🌸maaflah ye klu ada typo.
🌸Enjoy!
🌸Jgn lupa vote tau.
---------------------------------Renjun berjalan ke arah bilik Soumin dengan seplastik buah yg ada kat tangan dia. Han sempat pesan kat dia suruh beli buah dulu tadi so dia pergilah beli.
Tangannya baru saja ingin menyentuh tombol pintu, tetibe pintu tu terbuka dan dia nampak Yangyang keluar dari bilik tu.
"Renjun! Baru sampai ke?" tanya Yangyang.
"Haah."
"Masuklah. Soumin tengah tidur." balas Yangyang sambil menepuk bahu Renjun perlahan dan pergi dari situ, meninggalkan Renjun.
Renjun hanya memerhati Yangyang yg makin menghilang dari pandangannya disebalik dinding. Dia kemudian masuk ke dalam bilik Soumin dan duduk di atas kerusi di sisi katil Soumin.
Muka Soumin yg tengah nyenyak tidur tu ditenung lama dan tangannya perlahan-lahan menyentuh rambut Soumin yg terjatuh di dahinya.
Hatinya terasa sebak melihat Soumin begitu. Tak sangka perempuan yg selama ni gembira, yg selalu tolong dia rupanya tengah berselubung dengan masalahnya sendiri.
"Mianhae, Soumin. Saya tak tahu awak hadap benda macam ni." kata Renjun perlahan dengan tangannya yg masih mengusap kepala Soumin lembut.
"Kenapa mintak maaf pulak? Bukan salah kau pun."
Renjun yg tadi membongkok badannya terus duduk tegak semula dan tangannya ditarik dan diletakkan diatas paha.
Soumin membuka matanya perlahan lalu memandang Renjun yg ada disisinya sambil tersenyum. Soumin mengambil tangan Renjun yg ada paha dia dan digenggam perlahan.
"Thank you. Sebab datang." kata Soumin dengan suara seraknya.
Renjun hanya tersenyum kecil dan membongkokkan badannya semula untuk merapatkan dirinya dengan Soumin yg tengah terbaring.
"Gwaenchana?" tanya Renjun.
Soumin menganggukkan kepalanya perlahan lalu mengusap pipi Renjun dan menolak rambut Renjun kebelakang telinga.
"Renjun...."
"Hmm?"
"Aku sebenarnya rasa bersalah ngan kau. Kau ni baik sangatlah ngan aku. Bercakap pun pakai 'saya awak'."
"Jadi?" tanya Renjun sebab dia tak faham apa point sebenarnya Soumin cakap camtu kat dia.
"Aku nak belajar pakai 'saya awak' boleh?"
"Mestilah boleh. Nape tanya camtu pulak?" kata Renjun
"So mulai sekarang, pakai 'saya awak' tapi nak cuba jelah dulu. Klu terlepas takpe lah kan?"
"Nak cepat belajar tak pakai 'saya awak'?"
"Apa dia?"
"Klu awak pakai 'kau aku' ngan saya...." Renjun merapatkan mukanya dengan Soumin dan menenung matanya. ".....saya cium awak."
Mata Soumin terbuntang kemudian dia menepuk bahu Renjun. "Kau merepek apa ni?"
Renjun tergelak kecil kemudian memegang kedua belah pipi Soumin menggunakan tangannya dan merapatkan mukanya dengan Soumin.
"Kekadang nak tengok orang berubah, kita kena buat benda drastik kat dia. Baru menjadi." bisik Renjun kemudian mencium bibir Soumin.
Soumin hanya terkaku disitu untuk beberapa saat dan matanya masih terbuka. Selepas itu tangannya perlahan-lahan memeluk leher Renjun dan dia membalas ciuman Renjun sambil menutup matanya.
Renjun melepaskan ciuman dia dan memandang Soumin yg tengah menarik nafasnya. "Contohnya macam ni."
Soumin memandang Renjun kemudian menyandarkan dahinya dengan Renjun.
"I love you too." kata Renjun lalu tersenyum lebar. Mungkin ini jawapannya untuk luahan hati Soumin pada tempoh hari.
>>>>>>
"Mianhae. Han tak bagitau selama ni." kata Han kepada Omma Soumin lepas dia ceritakan benda yg sebenar kat dia
Pasal Soumin masuk pertandingan melukis tu, semua Han cerita balik. Omma Soumin hanya mengeluh perlahan.
"Degil rupanya Soumin tu."
"Dia nak kejar cita2 dia. Ahjumma pun tahu kan? Dari kecik lagi dia nak jadi pelukis. Tetibe ada benda menghalang. Biasalah mula2 dia memberontak." kata Han sambil memandang sekeliling padang yg tersedia di hospital tu.
"Ahjumma faham. Cumanya nanti dia jugak yg susah. Ahjumma taknak dia susah nanti. Cukuplah dia dah susah sekarang."
"Han faham. Tapi......boleh Han nak mintak sesuatu dari Ahjumma untuk Soumin?"
"Apa dia?"
"Bagi dia peluang untuk siapkan lukisan terakhir dia tu. Yg ni yg terakhir. Han janji."
>>>>>>
Renjun berjalan di satu lorong yg ingin ke rumah Han seorang diri. Dia ingin menenangkan fikiran dengan masalah yg terkurung dalam kepalanya.
Dia berjalan seperti biasa sehingga dia terjumpa dengan rumahnya sendiri yg ada diseberang jalan. Dia berhentikan langkahnya dan memandang rumahnya.
Hyojen......dia harap Hyojen tak pape. Tu je yg dia mampu buat sekarang, takde benda lain. Wlupun hatinya sebak, dia taknak menangis. Dia dah terlalu penat untuk semua tu.
Lengan bajunya diselak sedikit dan parutnya masih kelihatan jelas. Dia tersenyum kecil. Dia baru sedar betapa bodohnya dia dulu untuk cederakan diri sendiri.
Sedangkan ramai je lagi yg nak tolong dia tapi dia tolak. Dirinya pun tak mahu berubah dari sikap yg tak sepatutnya ada dalam dirinya.
Dia tersenyum. Nasiblah ada sorang perempuan yg tetibe muncul dah mula sedikit demi sedikit mengubah hidupnya yg haru biru.
Betullah apa yg Soumin pernah cakap,
"Kekadang kita nak orang tu berubah sesorang, kita kena buat benda drastik kat dia."
Dengan tindakan drastiknya tu, Soumin berjaya mengubah nasib hidupnya yg ternampak seperti tiada masa hadapan.
Renjun tersenyum lalu memandang langit yg kosong malam tu. Tangannya dimasukkan kedalam poket kotnya
"Terima kasih, Soumin. Jasa awak tak terbalas dengan apa2. Saya sayang awak sangat2."
《《 to be continued 》》

YOU ARE READING
(C) One Scar, One Kiss ; Huang Renjun || NCT Dream
Fanfiction"Woi, kau dah janji an? Jangan nak banyak songeh!" "Saya tak cakap pape pun tau!" "Tkde2. Kau sini. Aku nak cium kau."