan kau tu." ugut Han.
"Taknaklah. Apa ni main mak2 pulak? Alamak....tak macho lah camni."
"Dah jgn banyak cakap. Sekarang ni kau masuk rumah, gi dapur pastu masak. Okay? Aku nak tidur. Adios." kata Han lalu melangkah masuk rumah.
"Eh....mamat ni. Longkang betul. Bila lah nak kena kebumi kat longkang. Aku menanti je." bisik Soumin sendiri.
《《 to be continued 》》
YOU ARE READING
(C) One Scar, One Kiss ; Huang Renjun || NCT Dream
Hayran Kurgu"Woi, kau dah janji an? Jangan nak banyak songeh!" "Saya tak cakap pape pun tau!" "Tkde2. Kau sini. Aku nak cium kau."